Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk menghasilkan resume jururawat yang paling berkesan untuk menarik perhatian sewajarnya daripada jabatan sumber manusia perekrut.
Di bawah ini kami telah menghasilkan panduan yang mudah untuk diikuti untuk membantu anda menghasilkan resume terbaik. Pengalaman kami adalah berdasarkan interaksi selama berdekad dengan pelbagai perekrut tepatan dan antarabangsa, termasuk dari bidang perubatan.
Kadar gaji jururawat masyarakat
💰Gaji jururawat adalah agak lumayan sekiranya dibandingkan dengan bidang profesional lain dengan kelulusan diploma. Strukturnya adalah seperti berikut:
Bagaimana cara terbaik untuk menulis resume jururawat
Menghasilkan resume pelajar adalah sukar kerana tiada pengalaman yang konkrit selain dari menjadi pembantu semasa latihan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang ini dan juga terdapat kaedah untuk mendapatkan gaji yang lebih banyak berbanding calon lain sekiranya cara penulisan adalah bijak dan betul.
Kaedah menulis terbaik adalah memfokus kelebihan anda berbanding rakan graduan lain pada permulaan resume. ini adalah kerana, fokus maksimum perekrut adalah dalam 10 saat pertama mereka melihat resume anda. Sekiranya menarik, fokus mereka dapat dilanjutkan kepada 3 minit lagi. Namun sekiranya resume dibentangkan dengan baik, mereka akan meneruskan meneliti resume anda melebihi 10 minit dan anda pasti akan dipanggil untuk temuduga.
Perara yang menarik mereka bermula dari, warna, susunatur, kandungan yang relevan dengan keperluan mereka serta masa yang anda ambil untuk mengkaji skop dan jenis calon yang mereka sedang cari.
Susun Atur
Struktur resume permohonan kerja jururawat harus mempunyai bahagian berikut:
Anda boleh memperibadikan resume jururawat terlatih dengan menggunakan tips berikut:
Format dan Struktur
Memilih format resume adalah kunci untuk memastikan kelayakan anda mendapat perhatian sewajarnya. Terdapat jutaan resume yang anda boleh cari melalui internet. Namun, jenis yang mana paling sesuai dengan bidang anda? Di bawah ini saya rumuskan jutaan jenis resume tersebut kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk profesion kejururawatan, iaitu:
Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.
Tajuk dan Maklumat Untuk Menghubungi Anda
Bahagian pengepala resume untuk temuduga jururawat hendaklah bebas daripada ralat dan kesilapan. Ini kerana ia mengandungi maklumat yang digunakan oleh perekrut untuk menghubungi anda. Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini termasuk nama penuh anda, jawatan kerja seperti dalam iklan, maklumat kaedah menghubungi anda seperti pautan ke profil LinkedIn dan email anda.
Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:
Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Kepilkan gambar atau tidak:
Gambar tidak perlu dilampirkan dalam resume anda melainkan perekrut memintanya di dalam iklan. Ini adalah kerana anda mungkin didiskriminasi secara tidak disedari dari pihak perekrut .
Pengalaman: Merupakan asas dalam industri kejururawatan
Bahagian ini merupakan asa kepada resume jururawat anda. Setiap pelajar pasti menghadapi kesukaran mengisi bahagian ini kerana anda tiada pengalaman yang dapat menonjolkan kelebihan sebagai seorang jururawat berbanding dengan graduan lain. Mungkin juga anda menghadapi diskriminasi dari perekrut berdasarkan kolej anda. Ada kolej yang graduannya mudah mendapat kerja, manakala yang lain tidak.
Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman
Bagaimanakah caranya untuk mengisi resume agar perekrut terkejut serta berminat untuk memanggil anda untuk ditemuduga dan mungkin menawarkan gaji lebih besar dari calon yang lain?
Saya mencadangkan agar anda luangkan masa menyertai badan kebajikan yang relevan dengan bidang anda seperti Pertubuhan Cancer atau bidan bertauliah dalam taman atau mukim anda. Luangkan masa bersama sukarelawan mereka dan simpan gambar yang tidak mengaibkan pesakit di dalam akaun linkedin anda.
Menyertai badan sukarelawan setelah tamat pengajian akan memberi persepsi yang baik kerana anda kelihatan seperti tidak sabar untuk mengaplikasi pengetahuan yang terkumpul semasa pengajian selama 3 tahun. Ia juga menunjukkan anda mempunyai sikap mesra dengan pesakit kronik, mudah bergaul dengan masyarakat, dan dapat berkerjasama dengan generasi yang lebih berusia dari anda.
Persepsi ini adalah 180 darjah dari andaian perekrut terhadap kebanyakan graduan yang biasanya kaku, tidak dapat meluahkan buah pemikiran secara spontan serta kerap bersikap kasar terhadap pesakit.
Anda boleh mulakan dengan menulis nama NGO, badan kebajikan, hospital atau klinik terlibat. Kemudian tuliskan jawatan, tepoh bersama mereka.
Di bawah setiap tempat kerja, tambahkan tiga hingga lima tanggungjawab berkaitan dan sertakan angka atau fakta untuk mengukur kejayaan usaha anda disana. Semasa anda tulis tanggungjawab, masukkan kata kunci dan kata kerja yang sama seperti yang tertulis dalam iklan kerja untuk memastikan resume anda melepasi sistem automatik yang mungkin digunakan perekrut untuk menapis resume. Ia juga merupakan cara terbaik untuk menonjolkan bahawa anda pandai membaca arahan dan kehendak majikan. Usaha ini akan meningkatkan peluang anda untuk ditemuduga kerana kebanyakan calon lain bersikap dingin, malas dan tidak mahu berfikir dan melihat diri dari kaca mata perekrut dan majikan.
Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:
Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda
Bahagian pendidikan adalah penting untuk seorang graduan. ini adalah kerana ia menyimpulkan segala usaha anda melengkapkan diri selama berdekad di alam persekolahan sehingga tamat pengajian di institusi pengajian tinggi untuk melangkah ke alam profesional.
Anda perlu mulakan dengan kelayakan terkini dan bergerak ke belakang sehingga zaman persekolahan. Namun, sekiranya anda telah mempunyai pelbagai pengalaman kerja, informasi pendidikan dalam zaman persekolahan perlu di tinggalkan kerana ia tidak relevan lagi untuk perekrut.
Semaasa kelayan akademik disenaraikan, masukkan gelaran ijazah, institusi yang menganugerahkannya dan tahun tamat pengajian atau jangkaan masa ia akan tamat. Untuk menjadikannya relevan dengan iklan jawatan baru, sila masukkan beberapa matapelajaran yang bersangkutan serta topik tugasan untuk menunjukkan hubungan akademik anda dengan iklan kerja yang ditawarkan perekrut.
Oleh kerana anda tiada pengalaman kerja (melainkan telah melakukan kerja dengan badan kebajikan), maka mulakan dengan maklumat akademik dan kemudiannya senaraikan kemahiran yang telah anda kuasai serta pengalaman semasa latihan praktikal pada tahun akhir anda.
Contoh penulisan latarbelakang akademik yang baik adalah seperti berikut:
Kemahiran terbaik untuk resume jururawat anda
Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras
Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah
Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda
Semasa perekrut menerima resume anda, mereka akan cuba mencari maklumat yang menarik perhatian melalui kata kunci di dalam resume yang relevan dengan iklan mereka. Sekiranya ia tersembunyi di bahagian tengah resume, kemungkinan besar ia akan terlepas dari padangan mereka. Oleh yang demikian, ringkasan profesional atau intipati resume perlu jelas dan menarik mereka untuk teruskan membaca resume anda dan melihat bahawa anda adalah calon yang mereka sedang cari.
Ringkasan resume anda, iaitu bahagian kedua selepas pengepala, perlu menarik semenariknya.
Ia berfungsi sebagai pengenalan kepada anda. Ia sangat membantu calon yang mempunyai banyak pengalaman, pencapaian hebat serta pelbagai kemahiran. Sekiranya anda tiada pengalaman konkrit, maka sertai badan kebajikan dan tampilkannya disini.
Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:
Bahagian tambahan untuk resume jururawat
Bahagian tambahan adalah penting kerana ia menyokong informasi yang telah di berikan mengenai relevannya anda kepada majikan, jawatan dan skop kerja yang diiklankan. Perekrut juga ingin mengetahui sama ada anda dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja mereka dan sebati dengan pekerja lain yang telah lama bersama mereka.
Maka, bahagian tambahan ini perlu diperhalusi dengan melihat diri anda dari mata perekrut dan kesesuaian diri dalam budaya kerja pusat kesihatan mereka.
Bahasa
Kemahiran bahasa akan memberi impak dalam resume kerana ia membezakan anda daripada calon lain. Oleh itu, sertai kursus pendek sebelum tamat pengajian atau dalam masa anda sedang menunggu untuk dipanggil temuduga dengan menyertai kursus bahasa asing yang menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:
Kerja Sukarela
💡Calon yang paling menarik untuk ditemuduga dan paling cepat naik pangkat adalah mereka yang pernah melakukan aktiviti kesukarelaan di luar tempat kerja. Melalui lensa mata perekrut, anda tidak dilihat sebagai individu yang kaku, sentiasa perlu menunggu arahan pihak atasan untuk beroperasi. Ia merupakan bukti bahawa anda dapat mengadaptasikan diri dengan individu/pesakit atau rakan sekerja dari pelbagai usia, bangsa dan kewarganegaraan dengan begitu selesa dan tenang.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan anda melihat ke dalam diri anda untuk menentukan bidang sukarela yang digemari, mencari komuniti yang dihargai syarikat tersebut, sesuaikannya dengan kerjaya yang anda ingin ceburi dan terus hubungi badan kebajikan berkenaan.
Hobi
💡Hobi digunakan oleh perekrut berpengalaman sebagai ukuran keupayaan seseorang calon untuk bertahan dalam kerjayanya dalam sesebuah industri. Ia juga menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari apa yang di arah. Kerana anda minat melakukan tugasan tersebut dan ia ada kena mengena dengan hobi anda.
Kemahiran Komputer
💡Anda mungkin memerlukan kemahiran menggunakan komputer asas sebagai seorang jururawat. Walau bagaimanapun, ia mudah untuk terlepas dari pandangan perekrut sekiranya ia terbenam dalam bahagian kemahiran am. Saya mencadangkan anda hasilkan satu pengepala khas dalam Bahagian Tambahan agar tiada sesiapa terlepas dari melihatnya.
Pensijilan adalah penting bagi setiap jururawat kerana ia menunjukkan anda telah lalui latihan tambahan. Ia merupakan idea yang baik untuk tidak memasukkanya dalam bahagian pendidikan. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume pelajar kejururawatan anda: