Resume Pengebil Perubatan| Contoh, templat, tips & banyak lagi

Pengebil Perubatan atau turut dikenali sebagai Medical Biller merupakan jawatan yang memainkan peranan penting dalam dunia perubatan di Malaysia. Terutamanya dalam bidang perubatan swasta.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Semak contoh resume pengebil perubatan (medical biller) sebenar ini 👇

Cindy Chua
Pengebil Perubatan
012-345 6789
chua.cindy@gmail.com
Termerloh, Pahang
linkedin.com/cindychua

Ringkasan Profesional

Saya seorang Pengebil Perubatan yang sangat teliti. Mempunyai lebih daripada empat tahun pengalaman dalam menguruskan tuntutan insurans perubatan, memeriksa sepenuhnya dan menyelesaikan konflik dengan syarikat insurans. Saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan sering berinteraksi dengan pesakit untuk memberi mereka maklumat mengenai status tuntutan dan jumlah akaun mereka.

Pengalaman

Pengebil Perubatan
Meccah Health
April 2018 sehingga kini

  • Menguruskan bahagian bil dan tuntutan tanpa bantuan di pejabat perubatan swasta.
  • Berjaya mengumpul data pesakit seperti maklumat demografi dan insurans yang diperlukan sebagai dokumen pengebilan, dan menyusun atur dokumen tersebut mengikut bulan dan tahun.
  • Menuntut pembayaran insurans lalu membuat invois serta mengeluarkan penyata untuk sebarang tuntutan yang belum dibayar dan mengemaskini sebarang perubahan pada akaun pesakit.
  • Mengurus akaun dan fail tuntutan dengan lebih cekap,lalu meningkatkan produktiviti sebanyak 15% melalui penggunaan perisian pengebilan perubatan seperti Kareo dan AdvancedMD
  • Menyelesaikan sebarang masalah dalam penafian tuntutan dan memeriksa masalah invois lain untuk menjamin pembayaran yang segera.

Pendidikan

Sarjana Muda Sains Gunaan
Universiti Teknologi Mara Perlis
Disember 2017

Diploma Sains dan Teknologi
Politeknik Jerantut Pahang
Disember 2014

Pencapaian lain

  • Johan Minggu Sains UiTM Perlis tahun 2016
  • Ketua Perwakilan Pelajar ke Universiti Bangkok Untuk Program Sains Asia Tenggara 2015

Sijil-sijil

  • Sijil Profesional Microsoft Office (MOS)
  • Diperakui oleh Microsoft: Penganalisis Data Bersekutu

Kemahiran Teras

  • Kemahiran Komunikasi
  • Khidmat Pelanggan
  • Kemasukan Data
  • Penyelarasan Acara
  • Excel
  • Microsoft Office
  • Kemahiran Organisasi
  • Penjadualan
  • Pengurusan Masa

Untuk anda yang sememangnya mempunyai kelayakan dalam bidang ini, kami ada penyelesaian terbaik untuk membantu anda memohon kerja impian anda. Anda boleh memuat turun contoh cv pengebil perubatan ini. Untuk mereka yang inginkan panduan yang lebih mendalam, mari ke bahagian seterusnya!

Pengebil Perubatan CV


Contoh Resume Pengebil Perubatan


Resume yang baik dan diiktiraf oleh majikan prospek akan membantu pemohonan anda ditapis ke peringkat pemilihan seterusnya. Oleh itu, penting bagi anda untuk mengetahui semua ciri penting sebuah resume yang profesional. Jadi, untuk memberikan anda gambaran jelas mengenai apa yang akan kita bincangkan, sila rujuk senarai di bawah ini:

  • Memilih format resume yang betul serta serasi dengan pengalaman bekerja anda sebagai pengebil perubatan.
  • Menyusun resume mengikut susunan yang mudah dibaca tetapi menarik.
  • Menentukan tetapan fon yang betul.
  • Memuat turun templat cv pengebil perubatan terbaru.
  • Langkah mudah menulis resume profesional secara terperinci.
  • Contoh kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh pemohon.

Permintaan serta purata gaji pengebil perubatan di Malaysia

Pengebil Perubatan CV


Pengalaman dan sektor yang anda ceburi memainkan peranan penting dalam jumlah gaji yang anda terima sebagai seorang pengebil perubatan. Begitu juga dengan tahap pendidikan yang anda miliki.

Dengan berpandukan maklumat ini, kami menggunakan laporan yang dikeluarkan oleh Salary Explorer sebagai panduan anda. Berikut adalah gaji purata Pengebil Perubatan di Malaysia menurut laporan tersebut:

  • 0 atau sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman: RM1,820
  • 2-5 tahun pengalaman: RM2,510
  • 5-10 tahun pengalaman: RM3,580
  • 10-15 tahun pengalaman: RM4,360
  • 15-20 tahun pengalaman: RM4,600
  • 20 tahun ke atas: RM5,010

Untuk pengetahuan anda, laman Jobstreet dan Glassdoor merupakan laman yang sering dikunjungi jika anda ingin mencari peluang pekerjaan sebagai seorang pengebil perubatan. Di laman Glassdoor, terdapat sekurang-kurangnya 20 peluang pekerjaan sebagai pakar pengebil perubatan.

Cara menulis resume pengebil perubatan (mesra pemohon kali pertama)


Jika anda pernah menulis resume sebelum ini, cara menulis resume yang akan kami perkenalkan mungkin tidak asing lagi. Tetapi, apa yang pasti, kami akan menampilkan templat terbaru dengan kaedah membuat cv yang diiktiraf dan diguna pakai oleh semua resume di seluruh dunia.

Tambahan pula, pakar kerjaya sendiri yang mereka serta menyediakan panduan resume ini. Jika anda ingin majikan antarabangsa menemui resume anda, pastikan anda mengikuti langkah-langkah penulisan resume yang akan kami kongsikan.

Sebelum itu, mari kenali rangka sebuah resume pengebil perubatan terlebih dahulu.

Rangka resume yang sesuai digunakan untuk permohonan kerja sebagai pengebil perubatan:

  • Tajuk atau pengepala
  • Objektif atau Ringkasan Profesional
  • Pengalaman bekerja
  • Pendidikan utama
  • Kemahiran
  • Bahagian tambahan (bahasa, kemahiran menggunakan perisian, sijil, anugerah, kerja sukarela dan hobi)

Tips susunan resume agar tampil profesional:

  • Sunting resume sedia yang anda pernah hantar agar disesuaikan dengan permohonan kerja terkini anda.
  • Pastikan bahagian tajuk dan pengepala resume anda menarik dan bebas daripada kesalahan ejaan
  • Pastikan bahagian pengalaman dan kemahiran yang anda miliki serasi dengan permintaan yang dinyatakan oleh perekrut dalam iklan mereka.
  • Kenal pasti lalu masukkan kata kunci yang dinyatakan dalam iklan jawatan kosong ke dalam resume terkini anda

Cara penyusunan bahagian resume yang tepat

Untuk menulis sebuah resume yang menarik, anda perlu memastikan ia mudah difahami oleh para perekrut. Untuk itu, gunalah stail fon yang ringkas dan tidak terlalu unik. Tambahan pula, anda perlu memberikan persepsi yang profesional bagi memudahkan perekrut memilih anda sebagai pengebil perubatan mereka.

Jadi, pastikan tetapan fon dalam resume anda menepati ciri di bawah ini:

  • Saiz fon: 10, 11 atau 12 pts
  • Stail: Arial, New Times Roman, Tahoma, atau Verdana
  • Warna huruf: Hitam atau warna yang gelap

Struktur format resume yang diiktiraf

Format resume yang diiktiraf oleh majikan di seluruh dunia boleh dikategorikan kepada tiga:

  • Format resume kronologi
  • Format resume praktikal
  • Format resume gabungan

Format kronologi:

Format ini sesuai juga untuk mereka yang pernah bekerja di lebih daripada dua syarikat perubatan atau hospital swasta.

Format praktikal:

Format resume ini sesuai untuk graduan yang tiada pengalaman dalam jawatan yang dipohon. Ia juga lebih mengetengahkan kemahiran yang dimiliki oleh pemohon.

Format gabungan (kronologi + praktikal):

Format ini sesuai diguna untuk pemohon yang memiliki lebih daripada 5 tahun pengalaman bekerja dalam industri yang dipohon.

Tajuk Serta Maklumat Untuk Dihubungi


Nama penuh, alamat emel, nombor telefon dan jawatan terkini anda harus mengisi bahagian atas resume. Untuk itu, lihat cara penulisan yang betul dan kurang tepat di bawah.

Contoh tajuk yang betul:

BETUL
Cindy Chua
Pengebil Perubatan
012-345 6789
chua.cindy@gmail.com
Termerloh, Pahang
linkedin.com/cindychua


Contoh tajuk yang kurang tepat:

SALAH
Cindy Chua
Pengebil Perubatan
014-567 8901/083-908765
chuaxoxo@yahoo.com
No 20, Jalan Pantai,
Temerloh Pahang,
59000, Jerantut, Pahang,
Malaysia
linkedin.com/cindychua

🛑 Contoh di atas kurang tepat kerana alamat emel yang disertakan kedengaran kurang profesional. Alamat penuh anda juga tidak wajib disertakan.
📌Tip: Sertakan pautan ke laman Linkedin anda bagi memudahkan perekrut menjana salinan resume secara digital.


Bahagian Penerangan Pengalaman Bekerja Sebagai Pengebil Perubatan


Tahukah anda bahawa kebanyakan syarikat besar menggunakan perisian tapisan resume untuk mengenalpasti pemohon yang layak?

Gunakan bahagian pengalaman bekerja seberkesan yang mungkin. Tip mudah untuk menulis pengalaman bekerja yang ringkas adalah dengan mengenal pasti kata kunci jawatan yang dipohon. Kata kunci yang dimaksudkan adalah kemahiran atau tahun pengalaman bekerja yang dinyatakan dalam iklan kerja kosong.

📌Tip: Guna bullet point untuk menyenaraikan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada anda di bahagian pengalaman bekerja.


Untuk contoh penulisan pengalaman bekerja yang betul ikuti kaedah ini:

BETUL
Pengebil Perubatan
Meccah Health
April 2018 sehingga kini
  • Menguruskan bahagian bil dan tuntutan tanpa bantuan di pejabat perubatan swasta.
  • Berjaya mengumpul data pesakit seperti maklumat demografi dan insurans yang diperlukan sebagai dokumen pengebilan, dan menyusun atur dokumen tersebut mengikut bulan dan tahun.
  • Menuntut pembayaran insurans lalu membuat invois serta mengeluarkan penyata untuk sebarang tuntutan yang belum dibayar dan mengemaskini sebarang perubahan pada akaun pesakit.
  • Mengurus akaun dan fail tuntutan dengan lebih cekap,lalu meningkatkan produktiviti sebanyak 15% melalui penggunaan perisian pengebilan perubatan seperti Kareo dan AdvancedMD
  • Menyelesaikan sebarang masalah dalam penafian tuntutan dan memeriksa masalah invois lain untuk menjamin pembayaran yang segera. 

💡 Contoh di atas betul kerana pemohon menerangkan tanggung jawab yang dipikul sepanjang berkhidmat sebagai pengebil perubatan.


Contoh penulisan pengalaman kerja yang kurang tepat adalah seperti berikut:

SALAH
Pengebil Peubatan
Hospital Damansara
November 2016 sehingga kini
  • Menyelesaikan masalah tuntutan pembayaran pesakit
  • Memfailkan penyata akaun pelanggan
  • Menguruskan bil dan invois secara berkala

🛑 Contoh di atas terlalu ringkas serta ia tidak begitu berkesan dalam meyakinkan majikan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab.


Untuk yang tidak mempunyai pengalaman bekerja di hospital swasta atau penjagaan kesihatan dan yang berkenaan…

Tidak berpengalaman sebagai pengebil perubatan bukan bermakna anda tidak layak untuk memohon. Malah anda boleh menggunakan format resume praktikal. Ataupun, guna format kronologi untuk pemohon yang sekurang-kurangnya pernah mendapat pekerjaan dalam industri perubatan atau yang berkenaan dengan pembilan.

Tahap pendidikan: Cara mengetengahkan latar belakang akademik anda


Sama dengan pengalaman bekerja, bahagian latar belakang penting kerana ia akan membantu anda tampil lebih berkelayakan berbanding pemohon lain yang tidak menyertakan bahagian ini di dalam resume mereka. Untuk menjadi pengebil perubatan, anda harus memiliki sekurang-kurangnya sijil diploma atau ijazah sarjana muda yang berkaitan.

Maka, anda harus memastikan bahawa cara penulisan anda untuk bahagian ini dilakukan dengan betul. Sebaik-baiknya, senaraikan tahap pendidikan anda mengikut urutan masa yang betul. Iaitu, dari yang pekerjaan terkini anda, kemudian barulah diikuti dengan yang sebelumnya.

Contoh penulisan latar belakang akademik yang betul adalah seperti berikut:

BETUL
Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan
Universiti Teknologi Mara Perlis
Disember 2017

Diploma Sains dan Teknologi
Politeknik Jerantut Pahang
Disember 2014


Kemahiran yang relevan untuk disertakan dalam Pengebil Perubatan CV

Pengebil Perubatan CV


Seorang pengebil perubatan harus menampilkan kemahiran menguruskan tuntutan bayaran dengan cekap.

Untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerjaya yang diingini seperti pengebil perubatani, anda tidak hanya perlu memiliki tahap pendidikan yang tinggi. Dan apabila anda ingin pemohonan membaca permohonan anda, nyatakan semua kemahiran terbaik dan yang paling dicari oleh majikan.

Contoh kemahiran teras dan insaniah ada di bawah ini:

Contoh Kemahiran Teras

  • Kemahiran dalam mengendalikan perisian bil untuk industri perubatan dan penjagaan kesihatan
  • Pengetahuan dalam terma serta bahasa perubatan
  • Pengetahuan dalam bidang insurans
  • Kebolehan melakukan analisis asas pembayaran
  • Kebolehan mengendalikan serta memasukkan data menggunakan Excel
  • Pengetahuan dalam undang-undang asas bayaran perubatan swasta
  • Kemahiran dalam bidang pengkodan perubatan
  • Kemahiran menggunakan aplikasi pembayaran dalam talian

Contoh Kemahiran Insaniah

  • Kemahiran berkomunikasi dalam talian
  • Kebolehan mengikut arahan
  • Pengurusan masa yang cekap
  • Kemahiran dalam mengendalikan pelanggan yang beremosi
  • Kerja berkumpulan
  • Berdisiplin dan memandu dengan berhemah
  • Kebolehan menyelesaikan masalah
  • Kebolehan melakukan pelbagai tugas dalam industri perubatan dan lain-lain
📌Tip: Jika anda tidak mempunyai pengalaman, fokus kepada kemahiran boleh pindah (transferable skills).


Ringkasan Profesional: Kesimpulan resume yang dihantar


Objektif resume boleh digunakan sebagai ganti ringkasan profesional anda.

Ringkasan profesional bertujuan untuk memaklumkan perekrut mengenai kelebihan anda jika dibandingkan dengan pemohon lain dalam beberapa perkataan yang ringkas. Jadi, anda harus bijak dalam memilih maklumat yang tepat untuk dirangkum dalam bahagian ini.

📌Tip: Jika anda tidak mempunyai pengalaman bekerja, tukar ringkasan profesional kepada objektif resume.


Contoh penulisan ringkasan profesional yang tepat adalah seperti berikut:

BETUL
Saya seorang Pakar Pengebiil Perubatan. Mempunyai lebih daripada empat tahun pengalaman dalam menguruskan tuntutan insurans perubatan, memeriksa sepenuhnya dan menyelesaikan konflik dengan syarikat insurans. Saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan sering berinteraksi dengan pesakit untuk memberi mereka maklumat mengenai status tuntutan dan jumlah akaun mereka.

💡 Contoh di atas menunjukkan bahawa pemohon pengebil perubatan yang berpengalaman serta berjaya melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan berjaya.


Contoh penulisan ringkasan profesional yang kurang tepat adalah seperti berikut:

SALAH
Pengebil Perubatan yang berkemahiran dalam pengurasan bayaran pesakit selama lima tahun.

🛑 Contoh di atas tidak salah tetapi ia terlalu ringkas dan kurang menyakinkan perekrut.
📌Tip: Masukkan kata kunci yang dinyatakan dalam iklan jawatan kosong pengebil perubatan dalam bahagian ini.


Bahagian lain yang boleh disertakan dalam CV pengebil perubatan


Pengalaman bekerja dan latar belakan pendidikan penting. Selain itu, personaliti yang baik dan positif mampu perlu untuk membantu permohonan anda diterima. Apa yang perlu anda lakukan untuk ini adalah, senaraikan semua kebolehan anda dengan cara ini:

Kefasihan dalam pelbagai bahasa

Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa adalah satu kemahiran yang sangat bermanfaat. Di Malaysia, kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia adalah perkara biasa dan sememangnya wajib. Tetapi, apa yang anda perlu tonjolkan dalam resume kerjaya ini adalah, kepakaran dalam menggunakan bahasa asing yang lain.

💡 Senaraikan bahasa yang boleh anda tuturkan mengikut tahap kefasihan anda.


Kerja Sukarelawan

Menyertai program sukarelawan boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai seorang individu yang peka akan kehidupan bermasyarakat. Sebagai seorang pengebil perubatan, anda sememangnya akan berinteraksi dengan pelbagai ragam manusia. Jadi, jika anda pernah menyertai acara sukarelawan atau yang lain tetapi berkaitan jangan teragak-agak untuk menyenaraikannya dalam resume.

💡 Guna bullet point untuk menyenaraikan kerja sukarelawan yang pernah disertai.


Kemahiran Komputer atau Teknologi Dalam Talian

Kemahiran menggunakan komputer serta perisian yang berguna untuk pengebil perubatan juga sangat penting. Anda harus sentiasa celik teknologi jika ingin bersaing dalam dunia yang serba moden ini. Anda boleh menyertakan kemahiran berikut untuk mendapatkan tempat yang tinggi lagi dalam pemohonan kerja ini:

  • Kemahiran menggunakan perisian AdvancedMD
  • Kemahiran menggunakan perisian Kareo
  • Kemahiran menggunakan Microsoft Excel

Pensijilan atau Perlesenanan

Mempunyai sijil yang berkaitan dengan kerja sebagai pengebil perubatan boleh menampilkan permohonan anda dengan lebih menyerlah. Ia akan menentukan sama ada anda layak dilantik sebagai pengebil perubatan ataupun tidak. Untuk itu, antara sijil atau perlesenanan yang harus dimiliki adalah seperti berikut:

  • Lesen memandu Kelas (D)
  • Sijil Pertolongan Cemas
  • Sijil Profesional Microsoft Office
  • Sijil Profesional Analisis Perniagaan

Menulis CV yang sesuai untuk pengebil perubatan dan kerjaya lain (pengekodan perubatan)


Kini, anda sudah mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan resume pengebil perubatan yang profesional. Ini kerana, apa yang perlu dibincangkan dengan jelas sudah dilakukan. Contohnya:

  • Apakah kata kunci yang dinyatakan dalam iklan jawatan kosong dan adakah anda memiliki kata kunci/kemahiran yang diperlukan (jika ya, masukkan ke dalam resume).
  • Guna templat resume yang diiktiraf oleh majikan di seluruh dunia.
  • Pastikan format resume yang digunakan relevan dengan tahun perkhidmatan anda untuk bidang yang diceburi.
  • Pastikan resume ringkas dan hanya satu muka surat sahaja.
  • Terangkan tugasan yang berjaya anda laksanakan untuk bahagian pengalaman bekerja.
  • Pastikan tajuk resume anda mempunyai informasi yang relevan dengan permohonan kerja anda.
  • Sertakan informasi yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon seperti kemahiran bahasa serta sijil lain.
  • Pilih format tetapan fon yang mudah dibaca (saiz serta warna fon).

Lengkapkan CV anda dengan surat iringan


Selalunya, permohonan kerja secara maya akan memerlukan anda untuk menyertakan surat iringan. Selain itu surat iringan yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan ini akan dikepilkan bersama resume anda secara digital atau bukan digital. Walaupun anda tidak pernah menulis surat iringan, contoh cv pengebil perubatan kami boleh anda rujuk pada bila-bila masa.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim mengenai pengebil perubatan dan pengekodan

Apakah beza antara kerjaya Pengebil Perubatan dan Pengekod Perubatan?

Proses pengagihan nombor piawai untuk diagnosis perubatan, proses, dan terapi dikenali adalah tugas pengekod perubatan. Pengekod perubatan mestilah mahir dalam istilah perubatan, anatomi dan metabolisme, serta piawaian pengekodan. Manakala memproses dan menghantar bil perubatan kepada firma insurans, program kerajaan, dan pembayar lain adalah apa yang dilakukan oleh pengebil perubatan. Selain itu, apa yang paling penting, kerjaya sebagai pengebil perubatan dan pengekod perubatan memerlukan latar belakang pendidikan yang berbeza.

Apakah nama lain pengebil perubatan di Malaysia?

Istilah pengebil perubatan masih baru lagi di Malaysia. Tetapi, jika anda berkunjung ke hospital swasta, anda mungkin pernah mendengar istilah medical biller. Istilah ini adalah digunakan untuk merujuk jawatan pengebil perubatan

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche