Melalui resume, perekrut dapat mengenali latar belakang profesional anda kerana perkara seperti kemahiran, pengalaman kerja dan tahap pendidikan ada dinyatakan. Namun, jika anda tidak tahu cara yang betul untuk menulis perkara yang diperlukan ini dengan betul, besar kemungkinan pemohonan kerja anda akan ditendang serta merta.
Jadi, untuk membantu anda mendapatkan resume yang terbaik, kami akan menyediakan panduan menulis resume lengkap yang mengikuti standard pakar kerjaya dan perekrut di seluruh dunia. Jika ini kali pertama anda mengorak langkah ke dalam dunia pekerjaan, anda juga boleh merujuk panduan menulis resume untuk fresh grad kami.
Gaji dan Peluang Sebagai Pembantu Guru/Pensyarah
Di Malaysia, gaji yang diberikan kepada pembantu pensyarah bergantung kepada dana yang disediakan oleh universiti untuk setiap fakulti dan juga projek kajian. Pada kebiasaannya, pembantu pensyarah yang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana akan mendapat gaji sebanyak RM700 ke RM1,500 sebulan. Manakala mereka yang melanjutkan pengajian di peringkat PHD pula layak menerima elaun sebanyak RM2500 sebulan.
Peluang pekerjaan sebagai pembantu guru atau pensyarah di universiti Malaysia agak kompetitif. Untuk setiap fakulti, selalunya hanya ada tiga kekosongan jawatan sahaja terbuka. Jadi, anda harus mempunyai kelebihan yang mampu membezakan anda dengan pelajar lain yang turut memohon jawatan yang sama. Sekali lagi, resume yang dibina atau ditulis berpandukan format yang betul dapat membantu meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan jawatan pembantu guru yang diidamkan.
Apa yang Dimaksudkan dengan Resume yang Baik
Resume yang baik haruslah ditulis menggunakan format yang diperakui oleh para perekrut di Malaysia dan antarabangsa. Pada masa yang sama, ia harus bebas daripada kesilapan kecil dan besar seperti, kesalahan ejaan. Selain daripada itu juga, pastikan resume anda disesuaikan dengan pemohonan kerja yang terkini.
Resume yang baik juga perlu mengandungi empat perkara utama ini:
Selain daripada empat perkara di atas, anda boleh menambah perkara lain yang boleh membantu resume anda tampil relevan dengan pemohonan kerja anda. Sebagai contoh, perkara seperti kursus atau subjek yang berkaitan sesuai dinyatakan di dalam resume para guru dan pembantu guru. Dengan itu, anda juga harus memilih format resume yang sesuai dengan kerjaya serta pengalaman kerja anda.
Tiga format resume yang utama
Secara umumnya, terdapat tiga format resume utama yang diiktiraf oleh para perekrut. Ketiga-tiga format ini mempunyai ciri yang berbeza. Namun begitu, ia mampu menonjolkan kelayakan dan kelebihan anda.
Format kronologi terbalik
Antara format resume yang paling popular dan digunakan secara meluas ialah format kronologi terbalik. Latar belakang profesional dan pendidikan anda dinyatakanmenggunakan susunan kronologi terbalik, bermula dengan kedudukan terkini atau semasa anda dan diikuti dengan jawatan yang sebelumnya.
Format ini sesuai digunakan untuk semua jenis pemohonan kerja dalam apa jua bidang. Terutama sekali untuk mereka yang mempunyai latar belakang kerjaya yang stabil dan sudah terbina. Contohnya seperti:
Walaupun format ini popular, ia bukanlah pilihan terbaik untuk semua orang. Terutama sekali jika ada jurang masa antara kerjaya, atau perubahan dalam bidang yang diceburi. Oleh itu, alternatif lain yang tersedia ialah format resume praktikal atau gabungan boleh dipertimbangkan oleh pencari kerja.
Format resume praktikal
Beza utama format resume praktikal dengan format kronologi terbalik ialah, format ini lebih menekankan kebolehan, pencapaian, dan kelayakan calon. Bagi pencari kerja yang mempunyai jurang dalam tempoh bekerja, pertukaran bidang kerjaya, atau mempunyai pengalaman kerja yang terhad di dalam industri yang mereka mohon, format ini amat membantu.
Format resume gabungan
Menggabungkan kelebihan kedua-dua bentuk resume kronologi dan praktikal, format resume gabungan juga dikenali sebagai resume hibrid. Sejarah pekerjaan calon disenaraikan dalam susunan kronologi terbalik, dan kebolehan, pencapaian, dan kelayakan utama mereka diserlahkan dalam bahagian resume yang khusus.
Format ini sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mencari kerja kerana ia membolehkan pemohon untuk menyerlahkan bakat dan pencapaian yang relevan sambil masih memberikan gambaran kronologi pengalaman pekerjaan mereka dengan jelas dan mudah difahami oleh perekrut.
Kini anda sudah mendapat gambaran yang jelas mengenai perkara utama yang harus dinyatakan di dalam resume, anda boleh memilih format yang sesuai dengan bidang kerja yang dipohon. Pada pandangan kami, format resume kronologi terbalik sesuai digunakan oleh pemohon jawatan pembantu guru. Untuk melihat cara menulis resume pembantu guru/pensyarah menggunakan format ini, mari teruskan membaca bersama kami.
Pengepala Resume - Perkenalkan diri anda
Pengepala resume turut dikenali sebagai tajuk resume. Ia dikenali dengan frasa ini kerana mengandungi maklumat pengenalan diri anda. Di samping itu, bahgian ini juga harus diselitkan dengan maklumat mengenai jawatan yang ingin anda mohon. Contohnya seperti di bawah ini:
Seperti yang boleh anda lihat, anda harus menyertakan maklumat untuk menghubungi anda. Alamat e-mel perlulah kelihatan profesional. Sebaik-baiknya, guna alamat e-mel yang melambangkan organisasi anda. Contohnya seperti berikut:
Pada masa yang sama, anda tidak digalakkan untuk menyatakan alamat surat menyurat di dalam bahagian ini. Ingat, tajuk resume tidak boleh terlalu panjang. Jika ditulis secara mendatar di bahagian paling atas muka surat resume anda, pastikan ia hanya dua baris sahaja. Contohnya seperti ini:
Objektif Resume - Yakinkan perekrut mengenai kelayakan anda
Objektif resume untuk jawatan pembantu pensyarah atau guru harus menyerlahkan keinginan dan kebolehan anda dalam membantu guru dan pelajar untuk berjaya. Selain menerangkan mengapa anda layak untuk mendapatkan jawatan yang dipohon, anda harus menekankan kelayakan yang paling relevan dengan jawatan tersebut. Kenyataan objektif resume yang berkesan untuk CV pembantu pensyarah adalah seperti di bawah ini:
Objektif resume ini menyerlahkan keperibadian calon terutamanya terhadap bidang pendidikan. Di mana, calon menunjukkan kesungguhannya untuk menghulur tangan kepada guru dengan menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk mengendalikan kelas dan pelajar. Pemohon juga menyerlahkan sifatnya yang paling mengagumkan, seperti kemahiran komunikasi, organisasi serta nilai interpersonal, yang sememangnya sangat diperlukan oleh seorang pembantu pensyarah.
Pengalaman Bekerja - Serlahkan keupayaan dalam bidang akademik anda
Bahagian pengalaman kerja di dalam resume atau CV anda sangat penting. Ini kerana, bahagian ini boleh menjadi bukti yang menyerlahkan pengalam sebenar anda bekerja bersama guru, pensyarah dan juga para pelajar. Sebagai pembantu guru atau pensyarah, tanggungjawab utama anda adalah untuk membantu guru atau profesor menyediakan tempat pembelajaran yang selesa bagi memastikan sesi pembelajaran yang kondusif dan berkekesan.
Untuk memastikan bahagian pengalaman kerja anda ditulis dengan lengkap dan tersusun, pastikan anda menggunakan format resume kronolgi. Kemudian, huraikan tugasan yang anda galas dengan menggunakan titik peluru. Contohnya seperti di bawah ini:
Seperti yang anda boleh lihat di dalam contoh di atas, pengalaman kerja yang dinyatakan berkaitan dengan bidang akademik. Ini penting kerana pengalaman kerja anda akan membuktikan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki terutamanya di dalam bidang kerjaya yang ingin diceburi.
Dengan itu, kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh pemohon di dalam bahagian pengalaman kerja ialah, menyatakan sejarah kerjaya yang tidak relevan dengan jawatan yang dipohon. Sejarah kerjaya yang tidak relevan di sini bermaksud, anda tidak dapat membuktikan kemahiran serta pengalaman yang anda timba melalui kerjaya tersebut boleh digunakan di dalam pekerjaan terkini yang anda mohon.
Bahagian Kemahiran di Dalam CV Anda
Bahagian kemahiran di dalam resume anda sangat penting. Ini kerana, di sinilah anda dapat menyerlahkan kemahiran, pengalaman, dan kelayakan anda yang boleh meyakinkan para perekrut di universiti. Pada masa yang sama, bahagian ini adalah peluang terbaik anda untuk memberikan majikan yang berpotensi gambaran tentang kelebihan dan pengalaman anda.
Bahagian kemahiran ini harus menyerlahkan keupayaan teknikal dan keperibadian anda. Jadi, berikut adalah contoh menulisnya dengan betul di dalam resume:
Sepeti yang anda boleh lihat, kemahiran yang dinyatakan berkaitan dengan jawatan pembantu pensyarah. Kemahiran insaniah seperti petah berkomunikasi sangat penting. Ini kerana, untuk menjadi seorang pendidik anda harus bijak dalam menyampaikan maklumat pembelajaran secara efektif.
Bahagian Resume Lain yang Boleh Membantu Pemohonan Anda
Selain daripada empat perkara utama di atas, anda digalakkan untuk menyatakan perkara penting seperti kursus atau subjek pembelajaran yang boleh anda ajarkan. Contohnya seperti di bawah ini:
Sebaik-baiknya, nyatakan subjek yang ada ditawarkan di universiti anda. Pada masa yang sama, anda juga harus menyatakan subjek yang pernah anda ambil di peringkat sarjana muda, dan anda terbukti mendapat keputusan yang cemerlang di dalam subjek tersebut.
Kesimpulan: Resume yang Terbaik Untuk Pembantu Pensyarah/Guru
Di dalam panduan ini, kami telah memberikan tips serta cara terbaik yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan resume yang boleh memenangi hati para perekrut. Panduan yang kami sediakan ini sesuai digunakan oleh semua yang ingin menceburi bidang akademik. Tetapi jika anda mencari panduan yang khusus untuk guru atau pelajar, anda boleh merujuk artikel-artikel yang telah disediakan oleh para pakar kerjaya kami.
Surat Iringan - Perlukah Anda Menyertakannya?
Untuk yang memohon kerja di dalam bidang akademik, surat iringan perlu disertakan bersama CV anda. Surat iringan merujuk kepada kenyataan mengenai mengapa anda berminat dan layak memohon kerja tersebut. Ia harus dialamatkan ke universiti atau tempat kerja yang menawarkan jawatan pembantu pensyarah.