Dengan panduan serta arahan secara langkah demi langkah ini, anda akan belajar cara untuk menyerlahkan kelayakan anda dengan lebih berkesan. Jadi, proses pertama yang anda perlu lakukan adalah sesuaikan resume anda dengan siaran kerja terkini. Tetapi sebelum itu, apa kata muat turun templat resume pembantu jualan kami untuk memudahkan anda mengikuti panduan ini.
Gaji serta Peluang Kerja Sebagai Pembantu Jualan di Malaysia
Tahukah anda, gaji purata bulanan seorang pembantu jualan di Malaysia ialah RM2,184? Angka ini dikeluarkan oleh Indeed dalam laman utama mereka. Namun begitu, banyak lagi faktor yang akan menentukan gaji bulanan seorang pembantu jualan. Antaranya ialah komisen. Sesetengah tempat kerja juga membayar pekerja mereka mengikut jam.
Secara amnya, berikut ialah purata gaji bulanan minimum dan maksimum yang diberikan kepada pembantu jualan di Malaysia menurut Salary Explorer ialah seperti berikut:
Seorang pembantu jualan boleh bekerja di dalam bermacam-macam bidang. Oleh itu, mereka yang mempunyai bakat dalam jualan boleh memohon kerja di mana-mana sahaja. Buat masa sekarang, laman iklan kerja seperti Jobstreetmengiklankan lebih empat ratus iklan kerja sebagai pembantu juala. Jadi, cuba nasib anda sekarang dengan menggunakan resume yang anda sediakan berpandukan tips yang akan kami kongsikan di sini.
Tajuk dan Maklumat untuk Dihubungi
Mulakan resume pembantu jualan anda dengan pengepala atau tajuk yang merangkumi perkara seperti nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan profil LinkedIn anda. Pastikan maklumat untuk menghubungi anda adalah tepat dan terkini supaya majikan yang berpotensi boleh menghubungi anda dengan cepat.
Berikut ialah cara yang betul untuk menulis bahagian pertama resume anda:
Walaupun bahagian ini nampak ringkas, namun ramai pemohon melakukan kesilapan serius sehingga menyebabkan resume dan pemohonan mereka ditendang serta merta. Contoh kesilapan umum tajuk resume boleh anda lihat sendiri di bawah ini:
Kesalahan pertama dalam contoh di atas ialah alamat e-mel yang digunakan tidak profesional. Sebaliknya, pemohon harus menggunakan alamat e-mel yang terdiri daripada nama sebenar pemohon atau/dan digabungkan dengan jawatan terkini mereka.
Sebagai contoh:
Kesalahan kedua pula ialah, anda tidak harus menyertakan pautan ke laman media sosial peribadi anda. Ini tidak membantu resume anda kelihatan profesional.
Tulis Ringkasan Atau Objektif Resume yang Menarik
Tujuan utama anda dalam bahagian ini adalah untuk menulis ringkasan atau objektif resume yang meyakinkan serta bertindak sebagai pengenalan yang berkesan kepada resume pembantu jualan anda. Pencapaian penting dan objektif profesional anda harus ditekankan dengan jelas dalam pernyataan ini, dan ia juga harus selaras dengan keperluan yang ada dinyatakan dalam iklan kerja anda.
Untuk itu, anda harus menelitu huraian kerja dengan teliti sebelum menulis rumusan profesional anda untuk mencari kemahiran dan kelayakan penting yang dicari oleh majikan prospek. Sertakan perkataan dan frasa yang berkaitan dalam bahagian rumusan profesional anda untuk menunjukkan membuktikan bahawa anda layak dipilih sebagai calon mereka.
Berikut adalah contoh rumusan profesional yang terbaik:
Bagi memudahkan anda menulis bahagian ini, ikuti tips ringkas di bawah:
Pamerkan Pengalaman Kerja Anda
Tidak lengkap rasanya jika resume anda tidak megandungi bahagian pengalaman kerja. Pengalaman kerja sebahagian daripada resume pembantu jualan yang sangat penting. Ini kerana ia memberikan pengurus pengambilan butiran penting mengenai kelayakan dan pencapaian anda. Mulakan dengan jawatan terkini anda dan diikuti dengan jawatan atau tempat kerja anda sebelum ini dalam susunan kronologi terbalik.
Contohnya pengalaman kerja yang betul ialah seperti berikut:
Secara ringkasnya, bahagian pengalaman kerja anda harus memiliki empat perkara utama ini:
Tahap Pendidikan yang Relevan dengan Jawatan Pembantu Jualan
Untuk berjaya di dalam bidang jualan, memiliki sijil pendidikan yang tinggi sudah semestinya satu kelebihan. Namun begitu, seorang jurujual yang hebat tidak semestinya harus memiliki sarjana muda dalam bidang tertentu. Ini kerana, bidang jualan lebih mementingkan kemahiran insaniah.
Tetapi, ini juga bergantung dengan industri yang ingin anda ceburi. Sebagai contoh, jika anda ingin memohon kerja sebagai jurujual produk perisian, memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang komputer sains adalah satu kelebihan.
Berikut ialah cara yang betul untuk menyatakan tahap pendidikan dalam resume anda:
Nampak ringkas bukan? Tetapi contoh di bawah adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon:
Anda tidak perlu menyatakan tahap pendidikan yang tidak diperlukan oleh prospek majikan.
Kemahiran yang Wajib Dimiliki oleh Seorang Pembantu Jualan
Untuk menyerlahkan lagi kemahiran anda dalam bidang jualan, anda perlu membuktikan keupayaan anda kepada prospek majikan. Caranya ialah dengan menyertakan bahagian kemahiran dalam resume pembantu jualan anda. Untuk bahagian ini, anda tidak hanya perlu menyenaraikan kemahiran teknikal sahaja. Bahkan, kemahiran insaniah juga penting bagi menunjukkan keupayaan anda sebagai jurujual yang profesional.
Peluang anda untuk mendapatkan jawatan yang dikehendaki akan lebih cerah lagi jika anda menyesuaikan kemahiran yang dimiliki dengan kemahiran yang disenaraikan dalam huraian iklan kerja. Berikut adalah contoh yang betul untuk menulis bahagian ini di dalam resume anda:
Kemahiran
Bahagian Lain yang Boleh Anda Masukkan di Dalam Resume
Selain daripada perkara di atas, anda juga boleh menyatakan maklumat lain yang boleh membantu resume anda tampak lebih positif serta meyakinkan. Sekali gus, ini pasti membantu proses pemohonan kerja anda. Antara perkara lain yang boleh anda nyatakan adalah seperti berikut:
Kesemua perkara yang kami nyatakan di atas boleh dinyatakan di dalam resume menggunakan kaedah yang sama seperti bahagian lain yang telah kita bincangkan. Apa yang penting, anda harus sentiasa menggunakan susunan kronologi terbalik dan juga tanda peluru.
Sijil Kemahiran yang Relevan Dengan Bidang Kerja Jurujual
Sijil kemahiran yang berkaitan dengan jawatan sebagai pembantu jualan boleh anda dapatkan melalui program kursus kemahiran yang dianjurkan oleh tempat kerja anda atau badan kemahiran kerajaan dan swasta. Berikut ialah contoh sijil kemahiran serta cara yang betul untuk menyatakannnya di dalam resume anda:
Sijil Kemahiran
Jika anda memiliki sijil profesional menggunakan perisian Microsoft Office, anda juga turut boleh menyatakannya dalam senarai sijil kemahiran anda.
Orang Rujukan
Bagi membantu perekrut untuk mendapatkan bukti kelayakan anda, maklumat orang rujukan sangat diperlukan. Orang rujukan yang anda nyatakan haruslah individu yang mengenali anda secara profesional sahaja. Sebagai contoh, penyelia atau pengurus di tempat kerja anda.
Berikut ialah contoh yang tepat dalam menyenaraikan orang rujukan di dalam resume anda:
Pastikan anda menyertakan alamat e-mel atau nombor telefon yang boleh digubungi. Pada masa yang sama, nyatakan juga jawatan yang disandang oleh orang rujukan anda bagi memudahkan para perekrut untuk mengenali siapa yang mereka hubungi.
Kesimpulan: Panduan Terbaik untuk Mendapatkan Resume yang Terbaik
Di dalam panduan yang lengkap ini, kami telah berkongsi dengan anda perkara-perkara berikut:
Sebelum mengakhiri panduan ini, kami ingin berkongsi tips terakhir yang boleh membantu resume anda lebih menyerlah jika dibandingkan dengan pemohon lain. Tips-tips tersebut adalah seperti berikut:
Surat Iringan untuk Anda Hantar Bersama Resume
Kadang-kala, pihak perekrut akan meminta anda untuk menyertakan surat iringan dalam pemohonan kerja anda. Tujuan utama surat iringan ditulis adalah untuk meyakinkan para perekrut mengapa anda layak untuk mendapatkan jawatan yang diiklankan. Dengan erti kata lain, ia adalah huraian resume anda.
Anda boleh menggunakan contoh resume pembantu jualan kami sebagai rujukan anda untuk menulis surat iringan. Jangan lupa untuk menulis surat ini dengan berpandukan format surat tidak rasmi. Semoga berjaya!