“Ku ingin terbang, tinggi di awan, bersama bintang, bersama bulan”.
Tetapi, usah berputus asa dan kerjarlah cita-citamu. Ini kerana, kami di sini akan membimbing anda untuk menulis resume pramugari yang terbaik. Panduan menulis resume kami ini sesuai untuk anda yang tidak mempunyai pengalaman bekerja yang luas di dalam dunia penerbangan dan pramugari.
Jika anda mempunyai pengalaman yang luas, kami akan membimbing anda untuk menulis resume pramugari anda secara berkesan. Ini kerana, contoh resume pramugari yang anda boleh dapati di sini telah disediakan oleh para pakar kami. Apa tunggu lagi, kumpulkan sijil anda dan jom tulis resume pramugari yang terbaik!
Kadar pekerjaan dan gaji pramugari di Malaysia
Anda kini sudah mendapat gambaran kasar mengenai contoh resume pramugari yang betul. Tetapi mari terokai pasaran serta permintaan terhadap kerjaya pramugari di Malaysia. Sebelum itu, tahukah anda baru-baru ini terdapat sebuah syarikat penerbangan memulakan operasi pertama mereka di Malaysia?
Ini menunjukkan bahawa industri penerbangan di Malaysia semakin berkembang. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan sebagai pramugari juga turut akan bertambah. Tetapi, untuk makluman anda, kadar bayaran gaji berbeza mengikut pengalaman bekerja dan juga kawasan penerbangan di mana anda ditugaskan. Oleh itu, jom lihat purata gaji yang diterima oleh pramugari di Malaysia di bawah.
Untuk pengetahuan anda, data mengenai kadar gaji purata pramugari yang kami nyatakan ini dikeluarkan oleh Salary Explorer. Salary Explorer turut melaporkan bahawa gaji purata seorang pramugari adalah RM4,600. Ini kerana, syarikat penerbangan turut memberikan elaun berdasarkan jam bertugas serta destinasi penerbangan.
Cara menulis resume pramugari (walaupun tanpa pengalaman)
Anda mungkin memiliki semua kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang pramugari. Tetapi, dengan hanya mengetahui anda mempunyai kriteria yang diperlukan tidak memadai. Anda harus menampilkan keistimewaan anda di dalam resume pramugari yang hebat. Oleh itu, di bahagian ini, kami akan memperkenalkan kepada anda cara menulis sebuah resume yang terbaik.
Anda pasti pernah melihat pelbagai format resume pramugari di luar sana. Malah anda mungkin pernah menggunakan format resume yang disyorkan. Tetapi, jangan mudah terpedaya. Kebanyakkan format resume yang ada di luar sana tidak diiktiraf oleh kebanyakkan syarikat antarabangsa.
Resume seorang pramugari harus kelihatan kemas dan profesional. Jadi, untuk memastikan anda menghantar resume yang diterima oleh majikan prospek, pastikan bahagian penting resume anda mengikut urutan di bawah:
Untuk memastikan anda memasukkan kandungan resume yang betul, anda boleh merujuk tips penulisan di bawah ini:
Susun atur resume yang betul
Seperti yang kami telah nyatakan tadi, memiliki kriteria yang mencukupi untuk menjadi seorang pramugari tidak memadai jika penulisan resume anda kurang memuaskan. Dengan menyatakan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki juga tidak memadai. Jadi, anda harus memastikan anda menggunakan format resume pramugari yang betul.
Oleh itu, di bahagian panduan penulisan resume pramugari ini, kami akan menekankan format wajib yang anda harus tahu untuk menulis resume pramugari dengan betul. Kami juga akan memperkenalkan kesalahan umum yang sering dilakukan oleh pemohon di bahagian yang seterusnya agar anda tidak melakukan kesalahan yang sama.
Struktur serta format yang sesuai
Kini anda sudah tahu mengenai format asas untuk menulis resume dengan betul. Sekarang, kami akan memperkenalkan tiga jenis struktur dan format penulisan resume yang diterima oleh para-para perekrut. Anda boleh memilih mana-mana format penulisan yang sesuai dengan pengalaman anda bekerja. Mari lihat tiga format resume tersebut.
Format kronologi
Format kronologi sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai pengalaman bekerja yang lebih daripada lima tahun. Anda juga boleh menggunakan format ini jika anda pernah bekerja di beberapa buah syarikat yang berbeza. Apa yang perlu anda lakukan ialah, senaraikan pengalaman bekerja anda dengan meletakkan kerja anda yang terkini terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan pengalaman anda bekerja yang sebelumnya.
Format praktikal
Format praktikal berbeza dengan format kronologi. Ini kerana, format resume praktikal lebih sesuai digunakan oleh individu yang tidak mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang kerja yang ingin dipohon. Sebaliknya, anda perlu menekankan kemahiran yang anda miliki di dalam resume pramugari anda.
Format kronologi + Format praktikal
Format ketiga ini menggabungkan format resume pertama dan kedua yang telah kami nyatakan di atas. Seperti yang anda sedia maklum, anda harus memiliki pengalaman dan kemahiran yang relevan dengan jawatan pramugari yang anda pohon. Pastikan juga anda menyusun pengalaman bekerja mengikut urutan yang sama seperti di dalam format kronologi.
Tajuk resume dan maklumat hubungan
Seterusnya, kami akan menerangkan cara yang betul untuk menulis tajuk resume anda. Tajuk yang kami maksudkan ini adalah bahagian di mana anda menyatakan nama penuh serta jawatan terkini anda. Anda juga perlu menyatakan maklumat yang boleh digunakan oleh perekrut untuk menghubungi anda.
Di bahagian bawah ini, anda akan melihat contoh tajuk resume pramugari yang betul dan contoh yang kurang tepat. Perhatikan kedua-dua contoh ini agar anda tidak melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya di dalam resume pramugari anda.
Contoh tajuk resume yang betul
Contoh tajuk resume yang kurang tepat
Terangkan pengalaman anda sebagai pramugari
Bahagian pengalaman bekerja anda adalah ruangan yang paling penting di dalam resume pramugari anda. Kebanyakan individu yang berpengalaman gagal dipanggil untuk temudugakerana mereka tidak memasukkan kata kunci yang dicari oleh para perekrut.
Untuk memastikan anda menulis resume pramugari yang boleh memenangi hati para perekrut, anda perlu bijak menggunakan perkataan yang sesuai semasa menceritakan pengalaman bekerja anda. Salah satu cara tersebut adalah dengan menyatakan sebarang kemahiran yang ada dinyatakan di dalam iklan jawatan kosong.
Untuk pengetahuan anda juga, resume yang anda hantar akan ditapis oleh Sistem Penjejakan Pemohon terlebih dahulu. Selalunya, permohonan yang tidak berjaya bukan disebabkan anda tidak layak. Tetapi, sistem penapis resume ini hanya akan melepaskan resume yang ada menyatakan kata kunci berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Oleh itu, mari lihat contoh cara menulis pengalaman bekerja yang betul di bawah.
Tetapi jika anda tidak mempunyai pengalaman …
Jika anda belum pernah bekerja sebagai pramugari, anda boleh menyatakan pengalaman latihan industri atau mana-mana jawatan kerja yang hampir sama jawatan pramugari yang anda pohon. Sebagai contoh:
Persamaan jawatan koordinator acara dengan pramugari adalah, kedua-duanya memastikan keselesaan pelanggan dan penumpang.
Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda?
Sama seperti cara anda menulis bahagian pengalaman bekerja, anda perlu menyatakan tahap pendidikan mengikut tahap pendidikan yang tertinggi terlebih dahulu. Untuk resume pramugari, anda perlu menyatakan di mana anda menerima latihan sebagai pramugari terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan tahap pendidikan tertinggi anda yang seterusnya.
Contoh Latar Belakang Akademik Pramugari
Contoh Latar Belakang Akademik Pramugari
Kemahiran terbaik untuk CV Pramugari
Apabila anda menulis resume pramugari, anda tidak boleh menyatakan kemahiran hard skill semata-mata. Kemahiran insaniah juga penting kerana anda berinteraksi dengan penumpang setiap masa. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi dan kepekaan terhadap emosi pelanggan sangat penting. Untuk contoh kemahiran yang diperlukan, sila lihat senarai di bawah ini:
Hard skill:
Kemahiran isaniah:
Ringkasan Profesional: Semua yang perekrut perlu tahu mengenai anda
Bahagian ringkasan profesional juga boleh digantikan dengan objektif resume anda. Pada pandangan kami, anda boleh menggunakan objektif resume sekiranya anda memohon kerja yang tidak mengira pengalaman bekerja. Oleh sebab itulah, kami lebih mencadangkan ringkasan profesional untuk digunakan, terutamanya untuk individu yang bercita-cta menjadi pramugari.
Anda pasti ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan ringkasan profesional resume pramugari, bukan? Rinkasan profesional adalah bahagian di mana anda merumuskan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki dalam beberapa perkataan yang ringkas. Oleh itu, anda harus bijak menggunakan perkataan yang sesuai untuk memastikan semua informasi penting mengenai anda diterjemahkan secara berkesan.
Di bahagian seterusnya ini, kami akan menampilkan satu contoh ringkasan profesional yang bagus, dan satu lagi contoh yang kurang tepat. Sila teliti kedua-dua contoh ini agar anda dapat menulis bahagian ringkasan profesional dengan baik.
Kemahiran komputer dan pensijilan
Sebagai pramugari, anda harus pandai menggunakan sebarang perisian yang diperlukan untuk memastikan pengalaman penerbangan yang lancar. Tetapi, tidak setakat itu sahaja. Anda perlu memiliki kemahiran yang paling penting di dalam bidang penerbangan, iaitu; kemahiran menyelamatkan penumpang. Ingat, tugas utama anda adalah memastikan keselamatan penumpang.
Oleh itu, anda perlu menyenaraikan semua sijil-sijil yang berkaitan dengan bidang penerbangan di dalam bentuk bullet point, seperti di bawah ini:
Sijil-sijil
Bahasa
Kemahiran untuk bertutur di dalam bahasa asing juga satu kelebihan yang boleh dimiliki oleh seorang pramugari. Kemahiran bahasa ini boleh membantu anda dipilih untuk berkhidmat di dalam penerbangan antarabangsa. Senaraikan bahasa yang anda boleh gunakan mengikut urutan kefasihan.
Rujukan
Bahagian rujukan boleh membantu anda untuk mendapat kepercayaan daripada para perekrut. Ini kerana, anda akan menyatakan maklumat untuk membolehkan para perekrut menghubungi bekas majikan atau penyelia anda. Oleh itu, pastikan anda menyertakan nombor telefon ataupun alamat emel bekas majikan anda yang sah.
Ringkasan: Tulis CV yang Sempurna
Kami pasti setelah meneliti panduan menulis resume pramugari ini, anda dapat menulis resume yang terbaik bagi membolehkan anda dipanggil untuk ditemuduga. Panduan kami ini juga ada menyatakan kesalahan yang harus anda elakkan semasa menyenaraikan pengalaman bekerja, latar belakang pendidikan dan juga bahagian penting resume pramugari yang lain.
Untuk memudahkan anda, mari semak rumusan mengenai cara untuk mendapatkan cv dan resume pramugari yang terbaik di bawah ini:
Lengkapkan CV anda dengan surat pengiring
Surat pengiring, atau juga dikenali sebagai cover letter sering dipandang sebelah mata sahaja oleh para pemohon jawatan pramugari. Tetapi anda harus tahu bahawa surat pengiring akan membantu anda tampil lebih menyerlah di mata para perekrut. Ini kerana, anda hanya akan dapat menghuraikan pengalaman dan kemahiran yang anda miliki melalui surat pengiring.
Oleh itu, rugi sekiranya anda tidak menyertakan surat pengiring semasa memohon kerja. Jika anda tidak pasti untuk menulis cv dengan betul, anda boleh memuat turun templat resume pramugari kami. Dengan itu, selamat maju jaya di dalam bidang pramugari yang anda ingin ceburi!