Jika belum, usah khuatir. Ini kerana, di dalam panduan ini, kami akan meberikan contoh resume pengurus yang terbaru serta diiktiraf oleh kebanyakan majikan di seluruh dunia. Selain daripada itu juga, anda digalakkan untuk memuat turun templat resume pengurus kami bagi memudahkan anda menulis resume yang sesuai dengan pengalaman bekerja anda.
Sebelum kita bermula, panduan ini sesuai digunakan oleh mana-mana individu yang berminat untuk menjadi seorang pengurus di dalam mana-mana industri. Oleh itu, jom lihat contoh resume pengurus yang berkhidmat di dalam bidang
Kadar pekerjaan dan gaji pengurus di Malaysia
Perminataan terhadap kepakaran sebagai pengurus adalah berdasarkan industri yang anda ingin ceburi. Begitu juga dengan kadar purata gaji tahunan seorang pengurus. Kebanyakkan industri yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi akan membayar gaji bulanan yang lebih tinggi lagi berbanding dengan industri berkemahiran menengah atau rendah.
Untuk maklumat anda juga, tahap pendidikan dan pengalaman bekerja faktor utama yang menentukan tangga gaji seorang pengurus. Jika anda ingin mendaki tangga korporat yang lebih tinggi, pastikan tahap pendidikan yang dimiliki juga tinggi. Di bahagian seterusnya ini, kami akan menunjukkan laporan purata gaji bulanan pengurus mengikut industri yang dikeluarkan oleh Indeed.
Permintaan terhadap setiap jawatan pengurus yang kami nyatakan di atas adalah seperti berikut:
Cara Menulis Resume Pengurus (walaupun tanpa pengalaman)
Banyak format resume yang ada di luar sana. Resume pertama anda juga mungkin hasil daripada muat turun daripada internet shaja. Cara ini tidak salah. Tetapi anda harus menggunakan templat resume pengurus yang terbaru dan diiktiraf oleh kebanyakkan syarikat besar yang ada di luar sana.
Selaras dengan peralihan zaman, pemohonan kerja kini ditapis oleh perisian penapis resume. Ini bermakna, jika anda tidak memasukkan kata kunci atau elemen resume yang wajib disertakan, pemohonan kerja anda boleh ditendang begitu sahaja. Untuk memudahkan anda, muat turun cv pengurus di laman utama kami setelah anda memahami cara penulisan resume yang tepat.
Di bawah ini adalah urutan komponen resume yang wajib anda sertakan di dalam resume pengurus anda. Jom baca dan teliti dengan betul:
Kami faham bahawa tidak mudah untuk menulis resume penngurus bermula dari sifar. Untuk memudahkan anda, ikuti tips mudah di bawah ini:
Susunan resume yang betul
Susunan resume yang betul sangat penting. Ini bagi memudahkan perekrut untuk mengenalpasti kelebihan anda dengan lebih mudah dan pantas. Bayangkan jika anda menulis resume dan meletakkan kemahiran yang anda miliki di bahagian paling bawah, pasti sukar untuk perekrut mengenalpasti anda calon yang mereka perlukan, bukan?
Susunan yang betul juga bermaksud anda perlu menggunakan saiz dan jenis fon yang mudah dibaca. Jangan sesekali menggunakan fon Gothic walaupun ia kelihatan unik. Hanya fokus kepada kebolehbacaan resume anda sahaja. Ingat, tujuan utama anda menyertakan resume semasa pemohonan kerja adalah untuk memperkenalkan diri serta kebolehan anda sebagai pengurus.
Maka dengan itu, anda harus menampilkan resueme yang kelihatan profesional. Caranya mudah sahaja, hanya pastikan penulisan resume anda menepati ciri-ciri di bawah:
Struktur serta format resume yang sesuai
Secara umumnya, terdapat tiga format penulisan resume yang utama. Ketiga-tiga format resume ini dicipta khas bagi memudahkan pemohon memilih format terbaik yang bersesuaian dengan pengalaman bekerja anda.
Format kronologi
Format kronologi ini sesuai untuk pemohon yang memiliki pengalaman kerja yang lama di dalam industri yang mereka ceburi. Ini kerana, format ini menekankan tahun anda berkhidmat sebagai eksekutif, pembantu pengurus dan pengurus.
Dengan erti kata lain, anda perlu menyenaraikan jawatan serta pengalaman bekerja anda mengikut urutan yang terkini dan diikuti pengalaman bekerja sebelumnya.
Format praktikal
Format praktikal mungkin tidak berapa sesuai digunakan jika anda memohon jawatan sebagai seorang pengurus. Ini kerana, format ini lebih menekankan kemahiran yang anda miliki dan bukannya bilangan tahun anda bekerja. Jika anda memohon jawatan sebagai pengurus, para perekrut selalunya menekankan bilangan tahun anda bekerja.
Format kronologi + praktikal
Format resume seterusnya ini adalah yang terbaik. Kami mencadangan agar anda menggunakan format ini apabila menulis resume pengurus anda. Ini kerana, jika anda ingin menjadi seorang pengurus, anda tidak hanya memiliki pengalaman bekerja yang lama. Tetapi, anda juga perlu melengkapi diri dengan kemahiran-kemahiran yang wajib dimiliki oleh seorang pengurus.
Tajuk dan Maklumat untuk Dihubungi
Tajuk yang kami maksudkan di sini adalah nama serta jawatan terkini atau jawatan yang anda ingin pohon. Maklumat untuk dihubungi pula adalah alamat emel, nombor telefon dan alamat ringkas anda sahaja.
Walaupun maklumat yang anda harus sertakan di bahagian ini nampak ringkas, ramai juga pemohon yang tidak dapat menulis tajuk resume mereka dengan tepat. Oleh itu, kami telah menyediakan contoh menulis tajuk resume dengan betul dan satu lagi contoh tajuk resume yang kurang tepat.
Tajuk yang betul:
Tajuk yang kurang tepat:
Terangkan pengalaman anda sebagai pengurus
Anda perlu menerangkan pengalaman anda sebagai pengurus anda di bahagian pengalaman bekerja anda. Jika anda mempunyai pengalaman bekerja di dalama industri yang sama tetapi sebagai eksekutif pemasaran atau pembantu pengurus, anda juga harus menyatakan pengalaman tersebut di dalam resume anda.
Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, semasa anda menulis bahagian pengalaman bekerja, pastikan anda menyenaraikan pengalaman dan sumbangan anda secara ringkas dan padat. Hanya masukkan pengalaman bekerja yang relevan dengan jawatan seorang pengurus sahaja.
Kami faham bahaawa banyak tugasan yang mungkin dipertanggungjawabkan kepada anda sepanjang anda bertugas. Tetapi, pilih tanggungjawab yang dapat membukitikan kewibawaan anda sahaja di bahagian ini. Untuk memberikan gambaran yang jelas, anda boleh merujuk pengalaman bekerja di bawah:
Jika anda belum pernah lagi menjadi pengurus, anda boleh menyatakan pengalaman bekerja seperti di bawah ini.
Bagaimana jika anda tidak mempunyai pengalaman?
Jika anda langsung tiada pengalaman sebagai seorang pengurus, anda boleh menyatakan sebarang jawatan yang ditanggungjawabkan untuk anda seperti yang telah kami nyatakan di bahagian atas. Pastikan juga anda menyenaraikan sebarang anugerah perkhidmatan, kemahiran serta sijil yang berkaitan dengan bidang pengurusan.
Pendidikan: Cara untuk menulis latar belakang akademik anda
Seperti yang anda sedia maklum, memiliki pengalaman yang mencukupi tidak memadai jika anda ingin menjadi seorang pengurus. Kebanyakkan pengurus pada zaman sekarang mempunyai sijil sarjana atau MBA. Tanpa sijil pendidikan ini, pemohonan bekerja anda mungkin akan dipandang sebelah mata sahaja.
Jika tahap pendidikan anda mencukupi, tahniah! Sekarang, anda hanya perlu menyusun serta menyenaraikan latar belakang akademik anda dengan betul. Ini bagi menunjukkan bahawa anda seorang yang profesional dan teliti. Jom lihat contoh di bawah ini.
Contoh latar belakang akademik di dalam resume:
Contoh latar belakang akademik di dalam resume
Kemahiran Terbaik Untuk CV Pengurus
Untuk menjad seorang pengurus, anda harus mempunyai kemahiran teknikal dan juga insaniah yang tinggi. Bergangtung kepada industri yang anda ceburi, anda juga harus melengkapkan diri dengan kemahiran yang mendapat permintaan tinggi. Untuk memudahkan anda, kami telah menyenaraikan kemairan-kemahiran yang wahib dimiliki oleh seorang pengurus di bawah.
Kemahiran teknikal:
Kemahiran insaniah:
Ringkasan Profesional: Pembentangan kad CV anda
Bahagian ringkasan profesional juga boleh digantikan dengan objektif resume. Tetapi, untuk jawatan pengurus, kami lebih mengesorkan ringkasan profesional. Ini kerana, resume yang anda hantar harus dapat membuktikan kewibawaan serta kecekapan anda:
Ramai pemohon tidak tahu menulis bahagian resume ini dengan betul. Oleh itu, sila rujuk contoh di bawah bagi mengelakkan kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh pemohon.
Contoh ringkasan profesional yang betul
Contoh ringkasan profesional yang kurang tepat
Kemahiran komputer dan pensijilan
Kemahiran menggunakan komputer sangat penting sebagai seorang pengurus. Tambahan pula, kebanyakkan perniagaan yang dijalankan kini dilakukan di dalam talian. Oleh itu, penting bagi anda melengkapkan diri dengan kemahiran komputer dan digital.
Anda boleh menyenaraikan kemairan serta sijil anda seperti di bawah:
Bahasa
Untuk menjadi pengurus, anda harus fasih di menggunakan bahasa Inggeris. Ini kerana, bahasa Inggeris adalah bahasa perniagaan di Malaysia dan dunia. Jika anda mahir menggunakan bahasa Mandarin, ini juga adalah kelebihan yang membawa keuntungan kepada anda. Senaraikan bahasa yang anda fasih gunakan di dalam bentuk bullet point.
Ringkasan: Tulis Resume yang Sempurna
Kita telah membincangkan banyak perkara mengenai cara penulisan resume seorang pengurus yang baik. Untuk memudahkan anda, mari lihat kembali perkara-perkara penting yang anda harus tahu untuk menulis resume dengan baik:
Lengkapkan CV anda dengan surat pengiring
Cover letter atau dikenali juga sebagai surat pengiring jarang sekali disertakan oleh para pemohon. Ini kerana, mereka mungkin beranggapan bahawa surat ini tidak penting. Malah, ada yang tidak pernah mendengar apa itu surat pengiring.
Surat pengiring hampir sama dengan resume pengurus. Bezanya adalah, maklumat yang ditulis di dalam surat pengiring ini lebih terperinci. Jika anda tidak pasti untuk menulis surat ini dengan betul, anda boleh merujuk CV pengurus yang telah kami sediakan ini. Dengan itu, selamat mencuba dan semoga maju jaya!