Oleh yang demikian, sekiranya CV anda tidak menarik perhatian mereka dalam 10 saat pertama, ia akan dicampak keluar dan disenarai hitam dari dipertimbangkan untuk permohonan jawatan kosong pada masa hadapan di dalam syarikat mereka. Keadaan ini menjadi lebih kritikal pada masa sekarang kerana sistem portal kerja mengingatkan perekrut sama ada permohonan anda pernah ditolak pada masa lalu ataupun tidak.
SIla teruskan sekiranya anda ingin templat untuk digunakan dalam permohonan kerja seterusnya. Pengalaman kami adalah berdasarkan interaksi selama berdekad dengan pelbagai perekrut tempatan dan antarabangsa, termasuk agensi kerajaan dari bidang berteknologi tinggi.
Contoh CV fresh graduate
Sama seperti menulis thesis anda, menulis resume juga ada tekniknya. Menulis resume fresh graduate merupakan karya seni yang sangat penting untuk mendapat kerja di tempat idaman serta mendapat gaji yang memuaskan. Berikut merupakan garis panduan yang akan dibincangkan disini untuk menghasilkan resume dan surat iringan dalam hanya beberapa minit:
Cara menulis resume fresh graduate (walaupun tanpa pengalaman)
Bidang penulisan resume telah berkembang maju semenjak setahun yang lalu. Piawaian penulisan baharu – templat – amalan terbaik – semuanya telah mengalami evolusi berbanding CV pada masa dahulu. Atas sebab ini, adalah penting untuk anda teliti panduan yang dipaparkan disini untuk menghasilkan resume yang lengkap pada kualiti anatrabangsa sebelum memulakan penulisan anda.
Mari kita mulakan dengan melihat garis panduan penting untuk menghasilkan contoh resume seorang fresh graduate. Kaedah ini digunakan dalam kebanyakan resume siswazah baharu mahupun yang berpengalaman. Disini, kami sertakan untuk anda amalan terbaik dan yang terkini dalam bidang sumber manusia sesebuah majikan yang berkualiti.
Perkara yang menarik mereka bermula dari, warna, susun atur, mudah untuk mereka cari informasi yang relevan dengan keperluan utama mereka dalam masa yang singkat.
Susun atur
Struktur resume permohonan kerja fresh graduate harus mempunyai bahagian yang berikut:
Anda boleh mempribadikan resume fresh graduate dengan menggunakan beberapa tips berikut:
Format dan Struktur
Sebagai seorang profesional fresh graduate, perekrut dan anda tahu bahawa siswazah baharu tidak mungkin mempunyai pengalaman relevan. Namun sekiranya anda mengikut norma penulisan resume terbaik seperti yang dicadangkan disini, anda akan dapat mengolah perkataan dan struktur untuk menunjukkan kebolehan anda untuk memenuhi keperluan profesional kerja tersebut.
Dibawah ini kami rumuskan jutaan jenis resume yang terdapat di internet kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk anda, iaitu:
Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.
Tajuk dan Maklumat Untuk Dihubungi
Sebagai profesional, anda tidak boleh melakukan kesilapan dalam menulis tajuk atau pengepala resume. Bahagian ini mengandungi maklumat yang diperlukan oleh perekrut untuk menghubungi anda. Sekiranya seorang fresh graduate mampu menulis dengan ringkas, padat dan tanpa ralat, ia pasti menarik perhatian perekrut untuk ditemuduga. Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini termasuk nama penuh anda, jawatan yang dipohon seperti dalam iklan, maklumat kaedah menghubungi seperti pautan ke profil LinkedIn dan email anda.
Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:
Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Kepilkan gambar atau tidak:
Sebagai seorang fresh graduate, aras rupa tidak sepatutnya menjadi ukuran tahap keupayaan anda. Gambar tidak perlu dilampirkan dalam resume melainkan perekrut memintanya di dalam iklan atau email peribadi kepada anda sebelum sesi temuduga diadakan. Ini adalah kerana anda mungkin didiskriminasi secara tidak disedari dari pihak perekrut dari awal lagi .
Pengalaman: Terangkan pengalaman anda dengan jelas
Bahagian pengalaman merupakan fokus kepada resume setiap fresh graduate. Ia perlu ditulis berpaksikan iklan dari perekrut secara teratur, ringkas dan padat dalam format resume terkini.
Ringkasan resume anda, iaitu bahagian kedua selepas pengepala, perlu memberi persepsi kepada perekrut terhadap kredibiliti anda sebagai fresh graduate yang berpotensi.
Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman
Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan resume agar perekrut terpegun serta tidak sabar untuk menghubungi anda untuk ditemuduga, menawarkan gaji yang lebih besar berbanding dengan calon lain?
Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:
Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Pendidikan: Bagaimana untuk menulis latar belakang akademik anda
Pendidikan memainkan peranan penting dalam resume seorang fresh graduate. Anda boleh masukkan pendidikan sejurus selepas ataupun sebelum bahagian pengalaman kerja. Gunakan format yang konsisten untuk menyenaraikan pendidikan anda – mulakan dengan nama ijazah, nama institusi, tempoh masa pengajian dan hasil pembelajaran utama yang anda perolehi daripada pengajian.
Contoh penulisan latar belakang akademik yang baik adalah seperti berikut:
Kemahiran terbaik untuk resume fresh graduate anda
Resume anda perlu ada kemahiran teras serta kemahiran insaniah. Anda juga harus mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja dan kemahiran insaniah yang penting untuk bekerjasama di tempat kerja anda.
Mari lihat beberapa kemahiran penting yang perlu anda tambahkan pada resume anda.
Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras
Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah
Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda
Ringkasan profesional merupakan peluang di dalam resume untuk mempromosi diri. Ia dipecahkan kepada 2 bahagian:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:
Bahagian tambahan untuk CV fresh graduate
Bahagian tambahan di dalam resume bertindak sebagai sumber maklumat penting untuk perekrut. Berikut merupakan beberapa contoh yang boleh digunakan:
Bahasa
Untuk seorang fresh graduate, kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa tambahan lain seperti Mandarin akan memberi impak kepada resume kerana ia membezakan anda daripada calon lain.
Sertai beberapa kursus pendek selepas tamat pengajian atau dalam masa anda sedang menunggu untuk dipanggil temuduga. Kursus bahasa asing yang disertai perlulah menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:
Kerja Sukarela
💡 Sebagai seorang fresh graduate, perekrut mempunyai andaian bahawa golongan professional ini tidak kreatif. Oleh yang demikian, adalah agak bijak sekiranya anda sebagai fresh graduate mempamerkan model resume fresh graduate yang menarik hati perekrut dengan menyertai program sukarela yang berkaitan dengan perakaunan walaupun tidak bergaji.
Anda boleh mulakan dengan menentukan perubahan yang ingin anda lakukan dalam komuniti. Kemudian hubungi mereka melalui Facebook untuk membentangkan cadangan aktiviti sukarelawan anda dan mula menarik ahli komuniti lain untuk menyertai anda.
Hobi
💡Hobi yang relevan dengan bidang yang anda ceburi adalah sangat bernilai kepada perekrut yang berpengalaman. Ia menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari skop kerja formal.
Kemahiran Komputer
💡Setiap fresh graduate mesti mempunyai kemahiran menggunakan teknologi berkomputer untuk membantu anda mendiagnosis kerja perakaunan anda. Maka, ia hendaklah’ di tulis dalam bahagian tambahan sebagai ‘kemahiran komputer agar ia tidak terbenam dengan bahagian kemahiran am yang lain.
Pensijilan adalah penting bagi setiap profesional seperti fresh graduate. Ia merupakan idea yang bijak untuk tidak memasukkanya dalam bahagian pendidikan am. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume fresh graduate anda:
Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk fresh graduate
Kita telah melihat begitu banyak tips dan panduan menghasilkan resume fresh graduate yang terbaik atau dengan kata lain, model resume fresh graduate. Sebagai nota terakhir, sila lihat semula rumusan berikut:
Ringkasan: Membuat Resume Profesional Untuk fresh graduate
Lengkapkan CV anda dengan surat iringan
Surat iringan dihantar bersama resume dan ia menerangkan sebab anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dalam sesebuah iklan serta bagaimana anda merupakan calon terbaik berbanding ribuan calon lain.
Maka, luangkan masa untuk berfikir, membuat kajian mengenai struktur dan kandungan surat iringan yang dapat menarik perhatian perekrut dan kemudian menulisnya. Sila lihat contoh templat sedia ada disini untuk menjimatkan masa anda menghasilkan surat sendiri.