8 Nasihat Untuk Mendapatkan Pekerjaan Terbaru

Dalam pasaran kerja yang pantas dan sangat kompetitif hari ini, mendapatkan pekerjaan yang bermakna mungkin terasa seperti permainan video yang dipenuhi dengan pesaing yang sangat banyak, semuanya memiliki matlamat kerjaya yang sama. Proses mencari pekerjaan mungkin menakutkan, kerana anda mesti menonjolkan diri anda di antara lautan individu berbakat.

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Berita baiknya ialah, jalan menuju kejayaan bukanlah permainan nasib; sebaliknya, ia lebih bergantung kepada penyusunan tektik dan strategi yang semestinya sudah diiktiraf sendiri oleh para pakar kerjaya.

Dalam artikel ini, kita akan mendalami cabaran memburu pekerjaan moden, mendedahkan 8 nasihat dan cara sebenar yang telah dicuba dan membantu ramai orang mendapatkan jawatan yang diimpi-impikan oleh mereka. Taktik ini mengambil pendekatan holistik bagi proses pencarian kerja anda. Dengan mengikuti nasihat serta tips yang ada disediakan di dalam artikel ini, anda pasti akan tampil lebih yakin dalam menyediakan diri sendiri untuk mula memohon kerja dalam bidang yang diminati anda.

Oleh itu, jom teruskan membaca bersama kami.

Nilai Kebolehan Diri Sendiri


Proses permulaan untuk mencari pekerjaan mengambil masa lebih daripada sekadar melayari papan kerja dan menghantar permohonan. Ia sebenarnya melibatkan perancangan yang teliti dan proses mengenali diri anda terlebih dahulu. Tahap ini sangat penting kerana ia akan membantu anda mendapatkan kerjaya yang selaras dengan matlamat profesional dan personal anda.

Nasihat untuk mendapatkan pekerjaan

Oleh itu, anda harus meluangkan sedikit masa untuk menghentikan, merenung, dan melakukan penilaian diri yang menyeluruh sebelum membuang jaring anda ke lautan prospek yang besar. Kaedah ini bertujuan untuk membantu anda mengenali diri sendiri sebagai seorang profesional dan sebagai orang, bukan sekadar untuk menyatakan kelayakan dan pengalaman anda.

Tetapkan Matlamat Pekerjaan yang Jelas


Menjelaskan objektif kerjaya anda dan menggariskan jangkaan anda dari pekerjaan masa depan anda adalah bersamaan dengan merancang trajektori profesional anda. Dalam persekitaran pekerjaan yang sentiasa berubah, di mana pilihan yang banyak tetapi boleh menjadi luar biasa, memiliki destinasi yang jelas dalam fikiran boleh menjadi kompas yang akan membimbing anda untuk berjaya. Berikut adalah pandangan yang lebih mendalam tentang mengapa fasa ini penting dalam memburu pekerjaan anda.

Pertama ialah memiliki visi dan misi yang jelas. Visi dan misi yang jelas mengandungi maklumat penting seperti apakah tahap tertinggi kerjaya yang ingin anda kecapi dalam masa lima tahun. Secara perkembangan peribadi pula, anda perlu menetapkan bagaimana dengan kerjaya yang anda miliki, apakah perubahan positif yang boleh anda kecapi. Ini termasuklah perkembangan kemahiran insaniah dan juga dari segi kewangan.

Kemunculan Anda dalam Dunia Dalam Talian


Jangan memandang rendah akan kebolehan platform dalam talian. Oleh itu, anda harus memanfaatkannya untuk masa depan anda terutamanya dalam membantu anda mendapatkan pekerjaan yang telah lama diimpikan. Pada masa yang sama, memandangkan semua maklumat boleh diakses di hujung jari, pastikan tiada hantaran atau maklumat negatif mengenai diri anda di dalam talian.

Nasihat untuk mendapatkan pekerjaan

Jadi, jika anda ingin memberikan perpektif yang positif mengenai diri anda secara profesional atau peribadi, guna pakai platform Linkedin. Anda juga digalakkan untuk membuat portfolio dalam talian bagi membantu para perekrut untuk mendapatkan maklumat yang profesional mengenai pencapaian dan perkembangan profesional anda.

Apa yang Perlu Dilakukan Sebelum Ditemu Duga


Sebelum ditemu duga, anda perlu menyediakan diri dari segi fizikal dan mental. Seperti yang anda sedia maklum, proses temu duga adalah proses yang paling penting dalam menentukan sama ada anda akan layak untuk mendapatkan kerjaya impian anda. Untuk itu, anda harus berlatih untuk ditemu duga terlebih dahulu.

Cara yang mudah untuk berlatih sendiri adalah dengan mencari soalan lazim yang sering ditanya semasa ditemu duga. Kemudian, anda perlu melengkapkan diri dengan maklumat semasa mengenai bidang kerjaya anda. Sebagai contoh, jika anda ingin menceburi bidang teknologi perubatan, anda perlu tahu mengenai maklumat terkini berkaitan dengan vaksin dan penyakit.

Kenali Mereka yang Akan Menemu Duga Anda


Setelah anda mendapat panggilan untuk ditemu duga, buat kajian mengenai latar belakang syarikat, orang berkepentingan dan projek atau kerja terkini yang sedang dijalankan oleh syarikat tersbut. Dengan cara ini, anda boleh menunjukkan bahawa kesungguhan dan keinginan anda untuk bekerja dengan mereka semasa ditemu duga.

Selain daripada itu, cara ini juga boleh membantu anda menyediakan soalan lanjutan sekiranya anda diberikan peluang untuk bertanya soalan semasa sesi temu duga tersebut. Pada masa yang sama, dengan melakukan kajian terlebih dahulu, anda akan tahu gelaran yang betul yang diberikan kepada para pegawai temu duga. Ingat, mereka boleh terdiri daripada pemilik syarikat itu sendiri, atau penemu duga jemputan dari institut yang berkaitan.

Dapatkan Sokongan Orang Rujukan


Jika anda ingin mendapatkan rujukan yang positif mengenai diri anda secara profesional, anda harus mempunyai hubungan yang baik dengan rakan kerja dan pengurus di tempat terkini anda. Mereka boleh membantu menjadi saksi kebolehan anda sekiranya anda ingin berpindah tempat kerja nanti.

Nasihat untuk mendapatkan pekerjaan

Pada kebiasaannya, setelah proses temu duga berjalan dengan lancar, pihak sumber manusia majikan baharu anda akan meminta maklumat mengenai orang rujukan. Jadi, anda perlu menyediakan maklumat seperti nombor telefon dan alamat e-mel orang rujukan anda.

Jangan sesekali menggunakan ahli keluarga atau rakan karib anda sebagai orang rujukan.

Guna Resume yang Terbaik


Resume adalah dokumen yang paling penting dan wajib anda miliki untuk memohon sebarang pekerjaan yang ada di dunia. Ia mengandungi maklumat penting yang boleh membantu anda lebih menonjol daripada para pemohon yang lain. Jika ini kali pertama anda akan menulis resume profesional, kami menggalakkan agar anda menggunakan templat resume kami yang boleh dimuat turun pada bila-bila masa sahaja.

Resume yang lengkap mengandungi empat perkara utama:

  • maklumat pengenalan diri anda
  • rumusah profesional
  • pengalaman kerja
  • tahap pendidikan

Kemahiran juga penting. Di mana, anda boleh menyatakan kemahiran yang anda miliki di bahagian rumusan profesional dan pengalaman kerja anda. Sijil profesional dan kebolehan menggunakan bahasa asing boleh dinyatakan di dalam resume untuk membantu pemohonan kerja anda lebih menyerlah.

Jejak Kembali Progres Temu Duga Anda


Setelah anda ditemu duga, jangan lupa untuk menghantarkan pesanan e-mel terima kasih kepada para penemu duga anda. Ini sekali lagi akan menunjukkan anda seorang yang profesional dan menghargai peluang yang telah diberikan. Kemudian, anda juga boleh menyatakan soalan sampingan di dalam e-mel tersebut untuk mengetahui status temu duga anda.

Nasihat untuk mendapatkan pekerjaan

Kesimpulan: Kenali Matlamat Diri Untuk Mendapatkan Kerjaya Impian Anda


Secara kesimpulannya, menggunakan resume yang terbaik tidak cukup jika anda ingin terus berjaya di dalam bidang yang diceburi. Anda perlu mengenali diri anda terlebih dahulu dengan bertanya soalan seperti bagaimana dengan kerjaya yang akan diceburi nanti dapat meningkatkan kualiti hidup anda. Ataupun, tanya diri sendiri terlebih dahulu adakah kerjaya pilihan anda boleh menadatangkan kepuasan ke dalam hidup anda.

Setelah anda mengenali diri sendiri, anda boleh mula mencari pekerjaan yang sesuai dan menyediakan resume yang terbaik untuk memenangi hati para perekrut. Untuk itu, kami berharap agar artikel nasihat untuk mendapatkan perkerjaan ini boleh membantu anda merealisasikan impian profesional anda.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Mengenai Kerjaya dan Resume

Di bahagian seterusnya ini, kami akan menyediakan jawapan kepada soalan lazim berkaitan dengan kerjaya dan resume untuk pemohon di Malaysia.

Apakah format resume yang boleh saya gunakan?

Anda boleh menggunakan format kronologi terbalik, praktikal dan juga format resume gabungan. Pilih mana-mana yang sesuai dengan tahun pengalaman kerja anda.

Apa itu perisian penapis resume (ATS)?

Perisian ini digunakan oleh kebanyakkan syarikat untuk menapis resume anda sebelum dipanggil untuk temu duga. Perisian ini boleh mengesan kata kunci utama yang diperlukan untuk melayakkan seseorang ke peringkat temu duga.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda