Deskripsi Tugas Pengurus Operasi dan Pemasaran yang Lengkap

Pengurus operasi pemasaran merupakan individu penting dalam memastikan keberkesanan dan kecekapan keseluruhan kempen pemasaran sesebuah organisasi. Tanggungjawab dan tugasan harian jawatan ini boleh berbeza-beza bergantung kepada tahap pengalaman dalam organisasi. Sekiranya anda berminat memohon jawatan ini, mari fahami tugasan harian seorang pengurus operasi pemasaran mengikut tiga peringkat utama - peringkat permulaan, peringkat pertengahan, dan peringkat kanan.

Deskripsi Tugas Pengurus Operasi dan Pemasaran yang Lengkap

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Antara yang akan anda pelajari dari artikel ini:

  • Tugas pengurus operasi pemasaran memerlukan kemahiran bukan sahaja yang berkaitan dengan pengurusan pemasaran produk tetapi juga pengurusan data dan sumber manusia.
  • Kepentingan mempersiapkan diri dengan teknologi dan taktik pemasaran terkini untuk menggalas tugas sebaga pengurus yang berjaya.
  • Tanggungjawab dan peranan pengurus operasi dan pemasaran berubah daripada teknikal kepada strategik apabila melangkah ke peringkat lebih tinggi di dalam organisasi.

Tugas utama pengurus operasi dan pemasaran: Peringkat permulaan


Pada peringkat awal kerjaya, pengurus operasi pemasaran yang baru dilantik biasanya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan sistem, alat teknologi, serta aliran kerja yang berkaitan dengan operasi pemasaran. Antara tugasan utama pada peringkat ini:

Rakan kreatif Asia dan Kaukasia berbincang projek baru di pejabat

Memantau dan melaporkan prestasi kempen pemasaran

Pemantauan keberkesanan kempen pemasaran harian biasanya dilakukan oleh pengurus junior. Antara metrik yang perlu dipantau ialah kadar buka emel, klik pada iklan, dan pertambahan trafik ke laman web. Data ini kemudiannya dilaporkan kepada pengurus kanan untuk dianalisis dengan lebih mendalam. Ini penting untuk mengenal pasti elemen kempen yang berfungsi dengan baik dan yang perlu diperbaiki. Jadi, pasukan pemasaran dapat membuat pelarasan segera untuk meningkatkan prestasi kempen secara keseluruhan.

Membantu dalam pengurusan platform teknologi pemasaran

Sebagai pengurus baru, anda akan belajar cara mengendalikan perisian seperti CRM (Customer Relationship Management), platform automasi emel, atau alat analitik pemasaran. Anda perlu pastikan semua sistem berfungsi seperti yang sepatutnya dan membantu menyelesaikan isu teknikal kecil. Selain itu, anda juga perlu menyemak dan mengemas kini pangkalan data pelanggan agar sentiasa relevan dan bebas daripada kesilapan.

Menyokong pelaksanaan kempen dan komunikasi pemasaran

Anda akan terlibat secara langsung dalam aktiviti kempen pemasaran secara digital dan fizikal. Antara aktiviti yang terlibat ialah menghantar emel pemasaran, menyiapkan senarai penerima, dan memastikan kandungan dihantar tepat pada waktunya serta mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemasaran fizikal pula, anda mungkin perlu menguruskan edaran risalah, penganjuran booth promosi, atau pelaksanaan acara pemasaran di lokasi sasaran.

Berhubung dengan vendor untuk aktiviti pemasaran

Aktiviti pemasaran memerlukan bahan promosi seperti risalah dan dekorasi tempat. Sebagai pengurus, anda perlu bekerjasama dengan pihak luar seperti pencetak, agensi kreatif, atau penyedia sistem untuk memastikan semua bahan atau peralatan tersedia dan dihantar mengikut perancangan. Anda bertanggungjawab untuk memastikan komunikasi dengan vendor sentiasa jelas. Jika berlaku kelewatan atau perubahan, pengurus perlu pantas membuat penyesuaian agar keseluruhan kempen tidak terjejas. Oleh itu, sangat penting untuk anda mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Baca artikel kami berkenaan kemahiran-kemahiran yang perlu dimasukkan dalam CV berkaitan dengan bidang pemasaran.  

Tugas utama pengurus operasi dan pemasaran: Peringkat pertengahan


Setelah beberapa tahun dalam bidang ini dan dinaikkan pangkat sebagai pengurus operasi pemasaran peringkat pertengahan, anda akan diberi lebih banyak autonomi dan kepercayaan. Anda bukan sahaja menyokong operasi, tetapi juga mula melibatkan diri dalam strategi dan penambahbaikan proses sedia ada. Antara tugasan utama pada peringkat ini:

Ahli perniagaan dan wanita muda berbincang di pejabat

Membangunkan dan mengoptimumkan sistem penjagaan prospek

Salah satu tanggungjawab utama pengurus pemasaran dan operasi ialah membangunkan sistem pemarkahan prospek (lead scoring). Sistem ini penting bagi membantu pasukan jualan mengenal pasti prospek yang paling berpotensi membeli. Seterusnya, anda perlu merancang strategi untuk menjaga prospek yang ada untuk memastikan hubungan berterusan melalui kempen susulan yang tersusun.

Melaksanakan Ujian A/B

Untuk menambah baik keberkesanan kempen, pengurus  peringkat pertengahan perlu menjalankan ujian A/B ke atas taktik pemasaran. Ujian ini dijalankan pada tajuk emel kempen, reka bentuk halaman web, dan kandungan iklan. Hasil daripada ujian A/B akan membantu pasukan pemasaran memahami pilihan mana yang lebih menarik perhatian pengguna dan menghasilkan kadar respons yang lebih tinggi.

Mengurus integrasi antara alat teknologi pemasaran

Kebiasaannya, organisasi akan menggabungkan beberapa jenis teknologi dalam melakukan pemasaran. Sebagai pengurus, anda bertanggungjawab memastikan semua alat teknologi yang digunakan seperti sistem CRM, automasi pemasaran, dan platform analitik berfungsi secara selaras dan menyumbang kepada objektif pemasaran. Jika sistem-sistem ini tidak diselaraskan dengan baik, ia boleh menyebabkan gangguan dalam aliran data, kesilapan dalam penyasaran pelanggan, dan penurunan keberkesanan kempen.

Melatih dan menyokong ahli pasukan

Sebagai pengurus yang lebih berpengalaman, anda akan menyandang peranan sebagai mentor kepada ahli pasukan. Sebagai contoh, anda perlu membimbing rakan sekerja dan staf junior dalam penggunaan teknologi pemasaran. Peranan ini penting untuk memastikan semua ahli pasukan menuju matlamat yang sama. Anda juga perlu membantu mereka memahami proses kerja dengan lebih baik, memberi maklum balas yang membina, dan mencungkil potensi mereka untuk berkembang dalam kerjaya

Semasa menulis resume untuk memohon jawatan ini, kaitkan pengalaman anda dengan deskripsi tugasan yang telah kami terangkan. Untuk panduan lanjut, baca artikel tentang cara menulis CV yang berkesan.

Lihat juga bagaimana menulis surat iringan yang profesional.


Tugas utama pengurus operasi dan pemasaran: Peringkat kanan


Peranan pengurus senior lebih tertumpu kepada peranan strategik. Anda tidak lagi hanya melaksanakan strategi sedia ada, tetapi akan duduk semeja dengan pihak atasan dalam membuat keputusan hala tuju jangka panjang organisasi. Antara tugasan utama pada peringkat ini:

Ahli perniagaan lelaki berbincang dalam persidangan video semasa bekerja dari jauh

Mengurus pasukan dan membangunkan bakat

Sebagai pengurus kanan, anda akan mengetuai pasukan yang lebih besar. Jadi, tugasan anda bukan sahaja tertumpu pada pengurusan aktiviti pemasaran tetapi juga pengurusan bakat ahli pasukan. Anda perlu pastikan setiap anggota diberi peluang untuk berkembang melalui latihan, bimbingan, dan pelan pembangunan kerjaya. Peranan ini penting kerana kepimpinan yang baik akan memastikan pasukan berprestasi tinggi untuk mencapai matlamat organisasi.

Meneroka teknologi pemasaran baru

Alat dan perisian teknologi pemasaran sentiasa berkembang. Sebagai pengurus kanan, anda bertanggungjawab meneroka dan memperkenalkan teknologi baru untuk mempertingkatkan kecekapan operasi. Contohnya, teknologi pemasaran menggunakan AI, jangkaan analitik (predictive analytics), dan platform automasi pemasaran. Teknologi baru penting untuk meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, dan mencapai hasil yang lebih baik.

Menyelaraskan operasi pemasaran dengan objektif perniagaan

Sebagai  barisan pengurusan kanan, anda akan terlibat dalam perbincangan  eksekutif untuk memastikan semua strategi pemasaran selari dengan visi dan matlamat syarikat. Anda juga dijangka memberi pandangan berdasarkan data dan tren pasaran semasa bagi menyokong keputusan strategik syarikat. Selain itu, anda perlu memastikan setiap inisiatif pemasaran membawa pulangan pelaburan (ROI) yang jelas dan menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang organisasi.

Menganalisis data kompleks dan membuat ramalan

Data memainkan peranan penting dalam operasi pemasaran untuk memastikan aktiviti yang dijalankan memberi impak. Sebagai pengurus kanan, anda akan menjalankan analisis kompleks untuk mengenal pasti tren pasaran dan membuat ramalan jualan. Jadi, anda perlu berhubung dengan jabatan lain seperti teknologi maklumat untuk melaksanakan tugasan ini. Contohnya, anda perlu menganalisis corak pembelian pelanggan sepanjang tahun untuk meramal tempoh terbaik untuk melakukan promosi. Untuk itu, anda perlu bekerjasama dengan data saintis bagi mengekstrak data daripada sistem syarikat.

Sudah bersedia untuk memulakan kerjaya dalam bidang pemasaran? Gunakan pembina resume kami untuk mendapatkan resume yang dapat menyerlahkan bakat dan kebolehan anda hanya dalam beberapa minit!

Penutup


Peranan pengurus operasi dan pemasaran tidak sama sepanjang kerjaya. Ia bermula dengan pelaksanaan teknikal dan berkembang kepada peranan perancangan strategik serta kepimpinan. Sama ada anda ingin memulakan kerjaya sebagai pengurus peringkat permulaan atau sedang menuju ke tahap kanan, memahami perubahan dalam tanggungjawab ini adalah penting untuk berjaya dalam dunia pemasaran yang dinamik.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

FAQ

Apakah kerjasama yang biasa dilakukan oleh pengurus operasi dan pemasaran dengan pasukan lain dalam syarikat?

Mereka perlu bekerjasama dengan pasukan IT untuk mengurus teknologi pemasaran seperti CRM dan sistem automasi. Mereka juga berhubung rapat dengan pasukan jualan bagi menambah baik proses pengurusan prospek. Dalam hal pengurusan bajet, mereka bekerjasama dengan jabatan kewangan untuk memastikan setiap perbelanjaan kempen dipantau dengan teliti.

Apakah cabaran utama pengurus operasi dan pemasaran?

Cabaran utama ialah menyatukan pelbagai teknologi pemasaran yang berbeza agar dapat berfungsi secara seragam dan menyokong strategi syarikat dengan berkesan. Setiap platform seperti sistem CRM, automasi pemasaran, analitik web, dan pengurusan kandungan mungkin dibangunkan oleh vendor yang berbeza dan tidak selalu serasi antara satu sama lain. Jika tidak diurus dengan baik, ia boleh menyebabkan gangguan dalam aliran data, kesukaran mendapatkan gambaran menyeluruh tentang pelanggan, serta membazir masa dalam proses pelaporan dan analisis.

Bagaimanakah saya boleh membina kerjaya sebagai pengurus operasi pemasaran, dan berkembang daripada peringkat permulaan kepada pengurus kanan?

Tiga aspek utama yang perlu diberi tumpuan: kemahiran teknikal, strategik, dan kepimpinan. Pada peringkat awal, kuasai sistem pemasaran seperti CRM, automasi emel, dan analitik. Ini akan menjadi asas untuk memahami operasi sebenar. Seterusnya, tingkatkan keupayaan anda dalam menganalisis data, merancang strategi pemasaran, dan mengoptimumkan proses.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda