Contoh Resume Veterinar Terbaik 2022

Anda seorang veterinar yang hebat. Malah, pesakit-pesakit berkaki empat anda juga jatuh cinta dengan anda. Tetapi, bagaimana pula jika anda ingin para perekrut untuk jatuh cinta dengan resume anda? Pasti tidak sama caranya dengan cara untuk memupuk kepercayaan para si bulu.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Veterinar

Lucy anak Willie
Doktor Haiwan
012-345 6789
lucywillie@yahoo.com
Kuching, MY
Linkedin.com/in/lucywillie

Rumusan Profesional

Doktor Veterinar yang memiliki 12 tahun pengalaman dengan kepakaran penting dalam anestesia, pembedahan, dan patologi pada haiwan besar yang. Mahir dalam kaedah CBC manual, mengekalkan keadaan pembedahan steril, dan pemberian ubat-ubatan. Mahir mendiagnosis masalah perubatan dan memberikan keselesaan kepada haiwan yang ketakutan.

Pengalaman Bekerja

Klinik Pawsitive
Doktor Haiwan
Mac 2016- sekarang

  • Pengalaman bekerja di bawah tekanan sebagai doktor haiwan tugas tunggal. Merawat sehingga 25 lebih pesakit setiap hari, dan ini telah menyumbang kepada 55% rekod keuntungan bulanan klinik.
  • Bekerja serta membantu pakar bedah pelawat di dalam pembedahan kecemasan untuk kecederaan kritikal ortopedik dan tisu lembut.
  • Memegang peranan sebagai pemimpin dan menyusun atur pasukan klinik untuk sistem kerja yang lebih teratur dan cekap. Ini sekali gus meningkatkan bilangan pesakit yang dirawat (sebanyak 10%) setiap minggu tanpa penurunan kualiti rawatan.

Klinik Haiwan Samariah
Doktor Haiwan
2009-2015

  • Melakukan prosedur pembedahan dan makmal, termasuk pengembirian, radiografi pergigian dan cabutan, mentadbir vaksinasi dan pelbagai ujian diagnostik.
  • Menyelia kes pembedahan dan membangunkan rancangan rawatan untuk haiwan peliharaan yang dimasukkan ke hospital.
  • Menghadiri persidangan perubatan untuk mengetahui cara merawat serta teknologi terkini yang digunakan dalam perubatan haiwan.

Pencapaian Akademik

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
November 2008

Pencapaian lain

    Doktor Haiwan Pilihan Ramai untuk Tahun 2020

Sijil-sijil

    Sijil Perakuan Amalan Tahunan

Namun jangan risau. Ini kerana, anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan serta contoh resume veterinar yang terbaik. Di dalam panduan ini, kami akan membimbing anda untuk menulis setiap bahagian resume veterinar dengan betul. Dan selepas meneliti semua tips yang akan kami kongsikan, kami yakin anda akan dapat mencuri hati para perekrut.

Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, kami juga ada menyediakan beberapa contoh resume veterinar sebenar yang anda boleh rujuk. Dengan berpandukan contoh-contoh ini, anda akan dapat gambaran yang lebih jelas mengenai cara menulis cv dan resume dengan berkesan. Salah satu contoh tersebut ada di bawah ini.

Permintaan dan kadar gaji doktor veterinar di Malaysia

Permintaan terhadap kepakaran di dalam bidang perubatan haiwan atau veterinar sememangnya akan meningkat dari tahun ke tahun. Ini kerana, rakyat Malaysia kini mempunyai kesedaran terhadap pentingnya menjaga kesihatan haiwan peliharaan demi kesejahteraan hidup bersama.

Untuk makluman anda, purata gaji doktor haiwan antara yang tertinggi di Malaysia. Tangga gaji ini sudah semestinya dipengaruhi oleh pengalaman yang anda miliki. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Salaryexplorer, veterinar di Malaysia menerima gaji minimum RM4,210 sebulan. Tetapi, gaji maksimum pula boleh mencecah RM11,800 sebulan.

Berikut adalah gaji minimum yang diberikan mengikut pengalaman:

  • 0-2 tahun: RM4,890
  • 2-5 tahun: RM6,850
  • 5-10 tahun: RM8,150
  • 10-15 tahun: RM9,580
  • 15-20 tahun: RM10,600
  • 20 tahun ke atas: RM11,300

Jika anda pencinta haiwan dan veterinar adalah kerjaya impian anda, kami yakin angka yang dinyatakan sudah memadai untuk meyakinkan anda menulis resume yang terbaik. Untuk anda yang baru mengorak langkah ke alam pekerjaan, panduan seterusnya membincangkan cara menulis resume dan cv tanpa pengalaman untuk doktor haiwan di Malaysia.

Cara menulis resume veterinar (walaupun tanpa pengalaman)


Anda tidak dapat memohon sesebuah pekerjaan tanpa menggunakan resume. Begitu juga untuk anda yang ingin memohon sebagai seorang vet. Tetapi, menulis resume tanpa panduan yang betul umpama berjalan tanpa kepala. Ini menyebabkan ramai veterinar yang berpotensi tinggi tidak berjaya dipanggil temu duga.

Selain daripada itu juga, ramai pemohon yang tahu mengenai rangka resume yang betul tetapi masih gagal untuk dipanggil ke peringkat temu duga. Ini kerana, faktor seperti susunan serta penyampaian maklumat yang digunakan tidak mengikut standard yang dianggap profesional. Oleh itu, anda digalakkan untuk memuat turun templat pdf cv veterinar kami.

Rangka sebuah resume untuk permohonan jawatan sebagai veterinar di Malaysia adalah seperti di bawah ini.

  • Kesimpulan atau objektif utama resume
  • Bahagian pengalaman bekerja
  • Latar belakang akademik
  • Senarai kemahiran
  • Bahagian tambahan yang mungkin merangkumi:
    • Bahasa yang anda fasih
    • Sijil serta pengiktirafan
    • Kerja amal
    • atau hobi

Untuk memastikan kandungan resume yang relevan, anda boleh merujuk tips penyusunan di bawah ini:

  • Teliti resume lama yang anda pernah hantar dan sesuaikan dengan mengubah suai kandungan yang ada kepada jawatan terkini yang anda pohon.
  • Kenal pasti kata kunci yang dinyatakan di dalam huraian iklan jawatan veterinar untuk anda masukkan ke dalam resume anda.
  • Masukkan informasi yang relevan sahaja di bawah tajuk resume anda.
  • Hanya masukkan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan terkini yang anda pohon.

Susun atur resume yang betul

💡 Tahukah anda, banyak resume yang ditendang bukan disebabkan pemohon tidak layak, tetapi kerana resume tidak menggunakan susun atur yang betul?


Kelayakan yang anda miliki tidak mencukupi jika anda ingin memohon jawatan vet di klinik-klinik haiwan ternama. Oleh itu, anda harus menampilkan resume yang menunjukkan anda seorang yang profesional dan berintegriti tinggi. Dan cara terbaik untuk menampilkan kewibawaan anda adalah dengan memastikan susun atur resume anda kemas dan betul.

Seterusnya, kami akan menerangkan susun atur resume yang diterima oleh para perekrut di seluruh dunia. Susun atur yang kami akan perkenalkan ini juga akan membantu resume anda untuk lebih senang dibaca dan juga difahami oleh para perekrut. Oleh itu, jika sebelum ini resume anda tidak pernah diterima oleh perekrut, sila teliti tips penting di bawah ini:

  • Guna fon bersaiz 10,11 atau 12 sahaja
  • Guna stail fon yang mudah dibaca seperti Times New Roman, Tahoma, Arial atau Roboto.
  • Elakkan menulis resume melebihi 1 muka surat
  • Elakkan mengguna tulisan yang berwarna warni

Struktur serta format yang sesuai

Seterusnya, kita akan melihat tiga format resume veterinar yang anda boleh gunakan. Format-format yang akan diperkenalkan ini sesuai digunakan tanpa mengira pengalaman yang anda ada.

Format pertama: Format Resume Kronologi

Format Resume Kronologi sesuai digunakan untuk doktor haiwan yang berpengalaman. Jika anda ingin menggunakan format resume ini, anda perlu menyusun pengalaman bekerja anda mengikut tahun anda dilantik. Letakkan pengalaman bekerja anda yang terkini di bahagian paling atas, barulah diikuti dengan pengalaman bekerja anda pada tahun sebelumnya.

Format kedua: Format Resume Praktikal

Format resume ini sesuai digunakan jika ini kali pertama anda memohon jawatan sebagai Veterinar Muda.
Untuk menggunakan format resume ini, anda perlu menampilkan kemahiran yang anda miliki melalui penggunaan ayat yang lebih komprehensif. Terutamanya di dalam bahagian pengalaman bekerja. Oleh sebab itulah Format Resume Praktikal ini sesuai digunakan oleh mereka yang kurang pengalaman bekerja di dalam bidang perubatan haiwan.

Format ketiga: Format Resume Kronologi + Format Resume Praktikal

Format resume ini sesuai digunakan untuk Doktor Veterinar yang mempunyai pengalaman berkhidmat lebih dari 5 tahun.
Format resume ini sesuai digunakan oleh doktor haiwan yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran tinggi di dalam bidang perubatan haiwan. Anda mesti menyusun pengalaman bekerja mengikut urutan tahun anda bekerja. Sebagai contoh: tahun 2022, 2018, 2015. Kemudian, selitkan sumbangan dan kemahiran yang anda miliki di bahagian pengalaman bekerja anda.

📌 Tips: Guna bullet point untuk menyenaraikan tanggungjawab serta sumbangan anda di tempat kerja.


Tajuk resume dan maklumat hubungan

Tajuk yang kami maksudkan ini adalah pengepala resume veterinar anda. Ini bermakna, tajuk merupakan perkara pertama yang akan dilihat oleh para perekrut. Oleh itu, sebarang kesalahan remeh seperti ejaan tidak harus ada.

✒️Nota ringkas: Tidak perlu menyenaraikan maklumat peribadi anda dengan terlalu terperinci.


Nama penuh anda, pekerjaan terkini, alamat, nombor dan alamat emel anda adalah antara perkara penting yang perlu anda masukkan ke dalam bahagian tajuk resume. Untuk bahagian tajuk resume veterinar yang betul, mari lihat contoh di bawah ini.

Contoh tajuk resume yang betul

BETUL
Lucy anak Willie
Doktor Haiwan
012-345 6789
lucywillie@yahoo.com
Kuching, MY
Linkedin.com/in/lucywillie


Contoh tajuk resume yang kurang tepat

SALAH
Lucy anak Willie
Veterinar Muda
012-345 6789
lucywilliezzzz123@yahoo.com
No.1A Taman Satria Jaya,
Jalan BDC,
93350 Kuching,
Sarawak.

✒️ Nota ringkas: Contoh di atas kurang tepat kerana emel yang dimasukkan tidak kelihatan profesional dan alamat penuh tidak perlu dinyatakan.


Terangkan pengalaman anda sebagai veterinar


Bahagian pengalaman bekerja adalah perkara wajib yang anda mesti sertatakan di dalam resume veterinar yang terbaik. Ini kerana, di sini sahaja anda dapat membuktikan kecekapan anda sebagai doktor haiwan.

⚠️Amaran: Jangan sesekali memalsukan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki.


Anda mungkin mahu menarik hati perekrut. Tetapi jangan sesekali memasukkan maklumat yang palsu. Tambahan pula, risiko anda untuk didapati menipu tinggi kerana pihak majikan akan melakukan semakan latar belakang sebelum mengambil anda bekerja.

Anda hanya perlu menyatakan pengalaman serta kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang anda ingin pohon. Sebagai contoh, sebagai seorang doktor haiwan, anda mungkin pernah memberikan ceramah mengenai kesedaran penyakit Rabies. Jadi masukkan perkara ini sebagai pengalaman bekerja anda. Untuk menarik perhatian perekrut, menyatakan pengalaman bekerja anda semata-mata mungkin tidak memadai.

Oleh itu, mari lihat contoh menulis pengalaman bekerja sebagai veterinar mengikut tahap pengalaman bekerja di bawah:

Contoh menulis pengalaman bekerja veterinar yang berpengalaman:

Klinik Pawsitive
Doktor Haiwan
Mac 2016- sekarang
  • Pengalaman bekerja di bawah tekanan sebagai doktor haiwan tugas tunggal. Merawat sehingga 25 lebih pesakit setiap hari, dan ini telah menyumbang kepada 55% rekod keuntungan bulanan klinik.
  • Bekerja serta membantu pakar bedah pelawat di dalam pembedahan kecemasan untuk kecederaan kritikal ortopedik dan tisu lembut.
  • Memegang peranan sebagai pemimpin dan menyusun atur pasukan klinik untuk sistem kerja yang lebih teratur dan cekap. Ini sekali gus meningkatkan bilangan pesakit yang dirawat (sebanyak 10%) setiap minggu tanpa penurunan kualiti rawatan.
Klinik Haiwan Samariah
Doktor Haiwan
2009-2015
  • Melakukan prosedur pembedahan dan makmal, termasuk pengembirian, radiografi pergigian dan cabutan, mentadbir vaksinasi dan pelbagai ujian diagnostik.
  • Menyelia kes pembedahan dan membangunkan rancangan rawatan untuk haiwan peliharaan yang dimasukkan ke hospital.
  • Menghadiri persidangan perubatan untuk mengetahui cara merawat serta teknologi terkini yang digunakan dalam perubatan haiwan.


Contoh pengalaman bekerja veterinar muda:

Klinik Furbaby
Verinar Pelatih
2021-2022
  • Membantu ketua veterinar melakukan pembedahan tisu lembut.
  • Bekerja lebih masa di unit kecemasan untuk meningkatkan kecekapan rawatan.
  • Memberikan vaksinasi dan nasihat kepada pemilik haiwan perliharaan mengenai cara mencegah penyakit bahaya seperti rabies dan pavo.


Tetapi jika anda tidak mempunyai pengalaman …

Jangan sesekali membiarkan ruangan pengalaman kerja kosong walaupun pengalaman anda bekerja kurang daripada dua tahun. Untuk anda yang baru sahaja menamatkan pengajian, masukkan sahaja pengalaman serta kemahiran yang anda pelajari semasa latihan klinikal yang anda sertai.

📌 Tips: Masukkan kata kunci/kemahiran di dalam iklan kerja doktor haiwan di bahagian pengalaman bekerja agar resume anda tidak ditendang oleh Sistem Penjejakan Pekerja


Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda?


Untuk menjadi doktor haiwan yang bertauliah, anda perlu melanjutkan pengajian di dalam bidang veterinar. Di Malaysia, pelajar bidang ini perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk mendapatkan Ijazah Perubatan Veterinar. Antara universiti terkenal yang menawarkan Ijazah Perubatan Veterinar adalah Universiti Putra Malaysia.

📌 Tips: Senaraikan pendidikan anda mengikut tahap pendidikan yang tertinggi. Yang tertinggi kemudian diikuti yang sebelumnya.


Contoh latar belakang akademik veterinar

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
November 2008


Contoh latar belakang akademik veterinar

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
November 2008

Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan
Universiti Kesihatan Awam
Mei 2003


Kemahiran terbaik untuk CV Veterinar


Di bahagian kemahiran, anda perlu menerangkan dengan jelas mengenai kemahiran yang anda miliki. Jangan teragak-agak untuk menyerlahkan kemahiran yang pernah anda miliki bagi memastikan resume anda tampak lebih menyerlah. Tetapi, jangan sesekali menyatakan kemahiran yang anda tidak miliki.

📌 Tips: Bahagikan bahagian kemahiran di resume anda kepada dua. Kemahiran keras dan kemahiran insaniah


Terdapat dua jenis kemahiran utama yang dipandang oleh para perekrut. Anda tidak semestinya perlu menitikberatkan kemahiran teknikal semata-mata. Ini kerana, kemahiran insaniah juga akan membezakan dengan pemohon-pemohon yang lain. Tambahan pula, kemahiran insaniah akan membantu veterinar muda untuk menyerlahkan lagi resume anda walaupun tidak begitu berpengalaman.

Kemahiran keras (hard skills):

  • Pengambilan darah
  • X-ray
  • Pembedahan tisu lembut
  • Menterjemahkan ujian makmal
  • Menjalankan ujian diagnostik untuk imunisasi
  • Pembedahan
  • Menggunakan laser untuk pembedahan

Kemahiran insaniah:

  • Komunikasi
  • Pengurusan masa
  • Membuat keputusan
  • Kepimpinan
  • Kerjasama berpasukan
  • Penyelesaian masalah
  • Pembelajaran berterusan
  • Menyayangi haiwan

Ringkasan Profesional: Semua yang perekrut perlu tahu mengenai anda


Ringkasan Profesional adalah bahagian yang wajib untuk anda sertakan. Ini kerana, perekrut selalunya akan membaca bahagian ini terlebih dahulu sebelum mereka menyemak bahagian resume yang lain dengan lebih teliti. Oleh itu, penting  untuk anda merumuskan resume veterinar anda dengan betul.

Anda mungkin juga mengenali bahagian resume ini sebagai Objektif Kerjaya. Apa-apapun, kedua-dua ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk menarik perhatian perekrut. Ringkasan profesional yang baik tidaklah terlalu panjang. Cuba gunakan lima ayat atau kurang daripada itu untuk merumuskan resume anda. Ingat, anda hanya perlu menyatakan maklumat penting mengenai kerjaya anda di bahagian ringkasan profesional.

Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk merumuskan 20 tahun pengalaman bekerja di dalam 5 ayat sahaja. Oleh itu, mari lihat contoh ringkasan profesional yang terbaik di bawah:

Contoh yang betul

BETUL
Doktor Veterinar yang memiliki 12 tahun pengalaman dengan kepakaran penting dalam anestesia, pembedahan, dan patologi pada haiwan besar yang. Mahir dalam kaedah CBC manual, mengekalkan keadaan pembedahan steril, dan pemberian ubat-ubatan. Mahir mendiagnosis masalah perubatan dan memberikan keselesaan kepada haiwan yang ketakutan.

💡 Rumusan profesional di atas adalah contoh yang baik kerana pemohon menyatakan tahun beliau berkhidmat. Selain daripada itu, beliau merangkumi semua aspek penting yang diperlukan oleh seorang veterinar di dalam tiga ayat yang ringkas tetapi padat.


Contoh yang kurang betul

SALAH
Doktor haiwan yang berkhidmat di pusat rawatan haiwan swasta. Seorang yang menyayangi haiwan serta pakar di dalam bidang rawatan serta latihan anjing K9.

💡 Rumusan profesional di atas kurang tepat kerana pemohon tidak menyatakan dengan jelas mengenai kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang veterinar yang dipercayai. Ini kerana, ringkasan yang diberikan terlalu singkat.


Untuk memudahkan anda menulis bahagian rumusan profesional resume veterinar dengan mudah, sila ikuti tips ringkas di bawah.

  • Nyatakan berapa lama anda bekerja sebagai doktor haiwan
  • Jangan lebih dari lima ayat
  • Nyatakan kemahiran yang ada dinyatakan di dalam iklan jawatan veterinar

Kemahiran komputer dan pensijilan


Sebagai seorang veterinar, anda harus mempunyai Sijil Perakuan Amalan Tahunan daripada Majlis Veterinar Malaysia. Selain daripada itu juga, anda boleh juga menyatakan kemahiran komputer yang anda miliki. Antara sijil-sijil yang relevan untuk seorang veterinar di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Sijil Perakuan Amalan Tahunan
  • Sijil Perubatan Veterinar dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Kemahiran komputer yang boleh anda senaraikan di dalam bahagian cv veterinar adalah seperti berikut:

  • Microsoft Office
  • ezyVet
  • INDEXX Neo
  • RoboVet
  • VetBadger

Bahasa

Anda sudah semestinya boleh menyenaraikan bahasa yang anda fasih gunakan. Di Malaysia, anda harus fasih menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Kemahiran menggunakan bahasa Mandarin juga boleh membantu anda tampil menyerlah berbanding pemohon yang lain.

📌 Tips: Susun senarai bahasa yang anda fasih gunakan mengikut tahap kefasihan


Rujukan

Maklumat yang anda boleh sertakan di bahagian rujukan adalah maklumat seperti alamat emel dan nombor telefon majikan anda. Ini bagi memudahkan perekrut untuk menghubungi bekas majikan anda untuk memastikan anda adalah calon terbaik untuk jawatan yang mereka tawarkan.

Ringkasan: Tulis CV yang Sempurna


Banyak yang telah kita bincangkan di dalam panduan ini untuk mencipta resume veterinar yang terbaik. Kami yakin, anda kini sudah sedia untuk menulis resume veterinar yang terhebat. Tetapi, jika anda merasakan informasi yang kami nyatakan agak padat, mari lihat secara pantas apa yang kita telah bincangkan di bawah:

  • Elakkan resume melebihi satu muka surat
  • Masukkan kata kunci yang ada dinyatakan di dalam iklan jawatan kerja ke dalam bahagian ringkasan profesional dan pengalaman kerja
  • Guna saiz fon 10-12
  • Guna stail fon seperti Tahoma untuk mudah dibaca
  • Elakkan tulisan yang berwarna-warni
  • Guna format kronologi, praktikal atau gabungan
  • Semak kembali resume yang telah siap untuk memastikan tiada kesalahan ejaan

Lengkapkan CV anda dengan surat pengiring


Anda pasti pernah mendengar perkataan cover letter, bukan? Cover letter ini juga turut dikenali sebagai surat pengiring. Secara amnya, surat pengiring tidak banyak bezanya dengan resume. Tetapi, surat pengiring veterinar lebih terperinci berbanding dengan resume. Oleh itu, rugi jika anda tidak menyertakan surat pengiring semasa menghantar resume anda kepada majikan prospek.

Jadi, jika anda ingin menulis surat pengiring buat kali pertama, kami sarankan agar anda merujuk templat resume veterinar kami. Semoga dengan panduan yang telah kami sediakan ini, anda dapat menulis resume veterinar yang terbaik untuk memudahkan anda mendapat jawatan yang anda idamkan. Semoga berjaya!

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Apakah perbazaan di antara CV dan Resume?

Resume secara amnya ditulis khusus untuk jawatan yang anda ingin pohon. Di dalam resume juga, anda akan menerangkan kebolehan anda termasuk pengalaman bekerja dengan ringkas. CV pula adalah surat pengiring. Kandungan yang ditulis di dalam CV lebih mendalam lagi, dan anda harus menggunakannya untuk meyakinkan perekrut untuk mengambil anda bekerja. Secara ringkasnya, CV menyerupai surat rasmi kepada majikan prospek.

Bagaimanakah caranya untuk menjadi doktor haiwan di Malaysia?

Selepas menamatkan pengajian sekolah menengah, anda perlu melanjutkan pengajian ke Matrikulasi atau Program Asasi Sains selama setahun. Kemudian, anda perlu melanjutkan pengajian ke peringkat universiti untuk mendapatkan Ijazah Perubatan Veterinar selama 5 tahun di mana-mana universiti yang ada menawarkan program perubatan veterinar.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche