Oleh itu, apa kata kami memperkenalkan panduan terbaru untuk membantu anda menulis resume doktor yang terbaik? Jangan risau, panduan ini percuma untuk anda rujuk pada bila-bila. Tidak hanya itu, kami yakin dengan berpandukan artikel untuk menulis resume doktor perubatan ini, anda akan tampil lebih menyerlah jika dibandingkan dengan rakan-rakan anda yang lain.
Di bahagian seterusnya, anda akan melihat contoh resume doktor perubatan yang sebenar. Selepas itu, kami akan menerangkan dengan teliti bagaimana anda menulis setiap bahagian resume anda untuk kelihatan lebih profesional dan tepat. Tetapi sebelum itu, anda dialu-alukan untuk menyemak contoh resume doktor yang lain yang ada di laman utama kami.
Contoh Resume Doktor
Permintaan dan kadar gaji doktor perubatan di Malaysia
Malaysia antara negara yang kekurangan doktor pakar. Menurut bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Malaysia akan memerlukan sekurang-kurangnya 28,000 doktor pakar menjelang tahun 2030. Untuk menjadi doktor pakar, seseorang harus bermula sebagai doktor biasa dahulu.
Apa yang pasti, permintaan terhadap kepakaran di dalam bidang perubatan ini sememangnya sangat diperlukan di Malaysia. Gaji yang dibayar kepada doktor perubatan dibuat berdasarkan pengalaman dan juga kepakaran mereka. Afterschool ada melaporkan purata gaji yang dibayar kepada para doktor mengikut pengalaman bekerja mereka.Kadar gaji mereka adalah seperti berikut:
Gaji doktor pakar pula boleh mencecah RM10,000 untuk doktor yang bekerja dengan hospital kerajaan. Dan untuk doktor pakar di hospital swasta, gaji bulanan mereka mencecah sehingga RM30,000.
Melihat angka di atas, adakah anda makin bersemangat untuk mula bekerja? Jika ya, jom cipta resume doktor anda dengan mengikut panduan terperinci yang kami sediakan di bawah. Kami juga ada menyediakan templat resume doktor perubatan untuk anda muat turun pada bila-bila masa.
Cara menulis resume doktor (walaupun tanpa pengalaman)
Merangka sebuah resume agak sukar jika anda tidak berpengalaman. Tambahan pula, untuk kerjaya seperti doktor perubatan, anda perlu menampilkan resume yang tampak kemas dan profesional. Tetapi disebabkan kurang berpengalaman, atau terlalu banyak format yang dicadangkan di luar sana, anda mungkin keliru.
Menulis resume tidak begitu sukar sebenarnya. Anda hanya perlu berpandukan sumber serta panduan yang boleh dipercayai. Dan panduan ini adalah salah satu daripadanya. Selain daripada itu, kami turut menyediakan panduan membuat cv doktor perubatan. Jangan teragak-agak untuk menyemak panduan tersebut kerana ia akan membantu anda untuk memohon jawatan yang anda idamkan.
Rangka utama sebuah resume haruslah merangkumi perkara-perkara di bawah:
Susunan maklumat yang anda sertakan di dalam resume pula boleh dilakukan dengan berpandukan tips ringkas di bawah:
Susun atur resume yang betul
Untuk makluman anda, informasi penting mengenai pencapaian serta pengalaman anda tidak akan dibaca sekiranya susun atur resume anda tidak betul. Sesetengah perekrut mengambil serius akan perkara sebegini kerana mereka percaya susun atur resume pemohon melambangkan karakter mereka. Anda pasti tidak mahu pemohonan kerja anda ditendang kerana sebab sebegini.
Susun atur yang ringkas dan mudah dibaca adalah susunan resume yang disukai perekrut. Jadi, untuk memastikan resume anda memenuhi kriteria ini, anda boleh mengikuti tips susun atur resume di bawah:
Struktur serta format resume yang sesuai digunakan
Format utama yang boleh digunakan untuk resume doktor perubatan ada tiga. Ketiga-tiga format tersebut adalah:
Format Resume Kronologi
Seperti yang anda boleh jangkakan, format ini mementingkan susunan pengalaman bekerja berdasarkan garis masa. Oleh itu, jika anda mempunyai pengalaman yang bertahun-tahun di dalam bidang perubatan, anda digalakkan untuk menggunakan format resume ini.
Format Resume Praktikal
Format resume ini adalah pilihan yang terbaik sekiranya anda baru pertama kali memohon kerja sebagai seorang doktor perubatan. Ini kerana, berbeza dengan format resume kronologi, anda tidak perlu risau sekiranya pengalaman bekerja anda tidak banyak.
Format resume ini menonjolkan kemahiran yang anda miliki, berbanding pengalaman bekerja anda.
Format Resume Kronologi + Format Praktikal
Format ketiga ini boleh digunakan untuk doktor yang mempunyai pengalaman bekerja lima tahun ke atas.
Ini kerana, format ini akan menonjolkan kepakararan yang anda perolehi melalui pengalaman anda bekerja. Jika anda memohon kerja sebagai seorang doktor pakar, anda digalakkan untuk menggunakan format ini.
Tajuk dan Maklumat Hubungan
Tajuk yang kami maksudkan di sini adalah maklumat pengenalan diri anda seperti nama, alamat, nombor telefon, dan alamat emel anda. Ini adalah bahagian pertama yang anda masukkan ke dalam resume doktor anda. Oleh itu, pastikan maklumat yang anda sertakan di bahagian ini tepat.
Di bahagian tajuk ini juga, anda perlu menyertakan alamat emel serta nombor telefon yang boleh dihubungi. Jadi, pastikan tiada kesalahan ejaan pada alamat emel dan nombor telefon anda betul. Anda akan dapat melihat dengan lebih jelas lagi contoh menulis tajuk resume yang betul di bahagian seterusnya.
Contoh tajuk yang betul
Contoh tajuk yang kurang tepat
Secara kesimpulannya untuk bahagian tajuk resume, pastikan semua maklumat yang anda sertakan betul. Anda juga perlu memasukkan jawatan kerja anda yang terkini.
Terangkan pengalaman anda sebagai seorang doktor
Bahagian pengalaman bekerja adalah bahagian penting yang anda perlu tonjolkan di dalam resume. Jika anda tidak pasti format apa yang sesuai untuk digunakan di bahagian resume doktor ini, rujuk kembali bahagian format resume yang kami nyatakan di atas 👆. Jika anda sudah tahu format apa yang anda ingin gunakan, anda boleh mula menyenaraikan pengalaman bekerja anda.
Tetapi, adakah ini memadai? Ingat, anda perlu memastikan resume anda tidak melebihi satu muka surat. Ini bermakna, anda perlu memadatkan semua maklumat penting mengenai pengalaman bekerja anda di dalam beberapa ayat yang ringkas.
Untuk maklumat anda, ramai pemohon menyatakan tanggungjawab atau tugasan mereka semasa berkhidmat di bahagian pengalaman bekerja. Cara ini tidak berapa tepat jika anda ingin menarik perhatian para perekrut. Sebaliknya, yakinkan mereka dengan menunjukkan bahawa melalui tugasan yang diberikan kepada anda, anda berjaya membantu hospital mencapai sasaran mereka.
Contoh bahagian pengalaman bekerja seorang doktor
Bagaimana jika pengalaman bekerja anda tidak banyak?
Pengalaman bekerja seorang doktor dikira dari hari pertama mereka melakukan latihan perubatan atau turut dikenali sebagai housemanship selama dua tahun. Oleh kerana latihan perubatan ini diwajibkan oleh Majlis Perubatan Malaysia, anda sudah semestinya boleh menyatakan perkara ini di bahagian pengalaman bekerja resume doktor anda.
Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda?
Bayangkan jika anda tidak meletakkan latar belakang akademik di dalam resume doktor anda, adakah perekrut yakin anda adalah seorang doktor yang bertauliah? Pasti tidak. Ini kerana, bidang perubatan adalah bidang yang memerlukan seseorang untuk memiliki tahap pendidikan yang tinggi. Anda harus menyatakan tahap pendidikan anda.
Anda mungkin juga pernah menerbitkan kertas kajian. Pastikan juga anda menyatakan tajuk kajian anda di bahagian ini. Anda boleh menambah bahagian penerbitan untuk memastikan resume anda kelihatan tersusun.
Contoh latar belakang akademik di dalam resume
Contoh latar belakang akademik di dalam resume
Kemahiran terbaik untuk CV doktor anda
Kemahiran yang dimiliki seorang doktor bergantung kepada kepakaran yang mereka miliki. Dan ini juga bergantung dengan jangka masa perkhidmatan mereka. Jika anda baru menamatkan pengajian, agak tidak masuk akal jika anda memohon untuk jawatan doktor pakar.
Di dalam resume anda, pastikan anda hanya meletakkan kemahiran yang relevan dengan jawatan serta jangka masa anda berkhidmat. Jangan teragak-agak untuk menunjukkan kemahiran yang anda dapat melalui latihan klinikal jika anda belum mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang perubatan.
Untuk doktor muda yang kurang berpengalaman, anda boleh menyenaraikan kemahiran insaniah yang anda miliki. Ini akan dapat meyakinkan perekrut bahawa anda seorang yang boleh dipercayai, walaupun hard skill anda masih boleh dipertingkatkan lagi.
Jadi, untuk melihat kemahiran yang relevan dengan kerjaya seorang doktor, mari lihat senarai di bawah 👇
Hard skill:
Kemahiran insaniah:
Ringkasan Profesional: Semua yang perekrut perlu tahu mengenai anda
Anda perlu mengguna pakai bahagian ringkasan profesional resume doktor sebaik-baiknya. Ini kerana, anda perlu meringkaskan semua maklumat yang anda nyatakan di dalam resume ke dalam 2 hingga ke lima ayat sahaja. Jadi, anda perlu mengenal pasti maklumat utama yang anda mahu perekrut tahu.
Masukkan sekali kata kunci yang dinyatakan di dalam bahagian keterangan jawatan kosong. Ini kerana, perekrut selalunya mencari perkataan tersebut terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk terus membaca resume anda. Contoh ringkasan profesional yang baik dan kurang baik ada di bawah.
Contoh rumusan professional yang bagus
Seorang doktor perubatan yang telah berkhidmat 7 tahun dan memiliki sijil amalan perubatan dari United Kingdom dan Malaysia. Berdedikasi dan mengikuti semua prosedur perubatan yang diperlukan dengan penggunaan peralatan dan teknologi industri terkini. Pengkhususan sebagai pelatih umum semasa residensi, memberi saya pengetahuan tentang pelbagai isu kesihatan yang memberi kesan kepada organ dalaman.
Contoh rumusan profesional yang kurang tepat
Doktor perubatan yang dipercayai kerana memiliki Sijil Amalan Perubatan. Pernah menguruskan kes penyakit yang berisiko tinggi seperti AIDS, dan bertugas sebagai doktor pelawat di hospital kerajaan.
Daripada dua contoh di atas, anda boleh melihat bahawa contoh rumusan profesional yang bagus memiliki ciri-ciri ini:
Pensijilan
Pensijilan adalah bahagian yang wajib anda sertakan di dalam cv dan juga resume doktor anda. Ini kerana, sebagai seorang doktor yang bertauliah, anda harus berkhidmat dengan menggunakan sijil perkhidmatan yang diiktiraf. Di Malaysia, semua doktor wajib memiliki Sijil Amalan Perubatan daripada Majlis Perubatan Malaysia.
Bahasa
Anda boleh juga memasukkan bahasa yang anda fasih di dalam resume doktor anda. Ini kerana, bergantung dengan penempatan jawatan yang anda pohon, kefasihan di dalam bahasa-bahasa etnik di Malaysia adalah satu kelebihan.
Senaraikan bahasa yang anda tahu mengikut tahap kefasihan.
Penerbitan
Anda digalakkan untuk menyertakan senarai kertas kajian yang pernah anda terbitkan. Jangan lupa juga untuk menyelitkan pautan ke kertas kajian anda bagi memudahkan perekrut untuk melihat ketersediaan kertas kerja anda di internet.
Ringkasan: Tulis Resume yang Terbaik
Banyak tips-tips berguna yang kami telah senaraikan di dalam panduan menulis resume doktor ini. Tetapi jangan risau, mari lihat kembali apa yang anda harus lakukan dan juga elakkan untuk mendapatkan resume yang menarik.
Lengkapkan Resume anda dengan cover letter
Cover letter atau dikenali juga sebagai surat pengiring sebenarnya wajib untuk anda sertakan semasa memohon kerja sebagai seorang doktor. Rugi sekiranya anda tidak menyertakan surat pengiring. Ini kerana, melalui surat pengiring, anda akan dapat menceritakan dengan lebih mendalam lagi mengenai potensi yang anda ada.
Jika anda tidak pernah menulis surat pengiring, templat resume doktor kami boleh anda rujuk pada bila-bila masa. Cuma huraikan sahaja maklumat utama yang ada disenaraikan di dalam resume tersebut ke dalam beberapa ayat.