Contoh resume pereka grafik | Templat dan sumber untuk mencapai kejayaan

Menurut Forbes.com, pekerja yang kekal dalam sesebuah syarikat lebih lama akan mendapat gaji kurang daripada 50% berbanding dengan mereka yang mempunyai pengalaman sama tetapi bertukar majikan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh resume pereka grafik

Jom selami panduan lengkap menulis resume

Berikut adalah contoh resume pereka grafik yang asas yang kita dikembangkan secara lebih terperinci dan sistematik dengan penambahbaikan susun atur bagi menarik perekrut untuk memanggil anda menghadiri temuduga.

Mohamad Juszuraimi Bin Abdullah
Graduan Pereka Grafik
03-2399779
m.jusz@gmail.com
Taman Kenanga, Kuala Langat
linkedin.com/juszabdullah

Sinopsis Profesional

Seorang pereka grafik yang memenangi anugerah dengan lebih 7 tahun pengalaman dalam studio animasi 2D dan 3D berusaha untuk meneruskan kecemerlangan saya menggunakan Adobe Creative Suite. Dalam tugas saya sebelum ini di syarikat Simpli Kreatif, saya memenangi anugerah pereka grafik terbaik selama dua tahun berturut-turut dan dianugerahkan pereka paling inovatif.

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Ilustrasi dan Pereka Grafik dengan Kepujian
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
2010-2015

Pengalaman Berkerja

Ogos 2019 hingga kini
Pereka Grafik Senior
Simpli Kreative Sdn. Bhd.

  • Mereka bentuk siri komik 10 buku yang bekerjasama dengan pasukan 4 yang kemudiannya memperoleh jualan $20 juta di 12 negara.
  • Bekerja pada projek animasi $60 juta untuk sub-kontraktor Pixar dan menyerahkan reka bentuk tepat pada masanya dengan 100% kepuasan pelanggan
  • Pakar dalam ilustrasi untuk buku kanak-kanak: menyiapkan 12+ buku kanak-kanak daripada konsep watak hingga reka bentuk

Jan 2015 hingga Julai 2019
Pereka Grafik
Grafik DP Sdn.Bhd.

  • Terlibat dalam lebih 300 projek reka bentuk grafik dengan saiz berbeza yang mencapai penilaian kepuasan pelanggan sebanyak 97%
  • Watak 2D buku kanak-kanak bernama “Marie” yang direka oleh saya menjadi watak ikonik dalam kalangan kanak-kanak yang kemudiannya dipaparkan dalam kartun yang memperoleh pendapatan royalti $70 juta kepada syarikat
  • Kandungan direka bentuk untuk 30+ tapak web termasuk e-dagang, portfolio dan teknologi: bekerja dengan pembangun web dan artis grafik

Kemahiran

  • Adobe Photoshop
  • Adobe illustrator
  • Adobe After Effects
  • Adobe Premiere
  • Adobe InDesign
  • Maya
  • ZBrush

Sekiranya anda seorang pereka grafik yang ingin mencuba mencari majikan baru untuk mengesahkan kenyataan Forbes diatas, artikel ini akan membimbing anda menghasilkan  model CV pereka grafik terbaik. Sila teruskan membaca kerana ia mengandungi tips terbaik termasuk:

  • Memilih format resume, susun atur dan templat yang sesuai untuk templat CV pereka grafik anda.
  • Menulis setiap bahagian dengan sempurna beserta beberapa contoh terbaik.
  • Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis resume pereka grafik.
  • Kaedah dan tempat yang sesuai untuk memasukan pencapaian anda untuk resume yang akan memenangi hati perekrut.
  • Kami juga telah memberikan Petua Resume Pro untuk menulis resume profesional yang akan membantu anda mendapatkan lebih banyak permintaan temu duga.
  • Kami sertakan resume builder untuk menjimatkan masa anda menghasilkan resume menarik dan membolehkan anda menukar susun atur sesuka hati tanpa perlu menulis kembali setiap satu maklumat yang telah dimasukkan sebelum itu.

Pengalaman kami adalah berdasarkan interaksi selama berdekad dengan pelbagai perekrut tempatan dan antarabangsa, termasuk agensi kerajaan, pengilang, syarikat pengiklanan dan PR serta SME tempatan dan antarabangsa.

contoh resume pereka grafik


Cara menulis resume pereka grafik


Bidang penulisan resume sentiasa berkembang – ia tidak seperti 5 tahun lalu. Piawaian penulisan baharu – templat – amalan terbaik – dan itulah sebabnya penting untuk anda meneliti panduan menghasilkan resume yang lengkap ini sebelum memulakan penulisan anda.

Kaedah menulis terbaik adalah memfokus kelebihan anda berbanding calon lain pada permulaan resume. ini adalah kerana, fokus maksimum perekrut adalah dalam 10 saat pertama mereka melihat resume anda. Sekiranya menarik, fokus mereka dapat dilanjutkan kepada 3 minit lagi. Namun, sekiranya resume dibentangkan dengan baik, mereka akan meneruskan meneliti resume anda melebihi 10 minit dan anda pasti akan dipanggil untuk temuduga.

Susun atur

Struktur resume permohonan kerja pereka grafik harus mempunyai bahagian berikut:

  • Pengepala sebagai rumusan mengenai anda
  • Ringkasan resume/objektif memudahkan mereka memahami karier anda
  • Bahagian pengalaman kerja untuk menunjukan relevan pengalaman anda dengan keperluan mereka
  • Bahagian pendidikan
  • Bahagian kemahiran
  • Bahagian tambahan (bahasa, kemahiran komputer dan sijil, anugerah, kerja sukarela dan minat)

Anda boleh mempribadikan resume pereka grafik melalui tips berikut:

  • Hasilkan resume baru untuk setiap permohonan berlainan untuk menyesuaikannya dengan spesifikasi yang diperlukan majikan.
  • Semak skop dan keperluan iklan kerja dan tambahkan kata kunci dan kata kerja yang sesuai untuk meningkatkan peluang anda untuk memenangi perhatian perekrut.
  • Hasilkan tajuk yang sesuai dan cari kata kunci dari iklan, kerana ia adalah perkara pertama yang akan dicari oleh perekrut.
  • Fokuskan masa dan fikiran anda untuk menambah pengalaman relevan yang serasi dengan keperluan iklan.

Format dan Struktur

Sebagai pereka grafik, anda mempunyai banyak pengalaman profesional, dengan mengikut norma penulisan resume terbaik, anda akan dapat mengutamakan informasi yang paling relevan yang dicari perekrut, ingat, anda perlu menggunakan ‘bahasa’ yang mereka!

Di bawah ini kami rumuskan jutaan jenis resume yang terdapat di internet kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk profesion pereka grafik, iaitu:

  • Resume dengan format kronologi terbalik dapat memberi fokus kepada pengalaman profesional anda. Format ini sesuai sekiranya anda telah bekerja sebagai pereka grafik selama beberapa tahun.
  • Resume jenis fungsi pula menumpu pada kemahiran anda. Jika anda seorang graduan baru atau sedang menukar kerjaya untuk menjadi seorang pereka grafik, maka resume dengan format fungsi adalah yang terbaik untuk anda.
  • Resume hibrid/gabungan pula merupakan campuran kedua-dua format di atas. Ia sesuai untuk calon yang mempunyai gabungan kemahiran dan pengalaman yang memberangsangkan.

Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.

📌 Tip: Hadkan resume anda pada SATU Muka Surat.


Tajuk dan Maklumat Untuk Menghubungi Anda


Sebagai seorang pereka grafik, kerativiti anda perlu diseimbangi dengan profesionalism semasa menulis resume. Bahagian tajuk atau pengepala resume untuk pereka grafik adalah unik dan ia hendaklah bebas daripada sebarang ralat. Bahagian ini mengandungi maklumat yang digunakan oleh perekrut untuk menghubungi anda. Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini termasuk nama penuh, jawatan kerja yang dipohon (seperti dalam iklan), maklumat kaedah menghubungi anda seperti pautan ke profil LinkedIn dan email anda.

Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Mohamad Juszuraimi Bin Abdullah
Graduan Pereka Grafik
03-2399779
m.jusz@gmail.com
Taman Kenanga, Kuala Langat
linkedin.com/juszabdullah


Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Mohamad Juszuraimi Bin Abdullah
Graduan Pereka Grafik
03-2399779
m.jusz@gmail.com
No.3, Jalan CIku, Taman Kenanga,
42700 Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan
linkedin.com/juszabdullah


Perkara berikut membezakan tajuk yang baik daripada yang tidak profesional:

  • Nama: Hendaklah dimulakan dengan nama anda dan bukan dengan tajuk jawatan yang dipohon.
  • Nama hendaklah nama pertama dan nama akhir. Jika anda popular dalam nama samaran dalam industri, anda boleh memasukkannya dalam kurungan.
  • E-mel: Gunakan e-mel peribadi anda yang berbunyi formal, bukan seperti seperti seorang remaja lepasan SPM.
  • Alamat Kediaman: Alamat surat-menyurat penuh tidak diperlukan dalam resume.
  • Portfolio: Letakkan pautan ke portfolio anda. Ia boleh jadi laman web anda sendiri, media sosial, Behance, Dribble, PortfolioBox, Freepik, Shutterstock atau lain-lain.

📌Tip: Pastikan bahagian tajuk pendek, hanya masukkan maklumat seperti diatas. Adalah penting untuk anda hasilkan email baru yang berbunyi profesional serta berfungsi.


Kepilkan gambar atau tidak:

Sebagai seorang pereka grafik, aras rupa tidak sepatutnya menjadi ukuran tahap keupayaan dan kreativiti anda. Walau apapun yang diajar di Universiti ataiu kolej anda mengenai resume, gambar tidak perlu dilampirkan dalam resume melainkan perekrut memintanya di dalam iklan atau email peribadi yang dihantar kepada anda sebelum sesi temuduga. Ini adalah kerana anda mungkin  didiskriminasi secara tidak disedari oleh pihak perekrut dari awal lagi .

Serlahkan pengalaman anda sebagai pereka grafik


Bahagian pengalaman merupakan asas resume untuk setiap pengiat dalam industri kreatif.

Dalam bahagian ringkasan resume anda, iaitu bahagian kedua selepas pengepala, is perlu ditulis dan diolah untuk menarik perhatian perekrut terhadap potensi dan kredibiliti anda sebagai pereka grafik yang berkaliber.

Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman

Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan resume agar perekrut terpegun serta tidak sabar untuk menghubungi anda untuk ditemuduga dan bersedia untuk menawarkan gaji dan tanggungjawab yang lebih besar kepada anda berbanding dengan calon lain?

  • Kami mencadangkan agar anda luangkan masa menghasilkan karya seni untuk dipamerkan dalam platform antarabangsa seperti storyblocks, shutter stock, behance Adobe Stock.
  • Luangkan masa menghadiri kursus bersijil untuk menunjukkan keupayaan dan minat anda untuk memperbaiki kemahiran dan selaras dengan standard antarabangsa, bukan sekadar menjadi jaguh tempatan. 

Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Ogos 2019 hingga kini
Pereka Grafik Senior
Simpli Kreative Sdn.Bhd.
  • Mengetuai pasukan ilustrasi seramai 5 orang untuk mengerjakan filem pendek animasi untuk menghasilkan animasi watak dan latar belakang – nilai projek $20juta
  • Mencipta bersama siri buku kanak-kanak dengan sekumpulan penulis dan ilustrator daripada konsep watak hingga produk akhir – nilai projek $200,000
  • Bekerjasama dengan pasukan kreatif artis, jurutera audio dan pengeluar untuk mencipta output animasi berkualiti tinggi menggunakan Motion Builder dan Adobe Illustrator
  • Berkomunikasi dengan pasukan pemasaran pelanggan untuk mereka bentuk kempen iklan TV3
  • Mencipta 100+ seni digital dan grafik menggunakan Adobe Illustrator dan Photoshop untuk majalah belia bernama WECom

💡 Contoh di atas mengaitkan pengalaman dahulu anda dengan fakta/data yang dapat digunakan untuk mengukur pencapaian yang diperolehi. Ini juga memudahkan perekrut melihat sifat objektif anda sebagai seorang pereka grafik.


Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Ogos 2019 hingga kini
Pereka Grafik Senior
Simpli Kreative Sdn.Bhd.
  • Seni watak yang dibangunkan untuk filem pendek animasi
  • Mencipta ilustrasi untuk siri buku kanak-kanak
  • Menghasilkan animasi berkualiti tinggi menggunakan Motion Builder
  • Penciptaan seni digital
  • Mencipta lakaran kasar sebelum mengerjakan ilustrasi akhir
  • Buat imej dan bahan cetakan

🛑 Contoh di atas adalah tidak spesifik, dan ia tidak akan menyerlahkan resume dikalangan calon lain.
📌Tip: Sekiranya anda graduan yang baru mencari pekerjaan, jangan tulis anda seorang “pelajar perek grafik” – tiada perekrut yang mahu mengambil seorang ‘pelajar’. Tulis gelaran yang anda perolehi semasa berada dalam latihan industri. Ia boleh jadi Pelatih Pereka Grafik.


Ceritakan latar belakang pendidikan anda


Pendidikan dalam bidang kreatif boleh ditafsirkan sama ada pendidikan formal melalui diploma dan ijazah ataupun sijil yang diperolehi melalui program pendek dalam bidang kreatif yang diambil secara online.

Senarai pencapaian dalam pendidikan dimasukkan sejurus selepas ataupun sebelum bahagian pengalaman kerja. Gunakan format yang konsisten untuk menyenaraikan pendidikan anda – mulakan dengan:

  • Nama sijil, diploma, ijazah
  • Nama institusi atau universiti
  • Tempoh masa pengajian
  • Hasil pembelajaran utama yang anda perolehi daripada pendidikan tersebut

📌 Sekiranya anda tiada pengalaman kerja, maka mulakan dengan maklumat akademik dan kemudiannya senaraikan kemahiran yang telah anda kuasai serta pengalaman semasa latihan praktikal pada tahun akhir anda.


Contoh penulisan latar belakang akademik yang baik adalah seperti berikut:

Sarjana dalam Ilustrasi dan animasi 3D
2016-2018
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
  • 6 bulan penempatan industri
  • Animasi filem lanjutan
Ijazah Sarjana Muda Ilustrasi dan Pereka Grafik dengan Kepujian
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
2010-2015
  • Alat reka bentuk termasuk Adobe Illustrator, InDesign, CAD
  • Projek reka bentuk perindustrian
  • Reka bentuk jenama

📌 Sekiranya anda masih belum tamat pengajian, masukkan tarikh tamat yang dijangkakan selesai.


Pilih kemahiran terbaik anda sebagai pereka grafik


Resume anda perlu ada kemahiran teras serta kemahiran insaniah. Anda juga harus mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja dan kemahiran insaniah yang penting untuk bekerjasama di tempat kerja anda.

Mari lihat beberapa kemahiran penting yang perlu anda tambahkan pada resume anda.

Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras

  • Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • Adobe After Effects
  • Adobe Premiere
  • Adobe InDesign

Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah

  • Dapat bekerja dalam persekitaran yang bertekanan tinggi
  • Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis seperti menulis laporan
  • Kemahiran menyelesaikan masalah kreatif
  • Menghormati pandangan berbeza
  • Dapat menerima kritikan untuk terus membina idea baru melalui gabungan idea ahli kumpulan lainDapat membezakan di antara masa untuk memimpin dan masa untuk dipimpin

Ringkasan Profesional


Ringkasan profesional merupakan sebahagian daripada resume yang sangat penting. Ia adalah ruang untuk anda mempromosi diri dan dipecahkan kepada 2 ayat:

  • Ayat pertama memberikan perincian relevan mengenai masa lampau anda untuk membentuk kredibiliti. Pendidikan, kemahiran, projek lalu dan pencapaian lalu.
  • Ayat kedua mengenai masa hadapan dengan menyatakan minat dan seronoknya anda untuk berkhidmat dalam syarikat mereka.

Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
  • Seorang pereka grafik yang berdedikasi dalam reka bentuk, vektor, ilustrasi dan animasi.
  • Sedang berkhidmat dengan Nestle untuk menghasilkan grafik untuk iklan TV3 dengan pasukan PR untuk menarik minat generasi muda membeli produk susu Nestle.
  • Dalam projek iklan surat khabar Nestle dalam akhbar The New Straits Times, saya terlibat dalam mencari kata kunci optimum untuk biskut coklat mereka.

💡 Contoh di atas menampilkan kemahiran anda. Ia menjadikan resume kelihatan seimbang dan relevan dengan peranan yang diiklankan kerana ia mengaitkan anda dengan kerja berkumpulan yang menunjukkan anda dapat bekerja dengan individu berlainan yang berbeza umur, kelayakan dan pangkat.


Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:

SALAH
Pereka grafik yang berdedikasi dengan minat dalam bidang kreatif.

🛑 Contoh di atas terlalu ringkas maka ia gagal menampilkan minat dan kemahiran yang telah anda kuasai kepada perekrut.


Bahagian tambahan untuk CV pereka grafik


Bahagian tambahan di dalam resume merupakan suatu bahagian diatas kertas resume yang anda boeh menulis tajuk atau perkara sokongan lain. Ia bertindak sebagai sumber maklumat penting untuk setiap pereka grafik. Berikut merupakan beberapa contoh faedah yang dapat anda perolehi apabila ia digunakan dengan bijak:

  • Ia merupakan bahagian yang menarik perhatian perekryt, walaupun ia keci.
  • Calon boleh memasukkan pelbagai maklumat di bawah tajuk-tajuk yang berbeza.
  • Mudah untuk mengisi ruang ini untuk mereka yang mempunyai banyak pengalaman dari pelbagai bidang yang berkaitan dengan rekaan grafik..
  • Caranya disini ialah memilih tajuk yang sesuai untuk resume anda. Ingat, informasi yang tidak menambah nilai pada diri anda atau keperluan majikan harus dielakkan.

Bahasa

Untuk seorang pereka grafik, kemahiran berbahasa hanya penting sekiranya anda perlu bekerja dengan kumpulan dari pelbagai negara berlainan.

Sekiranya ia perlu, maka sertai seberapa banyak kursus bahasa yang perlu sahaja. Kursus bahasa asing yang disertai perlulah menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:

  • Goethe Zertifikat atau TestDaF untuk bahasa Jerman
  • TOEFL atau IELTS untuk Bahasa Inggeris
  • SIELE untuk bahasa Sepanyol

Kerja Sukarela

💡 Sebagai seorang insan yang ingin berjaya naik pangkat dengan pantas, anda perlu menonjolkan kesanggupan anda untuk melakukan lebih dari skop yang majikan berikan.

Dengan kata lain, anda dinasihatkan melakukan kerja amal untuk komuniti seperti membantu mereka membuat e-poster untuk program dalam taman, surau dan masjid.

Anda boleh mulakan dengan menentukan perubahan yang ingin anda lakukan dalam komuniti. Kemudian hubungi pengerusi taman untuk membentangkan cadangan aktiviti sukarelawan anda dan mula manarik ahli komuniti alin untuk menyertai anda.

Hobi

💡Hobi yang relevan dengan bidang yang anda ceburi adalah sangat bernilai kepada perekrut yang berpengalaman. Ia menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari apa yang di arah.

Kemahiran Komputer

💡Setiap pereka grafik moden mesti mempunyai kemahiran menggunakan pelbagai perisian untuk membantu anda melengkapkan skop kerja. Ia hendaklah’ di tulis dalam bahagian tambahan sebagai ‘kemahiran komputer agar ia tidak terbenam dalam bahagian kemahiran am lain. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume anda:

  • Pensijilan Adobe Photoshop mengikut tahap yang telah dicapai
  • Pensijilan Adobe Illustrator terkini
  • Pensijilan Adobe After Effects terkini
  • Pensijilan Adobe Premiere terkini
  • Pensijilan Adobe InDesign terbaru

Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk pereka grafik


Kami telah bersama-sama melihat banyak tips dan garis panduan untuk menghasilkan resume pereka grafik yang terkini. Sebagai nota terakhir, sila pertimbangkan petua pro berikut:

  • Pilih templat yang sesuai untuk menjana pereka grafik CV pdf yang berkualiti.
  • Kaji iklan pekerjaan dan kembangkan kemahiran yang mereka cari – dapatkan pensijilan kemahiran yang berkaitan.
  • Sesuaikan ringkasan resume anda kepada pekerjaan yang berbeza – jadikan ia semenarik mungkin untuk menarik perhatian pembaca.
  • Gunakan grammarly untuk menyemak penggunaan bahasa Inggeris dalam resume pereka grafik anda.
  • Format resume yang betul adalah kunci untuk memastikan kelayakan anda dibentangkan dengan baik. Sila lihat beberapa tips tambahan disini.
  • Mulakan dengan pendidikan dan kemahiran, terutamanya jika anda tidak mempunyai pengalaman. Lihat beberapa kategori yang lain disini.
  • Minta rakan anda untuk menyemak resume anda sebelum menghantarnya kepada perekrut.

Ringkasan: Membuat Resume Profesional untuk pereka grafik

  • Resume pereka grafik anda hendaklah bermula dengan tajuk yang menarik. Ia perlu dibentang secara profesional. Anda boleh lihat templat disini.
  • Tulis ringkasan objektif yang menerangkan kemahiran dan minat utama anda dalam pekerjaan itu.
  • Pastikan resume anda pendek, ringkaskan semua kelayakan anda.
  • Gunakan bahagian tambahan untuk memberikan kejutan yang menyenangkan kepada pengurus pengambilan pekerja.
  • Jadi khusus dalam bahagian pengalaman anda – gunakan nombor untuk menambah kredibiliti – elakkan menulis peranan dan tanggungjawab.
  • Gunakan format yang jelas untuk mempamerkan kelayakan akademik anda – jadikan deskriptif tentang kelayakan dan pencapaian akademik anda.

Lengkapkan CV anda dengan surat iringan


Surat iringan membebaskan anda dari kekangan struktur resume. Di sini anda bebas meluahkan kreativiti anda melalui penulisan dan struktur logik untuk menarik mereka memilih anda.

Surat iringan dihantar bersama resume dan ia menerangkan sebab anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dalam sesebuah iklan serta bagaimana anda merupakan calon terbaik berbanding ribuan calon lain.

Oleh yang demikian, sila luangkan masa untuk berfikir, membuat kajian mengenai struktur dan kandungan surat iringan yang dapat menarik perhatian perekrut dan kemudian menulisnya. Sila lihat contoh templat sedia ada disini untuk menjimatkan masa anda menghasilkan surat sendiri.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya berminat dengan menjadi pereka grafik tetapi tiada pendidikan formal dalam bidang ini seperti tidak memperolehi sijil, diploma atau ijazah pereka grafik?

Pereka grafik adalah bidang yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan seni visual. Pendapatannya juga tidak had dan tempat kerja juga bebas dan tidak terhad dalam negeri. Sebagai ganti kepada pendidikan formal, anda boleh hasilkan portfolio yang dapat diakses di peringkat antarabangsa. Hasil seni anda juga perlu diberikan percuma dan juga berbayar. Dengan cara ini, perekrut dapat melihat dan mengukur sambutan antarabangsa terhadap karya anda.

Perlukah saya kuasai semua perisian pereka grafik untuk berjaya?

Jawapan mudah, ia bergantung pada minat dan perancangan masa depan anda namun dihadkan oleh skop kerja sekarang. Semasa berkerja sebagai pereka grafik, skop kerja anda akan tentukan jenis dan bilangan perisian yang perlu dikuasai. Apabila bertukar kerja, skop bertambah menjadi lebih kompleks kerana gaji dan tanggungjawab meningkat, maka perisian dan tahap penguasaan perlu ditingkatkan.

Oleh kerana saya berada dalam bidang kreatif, saya tidak yakin dapat menghasilkan dokumen formal seperti resume pereka grafik profesional untuk menarik perekrut yang berkualiti tinggi, apa yang perlu saya lakukan?

Perkara ini sering berlaku pada penggiat industri kreatif. Mereka sering lupa nahawa resume mereka akan ditapis oleh wakil dari jabatan sumber manusia, dan bukannya pereka grafik lain. Anda juga perlu rajin mengedit resume setiap kali membuat permohonan kepada syarikat lain. Biasanya, anda akan ubah templat, gambar dan susunaturnya. Melakukan semua ini membazirkan masa dan tenaga anda. Namun ia pasti akan memperbaiki kualiti resume dan surat iringan anda. Untuk menjimatkan masa anda dari melakukan kesilapan diatas dan terlepas peluang mendapat kerja di syarikat idaman anda. Kami cadangkan agar anda melihat resume builder yang telah kami hasilkan disini. Melalui templat ini, anda hanya pilih rekabentuk pertama dan masukkan maklumat bertulis sekali. Kemudian anda boleh klik templat lain dan lihat susunatur resume anda berubah secara automatik dengan mengekalkan penulisan terdahulu anda. Senang kan?

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche