Bagaimana Untuk Menulis CV yang Berkesan: Panduan dan Tips

Proses permohonan kerja dan mendapatkan jawatan idaman boleh jadi terlalu lama dan sangat perlahan. Ramai pencari kerja yang hilang semangat akibat tidak menerima sebarang respons dari majikan. Oleh itu, sangat penting untuk anda berkemahiran dalam menulis CV untuk mendapatkan CV yang sempurna yang dapat menarik perhatian perekrut.

Bagaimana Untuk Menulis CV yang Berkesan: Panduan dan Tips

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Baca artikel ini sampai habis dan berikan sepenuh perhatian anda untuk memastikan setiap perincian CV anda digilap dengan sempurna. Kami akan memberikan panduan menyeluruh bagaimana untuk menulis CV dan apa yang anda perlu tahu seperti:

  • Komponen utama dalam CV yang akan membuatkan resume anda lebih menonjol dan menarik perhatian majikan.
  • Cara terbaik memformat CV untuk menjadikannya tampak lebih profesional dan dapat memberi impak dalam permohonan kerja anda.
  • Tips-tips berguna yang perlu anda ikuti untuk menambah baik CV anda.
Wanita muda perniagaan menggunakan komputer riba dan telefon pintar di meja pejabat

Contoh CV yang berkesan


Nama: Dr. Nurul Huda Binti Ismail

Alamat: No. 78, Jalan Cempaka, 43000 Kajang, Selangor

Nombor Telefon: 013-9876543

E-mel: dr.nurulhuda@example.com

Objektif Kerjaya: Untuk mendapatkan jawatan sebagai Pensyarah Pengurusan di institusi pengajian tinggi yang berprestij, di mana saya dapat menyumbang kepada perkembangan pelajar melalui pengajaran yang interaktif dan penyelidikan yang berkualiti tinggi.

Pengalaman Kerja:

Pensyarah Kanan - Universiti XYZ (2022 - Sekarang)

  • Mengajar subjek Pemasaran Digital dan Pengurusan Perniagaan kepada pelajar sarjana dan sarjana muda.
  • Merancang dan melaksanakan kurikulum yang interaktif dan berfokuskan kepada pembelajaran pengalaman.
  • Membimbing pelajar dalam penyelidikan dan penulisan tesis.

Pensyarah - Universiti ABC (2017 - 2022)

  • Mengajar subjek Komunikasi Perniagaan dan Pemasaran Asas.
  • Menyediakan bahan pengajaran seperti nota kuliah, slaid, dan tugasan.
  • Menilai prestasi pelajar melalui ujian, tugasan, dan projek kumpulan.

Latar Belakang Pendidikan:

  • PhD Pengurusan Perniagaan - Universiti Kebangsaan Malaysia (2018 - 2022)
  • Sarjana Pengurusan Perniagaan - Universiti Malaya (2015 - 2017)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan - Universiti Putra Malaysia (2011 - 2015)

Kemahiran:

  • Kemahiran komunikasi dan penyampaian yang baik
  • Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint)
  • Kemahiran analisis data menggunakan SPSS dan NVivo
  • Kemahiran dalam penyelidikan akademik dan penulisan jurnal

Pencapaian:

  • Anugerah Pensyarah Cemerlang - Universiti XYZ (2023)
  • Ketua Penyelidik dalam projek penyelidikan yang dibiayai oleh geran kerajaan bernilai RM100,000.

Rujukan: Rujukan akan diberikan atas permintaan.


Untuk mendapatkan resume yang berkesan, lihat templat resume kami dan bina resume profesional anda hanya dalam beberapa minit!

Bahagian-bahagian penting yang perlu ada dalam CV


Tiada peraturan yang muktamad dalam menulis CV. Ia bergantung kepada tahap pengalaman dan jawatan yang dipohon. Mari kita lihat bahagian-bahagian yang biasanya dimasukkan dalam penulisan CV.

Lelaki menggunakan komputer riba

1. Maklumat peribadi

Bahagian ini adalah bahagian yang paling asas dalam CV anda. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini.

Sertakan nama penuh, alat rumah, nombor telefon, dan alamat e-mel anda. Sekiranya anda ada laman web profil profesional ataupun portfolio dalam talian, letakkan pautannya di sini. Tarikh lahir tidak perlu ditulis di sini.

semak ikonContoh:

Nama: Athirah Bin Zainuddin

Alamat: No. 123, Jalan Merpati, 50450 Kuala Lumpur

Nombor Telefon: 012-3456789

E-mel: athirah@example.com


2. Objektif kerjaya

Nyatakan objektif kerjaya anda dengan jelas dan ringkas. Pastikan objektif tersebut relevan dengan pekerjaan yang dipohon.

semak ikonContoh:
Untuk mendapatkan jawatan sebagai Pelukis Grafik di sebuah syarikat kreatif di mana saya dapat memanfaatkan kemahiran reka bentuk saya, menerapkan idea-idea inovatif, dan menyumbang kepada pembangunan jenama yang menarik dan berkesan.

3. Pengalaman kerja

Bahagian ini adalah antara yang paling penting dalam CV anda, terutamanya jika anda mempunyai pengalaman yang relevan dengan jawatan yang dipohon.

Nyatakan pengalaman kerja anda, termasuk nama syarikat, jawatan, tarikh bekerja, dan tanggungjawab yang dipegang. Pastikan ianya ditulis dalam urutan kronologi terbalik.

semak ikonContoh:

Pelukis Grafik - Syarikat Kreatif XYZ (2022 - Sekarang)

  • Mereka bentuk bahan pemasaran seperti poster, brosur, dan iklan digital.
  • Bekerjasama dengan pasukan pemasaran untuk menghasilkan kandungan visual yang sesuai dengan kempen.
  • Menghasilkan reka bentuk logo dan identiti jenama untuk klien korporat.

Pembantu Pereka Grafik - Studio Reka Bentuk ABC (2020 - 2022)

  • Membantu dalam penyediaan bahan visual untuk projek klien termasuk risalah dan paparan media sosial.
  • Menghasilkan idea reka bentuk berdasarkan permintaan klien.
  • Menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator dan Photoshop untuk menghasilkan elemen grafik.

Wanita muda menggunakan komputer riba dan buku nota dengan pen untuk nota

4. Latar belakang pendidikan

Sertakan maklumat mengenai pendidikan anda, termasuk nama institusi, kursus yang diambil, dan tahun tamat pengajian. Pastikan ianya ditulis dalam urutan kronologi terbalik.

semak ikonContoh:

Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik - Universiti Teknologi MARA (2018 - 2022)

Diploma Seni Halus - Kolej Komuniti Selangor (2016 - 2018)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Murni (2015)


5. Kemahiran

Senaraikan kemahiran yang relevan dengan pekerjaan yang dipohon, seperti kemahiran teknikal, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran pengurusan masa.

semak ikonContoh:
  • Reka Bentuk Grafik: Kemahiran dalam Adobe Illustrator, Photoshop, dan InDesign.
  • Kemahiran Ilustrasi: Menghasilkan ilustrasi digital yang kreatif dan menarik.
  • Kemahiran Penyampaian Visual: Mampu menyampaikan idea dan konsep visual dengan jelas kepada klien dan pasukan.
  • Reka Bentuk UI/UX: Kemahiran asas dalam mereka bentuk antara muka pengguna yang mesra pengguna.
  • Pengurusan Masa: Berupaya menguruskan projek dengan tarikh akhir yang ketat dan memastikan semua tugasan diselesaikan tepat pada masanya.
  • Kerjasama Pasukan: Berpengalaman bekerja dalam pasukan kreatif untuk menghasilkan kempen pemasaran yang berkesan.

Baca artikel kami berkenaan kemahiran-kemahiran yang perlu dimasukkan dalam CV yang berkaitan dengan bidang anda.

6. Pencapaian

Bahagian ini boleh membantu anda menunjukkan nilai tambah kepada bakal majikan.

Nyatakan sebarang pencapaian yang relevan seperti anugerah, penglibatan dalam projek, atau sumbangan penting dalam pekerjaan terdahulu.

semak ikonContoh:
  • Anugerah reka bentuk terbaik - Pertandingan Reka Bentuk Kreatif Malaysia (2021)
  • Projek identiti jenama berjaya - Berjaya mencipta identiti jenama untuk klien korporat yang telah meningkatkan pengenalan jenama mereka sebanyak 40%.
  • Pelancaran kempen iklan digital - Menghasilkan grafik untuk kempen media sosial yang mencapai lebih daripada 10,000 tontonan dalam masa dua minggu.
  • Pameran seni digital - Karya dipilih untuk pameran seni digital di Kuala Lumpur (2020).

7. Rujukan

Rujukan adalah individu yang boleh memberikan maklumat tentang prestasi kerja dan kelayakan anda. Sertakan nama dan maklumat hubungan rujukan yang boleh memberikan sokongan terhadap kelayakan anda.

Jika anda tidak mahu menyertakan maklumat rujukan dalam CV, anda boleh menulis "Rujukan akan diberikan atas permintaan".

Untuk panduan lebih lanjut tentang bagaimana membina CV dan memuat turun CV untuk pelbagai jawatan, lihat contoh CV.

Bahagian pilihan untuk ditulis dalam CV


Setakat ini, anda telah pelajari bahagian-bahagian yang wajib ada di dalam CV. Sekarang, mari lihat beberapa bahagian yang anda boleh pilih dan masukkan ke dalam CV untuk membantu anda lebih menyerlah di antara ratusan calon-calon yang memohon jawatan yang sama.

Ahli perniagaan tersenyum bekerja


Sijil -
Pembelajaran secara berterusan dapat memberikan bakal majikan impresi yang baik. Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tersebut, anda dapat menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam dengan memberikan sijil pembelajaran secara dalam talian seperti Google Certificate dan edX.

Anugerah dan pengiktirafan - Anda mungkin pernah menerima anugerah semasa belajar di universiti seperti anugerah dekan dan biasiswa. CV adalah tempat yang sesuai untuk menunjukkannya.

Penerbitan- Penerbitan sesebuah artikel adalah satu pencapaian yang mengagumkan terutamanya dalam bidang akademik. Pastikan ianya dimasukkan untuk mendapatkan reaksi positif daripada majikan.

Bahasa - Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa berbeza adalah satu bonus yang boleh menunjukkan ketajaman fikiran anda. Jadi, masukkannya di dalam CV dan tulis tahap kefasihan anda untuk kesemua bahasa yang anda miliki.

Pengalaman sukarelawan - Terdapat bukti yang menyatakan pengalaman sukarelawan dapat menaikkan peluang anda untuk diambil kerja, terutama sekiranya anda kurang mempunyai pengalaman kerja. Memberi khidmat sukarela bermaksud anda suka melakukan kerja yang bermakna yang menunjukkan anda akan menjadi pekerja yang setia pada syarikat.

Hobi dan minat - Walaupun ada yang mempersoalkan sama ada hobi dan minat perlu dimasukkan ke dalam CV ataupun tidak, maklumat ini sebenarnya dapat memberi peluang kepada bakal majikan untuk memahami anda secara lebih personal. Kadang kala, hobi seperti membaca buku memberi gambaran bahawa calon sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan. Untuk maklumat lanjut, baca di sini tentang hobi dan minat.

Kegiatan luar kurikulum - Penyertaan didalam kelab atau mengambil tempat dalam aktiviti sukan dapat menunjukkan pada bakal majikan bagaimana anda mempelajari kemahiran-kemahiran lain untuk menguruskan masa terluang.

Mahukan CV baru untuk memohon kerja? Gunakan pembina resume kami untuk mencipta CV yang menyerlah yang dapat membantu anda dalam mendapatkan pekerjaan impian anda.

Cara untuk memformat CV


Susun atur CV juga akan memberikan impak kepada kejayaan dalam permohonan kerja anda. Semasa menulis CV, pastikan anda mengikuti tips-tips di bawah:

  • Jangan letakkan tajuk dokumen sebagai 'CV' atau 'Curriculum Vitae'. Itu akan hanya mengambil ruang. Sebaliknya, jadikan nama anda sebagai tajuk di bahagian atas sekali dokumen.
  • Elakkan penggunaan fon tidak profesional. Fon seperti Comic Sans memberikan imej kurang profesional. Sebaliknya, pilih fon seperti Times New Roman, Arial, dan Calibri. Untuk pastikan CV anda mudah dibaca, gunakan saiz fon antara 10 hingga 12. Penggunaan fon mestilah konsisten di keseluruhan CV.
  • Gunakan urutan kronologi terbalik. Maklumat seperti pendidikan, pengalaman kerja dan pencapaian perlu ditulis dalam urutan kronologi terbalik supaya majikan akan nampak pencapaian terkini dahulu.
  • Gunakan poin bullet. Penggunaan poin bullet menjadikan CV anda lebih kemas dan memudahkan bakal majikan untuk membaca dan mengesan maklumat penting dengan lebih cepat.
  • Pastikan margin dokumen yang digunakan tidak terlalu kecil. Margin 2.5 sentimeter untuk keseluruhan CV adalah yang paling sesuai. Bahagian putih di sekeliling  CV akan memudahkan pembacaan dan menjadikan CV lebih kemas. Jangan sesekali mengecilkan margin dengan tujuan untuk memuatkan lebih maklumat.
  • Letakkan nama yang sesuai semasa menyimpan CV. Berikan nama yang profesional dan menampakkan ianya kepunyaan anda. Sebagai contoh, 'Athirah_Zainuddin - CV'
  • Simpan CV menggunakan format yang dikehendaki. Kebiasaannya, di dalam iklan jawatan kosong ada dinyatakan format fail CV yang mereka mahu, sama ada PDF atau .docx. Pastikan anda mengikuti arahan tersebut.
Muda cantik bekerja di meja komputer

Tips menulis CV yang berkesan


Di bawah adalah beberapa tips untuk diambil kira semasa menulis CV untuk memastikan CV anda berkesan dan memaparkan kelayakan dan pengalaman anda.

Sesuaikan CV dengan jawatan yang dipohon. Setiap kali anda memohon pekerjaan, pastikan anda menyemak semula CV anda dan sesuaikannya dengan jawatan yang dipohon. Tumpukan pada kemahiran dan pengalaman yang relevan dengan jawatan tersebut.

Gunakan bahasa yang profesional dan jelas. Pastikan anda menggunakan bahasa yang mudah difahami dan profesional. Elakkan menggunakan slang atau bahasa pasar dalam CV.

Fokus pada pencapaian, bukan hanya tugas. Jangan hanya menyenaraikan tugas-tugas yang anda lakukan dalam pekerjaan terdahulu. Fokuskan pada pencapaian anda dan bagaimana anda memberikan nilai tambah kepada syarikat.

Gunakan kata kerja aktif. Sebagai contoh, gunakan kata kunci yang berkesan dalam menjelaskan pencapaian anda seperti 'membina', 'menganalisis', dan 'membangunkan' untuk menonjolkan anda sebagai individu yang berinisiatif.

Pastikan CV tidak terlalu panjang. CV yang baik biasanya tidak melebihi dua muka surat. Pastikan maklumat yang anda masukkan adalah relevan dan penting sahaja.

Gunakan format yang kemas dan mudah dibaca. Pastikan CV anda mempunyai format yang kemas dan tersusun. Gunakan poin bullet untuk senarai dan pastikan bahagian-bahagian dalam CV jelas dan mudah dibaca.

Semak semula untuk kesalahan tatabahasa. Kesalahan ejaan atau tatabahasa boleh memberikan tanggapan yang negatif kepada majikan. Oleh itu, pastikan anda menyemak semula CV anda dengan teliti sebelum menghantarnya.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

FAQ

Berapa panjang CV yang sesuai?

CV yang baik biasanya tidak melebihi dua muka surat, kecuali untuk bidang akademik di mana ia mungkin lebih panjang bergantung kepada pengalaman dan pencapaian.

Adakah perlu menyertakan rujukan dalam CV?

Tidak semestinya. Anda boleh menulis "Rujukan akan diberikan atas permintaan" jika tidak mahu menyenaraikan maklumat rujukan secara terus.

Bagaimana cara menulis objektif kerjaya yang menarik?

Objektif kerjaya perlu ringkas dan spesifik, serta relevan dengan jawatan yang anda dipohon. Pastikan ia menggambarkan matlamat anda dan nilai yang boleh anda berikan kepada syarikat.

Apakah kesalahan umum yang perlu dielakkan semasa menulis CV?

Kesalahan ejaan, penggunaan alamat e-mel yang tidak profesional, dan menulis CV yang terlalu panjang adalah antara kesalahan yang perlu dielakkan.

Bagaimana cara menonjolkan pencapaian dalam CV?

Fokus pada pencapaian yang memberi impak besar atau yang menunjukkan nilai tambah yang anda bawa kepada pekerjaan terdahulu, seperti anugerah, penglibatan dalam projek besar, atau sumbangan penting dalam syarikat.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda