Resume Pembantu Maya | Tips Terbaik Tetapi Ringkas

Anda seorang setiausaha yang berpengalaman dalam bidang pengurusan pejabat dan korporat. Tetapi, anda mencari cabaran lain yang boleh membantu mengembangkan kerjaya anda di peringkat yang lebih tinggi lagi. Maka, kerjaya sebagai Pembantu Maya sangat sesuai untuk anda.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Pembantu Maya

Kamila binti Syah Zainal
Pembantu Maya
019-012 3456
kamilaSZ@gmail.com
Rembau, MY
Linkedin.com/in/kamilaSZ

Rumusan Profesional

Setiausaha berpengalaman dalam pengurusan pejabat secara maya sepanjang tempoh bekerja dari rumah. Mengendali jadual pertukaran pekerja di pejabat dan rumah. Menjadi pengacara e-Perhimpunan Agung antara tiga negara dan memastikan kehadiran peserta 100%. Meningkatkan produktiviti staf sebanyak 65% dengan memperkenalkan sistem cadang tugasan antara pihak pengurusan dengan  pekerja di setiap jabatan melalui pemantauan menerusi Microsoft To Do.

Pengalaman Bekerja

AsiaTel Comp
Pembantu Maya
January 2020-sekarang

  • Meningkatkan produktiviti staf sebanyak 65% dengan memantau sistem penjadualan tugasan antara pengurusan dan majikan menggunakan Microsoft To Do
  • Menghubungkan Pengarah dengan klien prospek secara berkala bagi mengekalkan hubungan baik dengan pelabur luar negara.
  • Membantu meningkatkan kehadiran peserta tempatan dan luar negara sebanyak 100% dalam e-Perhimpunan Agung AsiaTel Comp 2021
  • Mengurus serta merangka jadual harian pengarah pengurusan sepanjang tahun

Sims Holding
Setiausaha Am
Mei 2016-December 2019

  • Mengurus jadual harian pengarah.
  • Membuat penempahan penginapan dan penerbangan menggunakan kupon dan mata kredit bagi mengurangkan kos perbelanjaan syarikat sebanyak 20%.
  • Mencetak dan menyusun fail mengikut tahap kesegeraan bagi memastikan tugasan pejabat teratur.
  • Membantu peralihan mesyuarat bersemuka kepada dalam talian untuk semua mesyuarat penting syarikat.

Pendidikan

Sarjana Muda Pengurusan Pejabat
Kolej INTI
Disember 2015

Diploma Pengurusan Pejabat
Politeknik Seremban
Disember 2012

Aktiviti lain

Ketua Perwakilan Pelajar Untuk Program Jejak Mahasiswa di Vietnam.

Pensijilan

    Sijil Asas Microsoft

Bekerja dari rumah,  tetapi bekerjasama dengan rakan kerja yang berada di merata-rata tempat di dunia pasti memberikan anda cabaran dan keghairahan bekerja yang lebih bermakna. Jadi, bagaimana anda ingin menawan hati majikan prospek yang bukan bertapak di Malaysia.

Jawapannya mudah sahaja. Di dalam panduan Resume Pembantu Maya ini, kami akan memperkenalkan kepada anda contoh resume Pembantu Maya yang menepati piawaian permohonan kerja yang terkini.

Permintaan dan kadar gaji pembantu maya di Malaysia

Sama ada anda ingin bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa sebagai Pembantu Maya di Malaysia, pasarannya tetap ada. Di laman Jora, jawatan pembantu maya diiklankan oleh 25 syarikat yang berbeza.

Tetapi, jika anda inginkan pilihan kerja sebagai pembantu maya dari Malaysia yang lebih banyak, cuba nasib anda di platform seperti WeWorkRemotely atau Upwork. Anda boleh memohon bekerja dari rumah sebagai pembantu maya menerusi platform sebegini. Menariknya juga, anda berpeluang bekerja bersama warga asing.

Purata gaji pembantu maya yang ditawarkan oleh syarikat di Malaysia berbeza dengan tawaran gaji jika anda bekerja bersama syarikat antarabangsa. Untuk panduan resume pembantu maya ini, kami akan berkongsi dengan anda purata gaji pembantu Maya menurut artikel yang dikeluarkan oleh Small Revolution, di bawah ini:

  • RM20-RM103 per jam di Upwork
  • RM2317 sebulan untuk pasaran Malaysia
  • RM8-RM206 per jam di Truelancer

Cara menulis resume pembantu maya (walaupun tanpa pengalaman)


Pemohonan kerja sebagai pembantu maya memerlukan anda untuk tampil cekap dan rapi. Dan tiada cara lain yang terbaik untuk menampilkan keperibadian yang cekap serta rapi selain daripada menggunakan resume pembantu maya yang menepati format yang betul. Format yang betul tidak semestinya memberi fokus kepada susunan pengalaman sahaja.

Oleh itu, jika ini kali pertama anda menulis resume, kami galakkan agar anda menggunakan templat resume kami. Ini akan membantu anda menulis resume yang ringkas tetapi padat. Pada masa yang sama, templat cv pdf untuk pembantu maya ini berpandukan format resume kerjaya yang terkini.

Secara umumnya, susunan resume yang betul adalah seperti berikut:

  • Kesimpulan atau objektif utama resume
  • Bahagian pengalaman bekerja
  • Latar belakang akademik
  • Senarai kemahiran
  • Bahagian tambahan yang mungkin merangkumi:
    • Bahasa yang anda fasih
    • Sijil serta pengiktirafan
    • Kerja amal
    • atau hobi

Anda boleh memberi sentuhan yang lebih peribadi terhadap resume anda dengan cara berikut:

  • Guna resume lama yang anda pernah hantar, tetapi ubah suai kandunganya agar relevan dengan jawatan yang terkini.
  • Kenal pasti kata kunci yang dinyatakan di dalam huraian iklan jawatan pembantu maya untuk anda sertakan ke dalam bahagian kemahiran dan pengalaman bekerja.
  • Kemas kini nombor telefon dan alamat e-mel anda sekiranya pernah bertukar.
  • Nyatakan pengalaman bekerja yang relevan dengan jawatan sebagai pembantu maya sahaja.

Susun atur resume yang betul

Susun atur resume melambangkan keperibadiaan anda. Untuk jawatan pembantu maya, keperibadiaan yang kemas dan teratur sangat penting. Begitu juga dengan resume yang anda akan hantar.

Sebaik-baiknya, pastikan jenis tulisan, saiz fon dan warna huruf di dalam resume anda seragam. Ini bagi memudahkan majikan prospek meneliti resume anda. Jadi, untuk memudahkan anda, rujuk tips penulisan resume di bawah:

  • Resume harus ringkas tetapi padat (tidak lebih daripada 1 muka surat)
  • Guna fon tulisan yang mudah dibaca (Times New Romans, Arial atau Tahoma)
  • Saiz huruf yang mudah dibaca (10-12pt)
  • Guna tona warna yang sedap mata memandang (hitam atau putih sahaja) 

Format resume yang terbaik

Terdapat tiga format resume yang anda boleh gunakan. Tetapi, melalui pemerhatian kami,  format resume yang terbaik adalah format kronologi . Ini kerana, format ini lebih menekankan pengalaman bekerja anda. Di dalam resume, bahagian pengalaman bekerja akan berada di bahagian paling atas bagi memudahkan perekrut meneliti kredibiliti anda.

💡 Tahukah anda, format resume kronologi sesuai untuk pekerja yang memiliki sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja?


Untuk anda yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan, pengalaman bekerja anda mungkin masih kurang. Anda boleh menggunakan format resume praktikal untuk membantu potensi anda mendapat perhatian para perekrut. Di dalam format resume ini, bahagian kemahiran anda akan dinyatakan terlebih dahulu.

Bagaimana pula untuk mereka yang berpengalaman serta memiliki kemahiran tinggi yang pelbagai?

Jika anda sememangnya pakar di dalam bidang pembantu maya, gunakan format resume gabungan. Format resume ini menekankan pengalaman bekerja serta kemahiran yang anda miliki. Format ini sangat sesuai digunakan oleh mereka yang ingin bertukar ke persekitaran kerja yang lebih mencabar.

Tajuk resume dan maklumat hubungan


Bahagian resume ini ialah perkara pertama yang perekrut akan baca. Oleh itu, penting bagi anda untuk meletakkan ejaan nama yang betul. Apa yang lebih penting, pastikan alamat emel yang anda nyatakan juga kedengaran profesional. Jadi, apakah contoh tajuk resume serta maklumat hubungan yang betul atau salah?

Jom lihat contoh-contohnya di bawah ini:

Contoh tajuk resume yang betul
Kamila binti Syah Zainal
Pembantu Maya
019-012 3456
kamilaSZ@gmail.com
Rembau, MY
Linkedin.com/in/kamilaSZ

Contoh tajuk resume yang kurang tepat
Kamila binti Syah Zainal
Pembantu Maya
019-012 3456
kamilalovesyou143@gmail.com
Rembau, MY
Linkedin.com/in/kamilaSZ

📌Tip: Gunakan alamat e-mel yang kedengaran profesional. Elakkan juga menyertakan tarikh lahir atau alamat kediaman penuh anda.


Terangkan pengalaman anda sebagai pembantu maya


Bahagian pengalaman bekerja di dalam resume ialah bahagian yang sangat penting. Terutamanya jika anda menggunakan format resume kronologi atau format resume gabungan. Di bahagian ini, anda perlu menyenaraikan pengalaman bekerja anda dengan betul dan berkesan.

Perkara utama yang anda perlu lakukan adalah, senaraikan pengalaman bekerja anda mengikut urutan yang terkini. Kemudian, barulah diikuti dengan pengalaman bekerja tahun sebelumnya. Pada masa yang sama, gunakan bullet point untuk menyenaraikan tanggungjawab anda semasa berkhidmat di setiap syarikat yang anda nyatakan.

Untuk anda yang tidak mempunyai pengalaman bekerja, jangan sesekali memalsukan pengalaman bekerja anda. Sebaliknya, rujuk templat cv tanpa pengalaman untuk pembantu maya yang ada dimuat naik di laman utama kami.

Contoh menulis pengalaman bekerja pembantu maya yang berpengalaman:

AsiaTel Comp
Pembantu Maya
January 2020-sekarang
  • Meningkatkan produktiviti staf sebanyak 65% dengan memantau sistem penjadualan tugasan antara pengurusan dan majikan menggunakan Microsoft To Do
  • Menghubungkan Pengarah dengan klien prospek secara berkala bagi mengekalkan hubungan baik dengan pelabur luar negara.
  • Membantu meningkatkan kehadiran peserta tempatan dan luar negara sebanyak 100% dalam e-Perhimpunan Agung AsiaTel Comp 2021
  • Mengurus serta merangka jadual harian pengarah pengurusan sepanjang tahun
Sims Holding
Setiausaha Am
Mei 2016-December 2019
  • Mengurus jadual harian pengarah.
  • Membuat penempahan penginapan dan penerbangan menggunakan kupon dan mata kredit bagi mengurangkan kos perbelanjaan syarikat sebanyak 20%.
  • Mencetak dan menyusun fail mengikut tahap kesegeraan bagi memastikan tugasan pejabat teratur.
  • Membantu peralihan mesyuarat bersemuka kepada dalam talian untuk semua mesyuarat penting syarikat.


Tetapi jika anda tidak mempunyai pengalaman …

Jangan risau. Mohon jawatan pembantu maya untuk peringkat kemasukan. Di dalam resume yang anda hantar, pastikan bahagian kemahiran dinyatakan terlebih dahulu. Kemudian, nyatakan pengalaman bekerja anda sebagai pelajar praktikum untuk bahagian pengalaman bekerja.

Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda?


Sama seperti pengalaman bekerja, latar belakang akademik anda penting untuk memohon jawatan sebagai pembantu maya. Kebanyakan majikan pada masa kini memerlukan pekerja yang memiliki ijazah dalam bidang pengurusan.

Anda perlu menyatakan semua ijazah yang anda miliki. Tetapi pada masa yang sama, tahap pendidikan di sekolah rendah atau menengah tidak perlu dinyatakan. Untuk itu, jom lihat cara penulisan latar belakang akademik yang betul di bawah ini:

Contoh latar belakang akademik pembantu maya

Sarjana Muda Pengurusan Pejabat
Kolej INTI
Disember 2015

Diploma Pengurusan Pejabat
Politeknik Seremban
Disember 2012


Kemahiran terbaik untuk CV Pembantu Maya


Kerjaya sebagai pembantu maya mendapat perhatian dan pilihan ramai pencari pekerjaan di Malaysia. Walaupun anda mempunyai latar belakang akademik yang agak membanggakan, jikan pengalaman kemahiran yang harus ada sebagai pembantu maya tiada, besar kemungkinan anda harus mengucapkan selamat tinggal kepada permohonan kerja anda.

Pada masa yang sama, jika anda gagal memasukkan kata kunci mengenai tanggngjawab sebagai pembantu maya di bahagian kemahiran, resume anda akan ditendang. Jadi kemahiran apa yang perlu dimiliki oleh individu yang ingin menjadi pembantu maya?

Anda perlu ada dua kemahiran utama di bawah untuk tampil lebih menyerlah berbanding pemohon kerja pembantu maya yang lain:

Kemahiran keras (hard skills):

  • Pengurusan penjadualan
  • Microsoft Word
  • Microsoft Power Point
  • Microsoft Excel
  • Google Docs
  • Google Sheets
  • Microsoft To Do
  • Slack
  • CDM

Kemahiran insaniah

  • Komunikasi
  • Pengurusan masa
  • Membuat keputusan
  • Kesabaran
  • Kerjasama berpasukan
  • Penyelesaian masalah
  • Pembelajaran berterusan
  • Cekap

Ringkasan Profesional: Semua yang perekrut perlu tahu mengenai anda


Ringkasan profesional menceritakan kebolehan anda sebagai pembantu maya, tetapi dengan hanya menggunakan beberapa patah perkataan sahaja. Kadang kala, bahagian ini digantikan dengan objektif resume sekiranya pemohon baru sahaja menamatkan pengajian mereka. Bebalik kembali kepada ringkasan profesional, anda mesti bijak dengan pemilihan ayat serta maklumat yang ingin disampaikan.

Sebelum perekrut membaca inti pati keseluruhan resume anda, mereka akan membaca ringkasan profesional anda terlebih dahulu. Oleh itu, jika kata kunci yang mereka cari mengenai pembantu maya yang terbaik tiada dinyatakan, perekerut tidak akan membaca bahagian resume anda yang seterusnya.

Oleh itu, kami sertakan di sini contoh ringkasan profesional yang baik dan yang tidak harus anda lakukan.

Contoh yang betul
Setiausaha berpengalaman dalam pengurusan pejabat secara maya sepanjang tempoh bekerja dari rumah. Mengendali jadual pertukaran pekerja di pejabat dan rumah. Menjadi pengacara e-Perhimpunan Agung antara tiga negara dan memastikan kehadiran peserta 100%. Meningkatkan produktiviti staf sebanyak 65% dengan memperkenalkan sistem cadang tugasan antara pihak pengurusan dengan pekerja di setiap jabatan melalui pemantauan menerusi Microsoft To Do.

💡 Contoh di atas menyatakan tahun pengalaman bekerja yang disokong dengan sumbangan serta tugasan yang beliau berjaya lakukan. Dengan menyatakan angka atau statistik, pemohon berjaya menyakinkan prospek majikan akan kebolehan yang dimiliki pemohon.

Contoh yang kurang betul
Pembantu maya yang berdedikasi serta berpengalaman di dalam bidang pengurusan pejabat secara dalam talian.

💡 Contoh di atas terlalu ringkas dan tidak menyatakan tanggungjawab seorang pembantu maya yang berdedikasi.


Kemahiran komputer dan pensijilan


Setiap pemohon sangat berharap yang mereka akan berjaya dipanggil untuk temu duga. Tetapi, ia tidak semudah itu. Tambahan lagi, kerjaya sebagai pembantu maya memerlukan seseorang itu untuk memiliki kemahiran tinggi di dalam bidang teknologi. Terutama sekali teknologi atau perisian yang berkaitan dengan pejabat.

Jika anda mempunyai kemahiran dan juga pensijilan yang sebegitu, senaraikan semuanya di bahagian tambahan resume pembantu maya anda seperti berikut:

  • Akademi Tatabuku Intui
  • Google Workspace
  • Kemasukkan data
  • Microsoft Office

Bahasa

Kemahiran bahasa asing selain daripada Malaysia sangat penting. Ia membuka peluang untuk anda bekerja dengan syarikat luar negara dan dibayar menggunakan mata wang dolar. Senaraikan bahasa yang anda mahir gunakan mengikut tahap penguasaan atau bahasa. Anda juga boleh menyenaraikan sijil pengesahan kemahiran bahasa yang anda pernah ambil seperti berikut:

  • TOEFL atau IELTS untuk Bahasa Inggeris
  • SIELE untuk Bahasa Sepanyol
  • Sijl Bahasa Mandarin Tahap 1,2 atau 3

Rujukan

Maklumat lain yang akan membantu resume anda tampil lebih profesional ialah maklumat hubungan rujukan majikan lama atau terkini anda. Maklumat sebegini memudahkan perekrut untuk menghubungi bekas majikan anda untuk memastikan anda adalah calon terbaik untuk jawatan yang mereka tawarkan.

Ringkasan: Tulis CV yang Sempurna


Seperti yang anda telah lihat, menulis sebuah resume tidak sukar. Anda hanya memerlukan panduan serta formar resume pembantu maya yang betul. Sebagai peringatan kepada apa yang telah kami nyatakan di dalam panduan ini, jom lihat senarai penting menegnai resume pembantu maya di bawah ini:

  • Pastikan resume anda ringkas tetapi padat
  • Kenal pasti kata kunci mengenai jawatan yang anda ingin pohon untuk dimasukkan ke dalam bahagian pengalaman dan kemahiran
  • Pastikan alamat e-mel yang digunakan kedengaran professional
  • Guna saiz fon 10-12pt untuk mudah dibaca
  • Guna stail fon yang mudah dibaca seperti Times New Romans atau Arial
  • Elakkan menggunakan warna fon lebih daripada dua warna (dan tidak berwarna-warni)
  • Guna format kronologi, praktikal atau gabungan
  • Semak resume yang sudah siap bagi mengelakkan sebarang kesalahan ejaan

Lengkapkan CV anda dengan surat pengiring


Apa itu surat pengiring? Surang pengiring juga lebih dikenali sebagai cover letter. Jika ini kali pertama anda mendengar mengenai surat pengiring, besar kemungkinan anda tidak tahu akan kepentingan surat ini di dalam permohonan kerja anda sebelum ini.

Secara ringkas, surat pengiring menyerupai resume. Tetapi, ia lebih terperinci dan mengandungi lebih daripada satu muka surat. Untuk menulis surat pengiring yang boleh memikat hati perekrut, gunakan templat cv pembantu maya kami. Untuk itu, semoga panduan resume pembantu maya yang lengkap ini akan membantu anda dipanggil ke sesi temu duga. Semoga berjaya!

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim

Apakah perbazaan di antara setiausaha dengan pembantu maya?

Perbezaan utama kedua-dua jawatan ini adalah lokasi tempat bekerja. Sebagai pembantu maya, anda tidak perlu berada di pejabat untuk menyelesaikan sebarang tanggungjawab serta tugasan yang telah diarahkan. Dari segi tanggungjawab pula, kedua-dua jawatan ini memiliki tanggungjawab yang hampir sama. Oleh itu, jika anda berpengalaman sebagai setiausaha, anda boleh memohon bekerja sebagai pembantu maya.

Di manakah platform dalam talian terbaik untuk memohon kerja sebagai pembantu maya?

Jika anda berada di Malaysia, anda boleh mencari iklan jawatan kosong sebagai pembantu maya di laman kerja kosong seperti Indeed, Jora atau Jobstreet. Pada masa yang sama, anda juga boleh menggunakan mana-mana platform di bawah:

  • Upwork
  • Truelancer
  • WeWorkRemotely
  • com
  • Fiverr
  • FlexJobs dan banyak lagi

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche