Pengurus Produk CV | Panduan Terbaru dan Eksklusif

Tahukah anda, perekrut cuma meluangkan masa dalam tujuh ke sepuluh saat sahaja untuk mengimbas resume dan menentukan sama ada pemohonan anda layak untuk dipertimbangkan? Ini bermakna, memiliki kelayakan yang cukup tidak memadai untuk memikat hati perekrut. Jadi, anda perlu memastikan resume yang dihantar menggunakan skema serta standard yang diperaku oleh pihak perekrut.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Pengurus Produk

James Kana
Pengurus Produk
011-1110909
jameskana@techx.com
Miri, MY
Linkedin.com/in/jameskana

Ringkasan Profesional

Pengurus produk yang berpengalaman dalam melancarkan dan menguruskan produk perisian dengan berjaya. Meningkatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 20% dan 15% dalam pertumbuhan pangkalan pengguna. Berkemahiran dalam penyelidikan pasaran, strategi produk, dan mengetuai pasukan demi menyumbang kepada peningkatan 30% dalam masa penghantaran produk. Komunikator dan kolaborator yang berkesan memberi tumpuan kepada penyelesaian berpusatkan pengguna dan menerima penilaian maklum balas pengguna positif 95%.

Pengalaman Kerja

TechX Comp
Pengurus Produk
Januari 2019-sekarang

  • Mengetuai pasukan pereka, jurutera, dan pemasaran dalam pembangunan dan pelancaran aplikasi mudah alih baru, yang mengakibatkan peningkatan 15% dalam penglibatan pengguna dan peningkatan pendapatan sebanyak 20%.
  • Menjalankan penyelidikan pasaran dan temu duga bersama pengguna untuk mengenal pasti permintaan pengguna dan masalah utama yang mempengaruhi pembangunan produk dan mengakibatkan pengurangan 15% dalam pergeseran pelanggan.
  • Menjalankan analisis kompetitif dan penilaian trend pasaran untuk mengenal pasti peluang baru dan memacu peningkatan produk, mengakibatkan peningkatan 10% dalam bahagian pasaran.
  • Melaksanakan metodologi tangkas, termasuk pendirian harian, perancangan pecut, dan retrospektif, untuk menyelaraskan proses pembangunan dan meningkatkan produktiviti pasukan.

Kimi Kimi Tech
Pembantu Pengurus Produk
Mac 2015-Disember 2018

  • Memberi sokongan kepada Pengurus Produk dalam membangun dan melaksanakan strategi produk, menghasilkan peningkatan 15% dalam jualan produk pada tahun pertama.
  • Menjalankan kajian serta analisis pasaran untuk mengenal pasti keperluan dan keutamaan pelanggan lalu memberikan pandangan berharga untuk tujuan pembangunan dan penambahbaikan produk.
  • Membantu menguruskan kitaran hayat produk, termasuk mengumpul dan mendokumentasikan keperluan, merancang perjalanan produk, dan memantau garis masa projek.
  • Memberikan sokongan pelanggan yang luar biasa dan menjawab pertanyaan pelanggan, menangani kebimbangan berkaitan produk dan memastikan kepuasan pelanggan.

Tahap Pendidikan

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Universiti Malaysia Sabah
November 2014

Kemahiran

  • Strategi produk
  • Kajian pasaran
  • Analisis data
  • Kerjasama bersilang fungsian
  • Kepimpinan

Pencapaian

  • Anugerah Pengurus Terbaik Tahun 2020
  • Anugerah Inovasi

Orang Rujukan

  • Mr. Michael Beng
    Pengurus Umum Techx
    michaelbeng@techx.com

Untuk anda yang memohon kerja sebagai pengurus produk, panduan menulis resume ini dicipta khas untuk anda. Malah, anda boleh memuat turun templat resume pengurus produk terlebih dahulu sebelum kita pergi ke bahagian seterusnya dengan lebih mendalam. Sebelum itu, tahukah anda apa perbezaan resume dan cv?

Pengurus produk CV


CV dan resume boleh digunakan untuk memohon kerja. Memahami beza antara kedua-dua perkara ini penting bagi memastikan anda menyertakan maklumat yang betul dalam resume anda. Resume biasanya merupakan dokumen ringkas, biasanya terhad kepada satu atau dua halaman. Ia menyerlahkan kemahiran, pengalaman kerja, dan pencapaian yang berkaitan dengan pekerjaan yang ingin anda pohon.

Manakala CV pula lebih panjang dan terperinci. Ia digunakan untuk menyerlahkan lagi pencapaian anda dalam bidang akademik. Untuk tujuan panduan ini, kami akan memperkenalkan kepada anda cara menulis resume yang terbaik.

Gaji yang Ditawarkan & Peluang Pekerjaan Pengurus Produk


Di Malaysia, pengalaman kerja dan tahap pendidikan anda memainkan peranan penting dalam menentukan gaji yang akan anda terima. Selain daripada itu, untuk jawatan seperti pengurus produk, industri juga akan akan menentukan purata gaji anda.

Menurut Jobstreet, purata gaji bulanan seoarang pengurus produk ialah RM6,800 ke RM9,300. Untuk makluman, peluang kerja dalam jawatan ini agak tinggi. Setakat ini, sebanyak sembilan ratus lebih kerja kosong sebagai pengurus produk di laman Jobstreet.

Pengurus produk CV


Apa yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mendapatkan Resume Terbaik


Sebelum kita pergi dengan lebih terperinci lagi mengenai langkah menulis setiap bahagian resume ini, kami ingin memberikan beberapa tips penting untuk memastikan resume anda sentiasa kelihatan profesional. Tips-tips tersebut ialah seperti berikut:

  • Guna saiz dan fon tulisan yang tidak terlalu kesil dan mudah dibaca
  • Guna warna tulisan hitam dengan latar belakang putih
  • Guna tiga format utama resume: kronologi,praktikal dan gabungan

Tiga format resume untuk anda pilih

Untuk menulis resume bagi tujuan pemohonan kerja, anda boleh menggunakan mana-mana tiga format resume utama iaitu:

Format kronologi terbalik

Format ini sangat menekankan susunan masa. Sebagai contoh, anda harus menyusun tempat kerja terkini anda di bahagian paling atas sekali. Kemudian barulah diikuti dengan tempat kerja anda sebelum ini. Begitu juga dengan tahap pendidikan dan bahagian lain di resume anda. Nyatakan yang terkini dan barulah diikuti dengan yang sebelum ini.

Format praktikal

Beza utama format ini dengan format resume yang lain ialah, ia lebih menekankan kemahiran daripada pengalaman kerja. Jadi, format ini sesuai digunakan oleh graduan yang baru tamat pengajian tetapi tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kerja yang dipohon.

Format gabungan

Format gabungan menampilkan ciri resume kronologi terbalik dan juga praktikal. ini sesuai digunakan jika anda mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun dalam industri yang anda ceburi. Ini kerana, format ini akan menyerlahkan pengalaman kerja serta kemahiran yang anda miliki dan pelajari semasa anda menggalas tugasan yang diberikan di tempat kerja anda.

Pengurus produk CV


Cara Menulis Pengepala Resume


Pengepala resume sering kali dirujuk sebagai tajuk resume. Di mana, ia ditulis di bahagian atas kiri atau tengah-tengah resume anda. Perkara utama yang harus dinyatakan dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

  • nama penuh pemohon
  • jawatan yang ingin dipohon
  • maklumat untuk dihubungi
  • tempat tinggal
  • pautan ke portfolio dalam talian anda

Walaupun bahagian ini tidak mengandungi perkara yang lebih terperinci, tetapi ramai pemohon melakukan kesilapan yang mereka tidak dapat jangka. Contoh tajuk resume yang betul ialah seperti berikut:

BETUL
James Kana
Pengurus Produk
011-1110909
jameskana@techx.com
Miri, MY
Linkedin.com/in/jameskana


Antara kesilapan lazim yang dilakukan dalam bahagian ini boleh anda lihat dalam contoh di bawah:

SALAH
James Kana
Pengurus Produk
011-1110909
jameskthegamer@techx.com
No.1a, Lorong 2a, Permai Jaya,
98000 Miri, Sarawak
Linkedin.com/in/jameskana

📌 Tip: Anda tidak perlu menyatakan alamat penuh, dan pastikan e-mel anda kedengaran profesional.


Cara Menulis Rumusan Profesional


Ringkasan profesional yang turut dikenali sebagai ringkasan kerjaya atau pernyataan profil, adalah bahagian ringkas pada permulaan resume anda. Ia menampilkan kelayakan, pengalaman, dan pencapaian utama anda sebagai pemohon. Ringkasan ini juga memberikan gambaran ringkas tentang latar belakang profesional anda dan berfungsi sebagai pengenalan kepada bahagian lain dalam resume anda.

Contoh ringkasan profesional yang tepat ialah seperti ini:

Pengurus produk CV


Ringkasan Profesional

BETUL
Pengurus produk yang berpengalaman dalam melancarkan dan menguruskan produk perisian dengan berjaya selama 6 tahun. Meningkatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 20% dan 15% dalam pertumbuhan pangkalan pengguna. Berkemahiran dalam penyelidikan pasaran, strategi produk, dan mengetuai pasukan demi menyumbang kepada peningkatan 30% dalam masa penghantaran produk. Komunikator dan kolaborator yang berkesan memberi tumpuan kepada penyelesaian berpusatkan pengguna dan menerima penilaian maklum balas pengguna positif 95%.


Contoh di atas sangat tepat kerana pemohon menyelitkan unsur statistik dalam membuktikan kebolehan mereka menggalas tugas yang diberikan dengan berkesan.

Walaupun bahagian ini hanya menggunakan beberapa ayat sahaja, anda tidak semestinya perlu meringkaskannya sehingga tidak relevan. Berikut adalah contoh ringkasan profesional yang kurang tepat dan tidak meyakinkan perekrut:

SALAH
Pengurus produk yang mempunyai tiga tahun pengalaman dalam pengurusan produk. Boleh membimbing pasukan pemasaran dan reka cipta. Di samping melakukan kajian pasaran untuk meningkatkan pendapatan tahunan syarikat.


Tips ringkas untuk menulis bahagian ini dengan berkesan ialah seperti berikut:

  • nyatakan tahun pengalaman anda
  • nyatakan tanggungjawab yang anda pikul
  • nyatakan bukti keupayaan anda dengan angka statistik
  • serlahkan dan nyatakan kemahiran yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon

📌 Tip: Kenal pasti kemairan yang dinyatakan dalam iklan kerja untuk anda selitkan dalam bahagian rumusan profesional


Cara Menulis Pengalaman Kerja


Untuk menulis pengalaman kerja, kami galakkan agar anda menggunakan format susunan kronologi terbalik. Contohnya seperti di bawah ini:

Pengalaman Kerja
TechX Comp
Pengurus Produk
Januari 2019-sekarang
  • Mengetuai pasukan pereka, jurutera, dan pemasaran dalam pembangunan dan pelancaran aplikasi mudah alih baru, yang mengakibatkan peningkatan 15% dalam penglibatan pengguna dan peningkatan pendapatan sebanyak 20%.
  • Menjalankan penyelidikan pasaran dan temu duga bersama pengguna untuk mengenal pasti permintaan pengguna dan masalah utama yang mempengaruhi pembangunan produk dan mengakibatkan pengurangan 15% dalam pergeseran pelanggan.
  • Menjalankan analisis kompetitif dan penilaian trend pasaran untuk mengenal pasti peluang baru dan memacu peningkatan produk, mengakibatkan peningkatan 10% dalam bahagian pasaran.
  • Melaksanakan metodologi tangkas, termasuk pendirian harian, perancangan pecut, dan retrospektif, untuk menyelaraskan proses pembangunan dan meningkatkan produktiviti pasukan.
Kimi Kimi Tech
Pembantu Pengurus Produk
Mac 2015-Disember 2018
  • Memberi sokongan kepada Pengurus Produk dalam membangun dan melaksanakan strategi produk, menghasilkan peningkatan 15% dalam jualan produk pada tahun pertama.
  • Menjalankan kajian serta analisis pasaran untuk mengenal pasti keperluan dan keutamaan pelanggan lalu memberikan pandangan berharga untuk tujuan pembangunan dan penambahbaikan produk.
  • Membantu menguruskan kitaran hayat produk, termasuk mengumpul dan mendokumentasikan keperluan, merancang perjalanan produk, dan memantau garis masa projek.
  • Memberikan sokongan pelanggan yang luar biasa dan menjawab pertanyaan pelanggan, menangani kebimbangan berkaitan produk dan memastikan kepuasan pelanggan.


Apabila anda memohon jawatan di peringkat pengurusan, anda harus mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang dipohon sekurang-kurangnya lima tahun. Bagi memastikan anda menulis bahagian ini dengan berkesan, pastikan anda menggunakan format resume gabungan.

Cara Menulis Bahagian Latar Belakang Pendidikan


Untuk memohon pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi, anda harus mempunyai latar belakang pendidikan yang diperlukan. Sebagai contoh, untuk pemohonan kerja sebagai pengurus produk, memiliki ijazah yang berkaitan dengan industri kerja anda sangat penting.

Pengurus produk CV


Berikut adalah cara untuk menulis latar belakang pendidikan dengan betul:

Tahap Pendidikan
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Universiti Malaysia Sabah
November 2014


Ingat, anda tidak perlu menyatakan pendidikan rendah di dalam resume. Ini kerana, tahap pendidikan rendah tidak relevan untuk pemohonan kerja yang memerlukan kemahiran dan tahap pendidikan yang tinggi.

Anda boleh menyatakan tahap pendidikan dari peringkat diploma ke PHD bagi jawatan kerja sebagai seorang pengurus.

Cara Menulis Kemahiran yang Dimiliki


Bagi jawatan sebagai seorang pengurus, anda hendaklah membuktikan bahawa sepanjang perkhidmatan anda, kemahiran yang relevan dan diperlukan untuk bidang tugas tersebut sudah anda miliki. Ingat, kemahiran yang diperlukan tidak semestinya kemahiran teknikal sahaja. Malah anda perlu membuktikan bahawa anda juga seorang yang prihatin dengan memiliki kemahiran insaniah.

Berikut adalah cara yang betul untuk menyatakan kemahiran yang anda miliki:

Kemahiran
  • Strategi produk
  • Kajian pasaran
  • Analisis data
  • Kerjasama bersilang fungsian
  • Kepimpinan


Dua jenis kemahiran utama untuk anda rangkumkan dalam resume

Kami telah mengenal pasti beberapa kemahiran teknikal dan insaniah yang relevan dengan jawatan pengurus produk. Anda boleh menyatakan mana-mana kemahiran ini di dalam resume anda bagi memastikan pemohonan anda lebih menyerlah.

Pengurus produk CV


Kemahiran teknikal

  • Analisis data
  • Kajian pasaran
  • Perancangan projek
  • EVM
  • Microsoft Project
  • Reka bentuk berpusatkan pengguna
  • Kepintaran atau akumen perniagaan
  • Pembangunan produk tangkas

Kemahiran insaniah

  • Sifat kepimpinan
  • Boleh melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa
  • Berperwatakan profesional
  • Tegas
  • Boleh menguruskan masa
  • Boleh berfikiran kritis
  • Berdaya saing
  • Penyelesaian masalah

Pencapaian Lain yang Boleh Anda Nyatakan Dalam Resume


Jika anda pernah menerima anugerah sepanjang perkhidmatan, anda boleh menyatakannya dalam resume pengurus produk. Ini pasti akan membantu resume anda untuk tampil lagi meyakinkan di mata para perekrut. Berikut adalah cara dan contoh anugerah yang diterima oleh pemohon:

Pencapaian

  • Anugerah Pengurus Terbaik Tahun 2020
  • Anugerah Inovasi

Pada masa yang sama, bahagian pencapaian ini boleh juga digantikan dengan sijil kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon. Senaraikan sahaja sijil-sjil yang anda miliki menggunakan cara yang sama seperti menyatakan pencapaian profesional anda.

Orang Rujukan di Dalam Resume


Orang rujukan boleh membantu pemohonan anda untuk dipertimbangkan oleh para perekrut. Ini kerana, ia menunjukkan bahawa anda mempunyai hubungan yang baik dengan pihak atasan di syarikat anda. Dengan itu, orang rujukan tidak boleh terdiri daripada kenalan rapat atau ahli keluarga anda.

Pengurus produk CV


Jadi, cara yang betul untuk menulis bahagian orang rujukan dalam resume anda adalah seperti berikut:

Orang Rujukan
Mr. Michael Beng
Pengurus Umum Techx
michaelbeng@techx.com


Kesimpulan: Tips dan Panduan Menulis Resume Dengan Mudah


Di dalam panduan ini, kita telah membincangka cara mudah untuk membantu anda menulis resume pengurus produk dengan betul. Pada masa yang sama, resume yang terbaik haruslah memiliki bahagian-bahagian utama ini:

  • Tajuk resume
  • Rumusan profesional
  • Pengalaman kerja
  • Pendidikan
  • Kemahiran
  • Pencapaian profesional
  • Orang rujukan

Sebelum anda menghantar resume, pastikan anda membaca dan menyemak semula kandungan yang ditulis agar tiada kesalahan ejaan dijumpa. Dengan itu, kami berharap agar panduan ringkas ini boleh membantu anda memohon kerjaya impian anda.

Perlukah Saya Menyertakan Surat Iringan


Surat iringan kadang-kala diperlukan untuk memohon jawatan tinggi seperti pengurus produk. Jika anda tidak pernah menulis surat iringan, anda perlu merujuk panduan menulis cv pengurus produk kami.

Tetapi, secara amnya, surat iringan adalah huraian yang lebih terperinci lagi mengenai kemahiran dan kelayakan anda untuk bidang kerja yang dipohon. Ia juga menyerupai surat rasmi keran anda akan menghantarnya bersama resume.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Mengenai Resume Pengurus Produk

Berikut adalah antara soalan lazim yang berkaitan dengan resume dan pemohonan kerja sebagai pengurus produk:

Apakah objektif resume?

Objektif resume hampir sama dengan rumusan profesional. Namun, ia lebih cenderung digunakan oleh pemohon yang tidak berpengalaman. Di mana, di dalam bahagian tersebut, mereka akan menyatakan mengapa mereka ingin memohon kerja yang diiklankan.

Berapa lamakah tempoh pemprosesan pemohonan kerja?

Jika anda memohon kerja di syarikat yang besar, proses yang diambil untuk menentukan sama ada anda layak ditemu duga ialah lima hari ke sebulan.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche