Jadi, bagi memastikan anda bersedia menghadapi dunia kerjaya yang mencabar, kami menyediakan panduan menulis resume ini yang terbukti diiktiraf dan diperakui oleh para perekrut di seluruh dunia. Untuk tujuan panduan ini, kami akan memberikan penekanan khusus kepada pemohon yang berminat untuk menjadi pembantu guru tadika. Untuk itu, teruskan membaca bersama kami.
Gaji dan Peluang Kerjaya Sebagai Pembantu Guru
Sebagai pembantu guru tadika, anda secara automatik layak menerima gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan. Pada masa yang sama, gaji bulanan yang anda terima bergantung kepada pengalaman kerja, tahap pendidikan dan lokasi tempat kerja anda. Sebagai contoh, tadika yang berada di kawasan elit menawarkan gaji bulanan yang lebih tinggi lagi daripada tadika yang berada di kawasan perkampungan.
Memandangkan khidmat pembantu guru tadika diperlukan di pusat penjagaan kanak-kanak atau nurseri, peluang pekerjaan di dalam bidang ini sangat tinggi. Pada masa yang sama juga, ianya agak kompetitif. Maka dengan itu, anda perlu memukau hati perekrut dengan menggunakan resume yang ditulis dengan sempurna.
Rangka Utama Resume yang Lengkap
Sebuah resume yang baik dan lengkap perlu dibina mengguna rangka yang kukuh. Rangka yang kami maksudkan ialah perkara utama yang wajib anda sertakan di dalam resume. Seperti mana yang ada dinyatakan di dalam panduan menulis resume pembantu pengajar kami dan juga panduan yang lain, resume yang lengkap harus memiliki empat perkara utama di bawah:
Selain daripada empat perkara utama di atas, anda juga digalakkan untuk menyatakan perkara lain yang boleh membantu resume anda tampak lebih meyakinkan dan berkualiti tinggi. Untuk itu, jom ke bahagian seterusnya untuk mempelajari cara terbaik menulis setiap bahagian resume anda.
Pengepala Resume Anda - Cara yang betul untuk menulisnya
Pengepala resume ialah bahagian paling atas yang anda nyatakan di dalam resume. Ia merupakan 'tanda nama' kepada resume yang anda hantar. Dengan itu, anda harus menyertakan maklumat yang boleh membantu perekrut untuk mengenali anda.
Jadi, pastikan anda menyertakan maklumat di bawah:
Contoh pengepala resume yang betul ialah seperti berikut:
Objektif Resume - Turut dikenali sebagai rumusan profesional
Jika anda pernah membaca panduan menulis resume cikgu kami, anda akan perasan bahawa bahagian objektif resume ini boleh diganti dengan rumusan profesional. Kandungan kedua-dua perkara ini adalah sama. Bezanya ialah, perkataan objektif resume lebih sesuai digunakan untuk pemohon yang kurang memiliki pengalaman dalam bidang yang mereka mohon.
Objektif resume yang terbaik haruslah mengandungi perkara seperti berikut:
Di bawah adalah contoh terbaik yang boleh anda rujuk:
Jangan lupa juga bahagian ini perlu ditulis dengan ringkas dan tidak melebihi lima ayat.
Pengalaman Bekerja - Buktikan keprofesionalan anda
Apabila anda menyatakan lebih daripada dua tempat kerja di dalam resume, pastikan anda menyatakan tempat kerja terkini anda. Bahagian ini perlu ditulis dengan menggunakan susunan kronologi terbalik. Contoh menulis bahagian pengalaman kerja yang betul ialah seperti di bawah:
Tips utama untuk menulis bahagian pengalaman kerja yang berkesan ialah, pastikan anda menyatakan tanggungjawab utama anda serta kemahiran yang anda gunakan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Latar Belakang Akademik Anda
Sebagai pembantu guru tadika, anda seharusnya memiliki diploma di dalam pendidikan awal kanak. Jika tidak, mungkin sukar untuk anda bersaing dengan pemohon yang lebih layak. Jadi, untuk bahagian latar belakang pendidikan, anda harus menyatakan tahap pendidikan tertinggi anda. Contohnya seperi beikut:
Kemahiran yang Harus Dimiliki oleh Pembantu Guru
Sebagai insan yang ingin berkhidmat di dalam bidang pendidikan, terutamanya di dalam pendidikan awal kanak-kanak, memiliki tahap pendidikan yang tinggi tidak mencukupi. Jadi, anda sekurang-kurangnya harus memiliki kemahiran di bawah ini:
Kemahiran yang Dimiliki
Anda boleh menyatakan kemahiran yang dimiliki di dalam resume dengan cara yang sama seperti di dalam contoh di atas.
Maklumat Lain yang Boleh Disertakan
Perkara lain yang boleh anda nyatakan di dalam resume ialah kefasihan dalam menggunakan pelbagai bahasa, sijil kemahiran dan maklumat orang rujukan. Semua perkara ini perlu disusun menggunakan tanda peluru bagi memastikan resume anda kelihatan kemas dan mudah dibaca. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini di dalam panduan menulis resume guru ganti kami.
Kesimpulan - Resume Pembantu Guru yang Terbaik
Di dalam panduan menulis resume pembantu guru tadika yang ringkas ini, kami telah memberikan tips mudah bagi membantu anda menulis resume yang terbaik. Pada masa yang sama, kami ingin berkongsi bahawa terdapat tiga format resume yang boleh anda pilih:
Setiap format ini mempunyai kelebihan masing-masing. Dan anda hanya boleh memilih format yang membantu keupayaan anda terserlah. Jadi untuk resume pembantu guru tadika, kami syorkan agar anda menggunakan format resume kronologi terbalik.