Resume Setiausaha | Semua yang anda perlu tahu + Templat

Sudah berpuluh-puluh resume yang anda hantar, tetapi, tiada tiada satu pun berjaya membantu anda menempah sebarang temu duga. Kemungkinan besar, resume yang anda hantar tidak menarik. Atau pun, fakta penting mengenai anda tidak dinyatakan secara berkesan. Selain daripada itu juga, terdapat beberapa faktor lain yang anda terlepas pandang semasa menulis resume. Antaranya adalah format resume setiausaha yang tepat. Bayangkan borang permohonan anda ditolak kerana menggunakan format yang salah.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Setiausaha

Siti Faridah bin Muhamad
Setiausaha Korporat
010-678 9123
sitifaridah@gmail.com
Temerloh, MY
Linkedin.com/in/sitifaridah

Rumusan Profesional

Setiausaha Korporat yang dilengkapi dengan kemahiran pengurusan pelbagai tugasan dan masa yang tinggi. Tujuh tahun pengalaman dalam menyusun atur jadual secara langsung dan maya demi menjamin kecekapan pihak pengurusan. Turut bekerjasama dengan kakitangan korporat yang lain dan juga para pemegang taruh untuk meningkatkan produktiviti pengurusan korporat.

Pengalaman Bekerja

Megah Holdings
Setiausaha Korporat
Februari 2017- sekarang

  • Mengimbas, memfotokopi dan juga memuat naik dokumen penting ke dalam penyimpanan cloud. Ini telah membantu syarikat mencapai sasaran cap kaki karbon sebanyak 90%.
  • Menjadualkan janji temu penting pengurus serta menempah tiket kapal terbang dan penginapan dengan menggunakan mata kredit bagi mengurangkan kos perbelanjaan.
  • Membuat senarai kerja hari ini dan menetapkan peringatan penting melalui aplikasi Microsoft To Do.
  • Berhubung serta membina hubungan kerja yang erat dengan badan kerajaan yang berkenaan untuk tujuan penjadualan serta acara tahunan bersama di antara syarikat dan badan kerajaan.

Kementerian Pertanian Putrajaya
Setiausaha Gred N29
2015-2017

  • Menyusun fail mengikut jabatan, tahun dan memusnahkan fail menggunakan mesin pencincang kertas.
  • Menempah serta mengatur bilik mesyuarat untuk tujuan mesyuarat bulanan dalam jabatan.
  • Memastikan tempahan makanan untuk acara penting dilakukan dengan memastikan makanan tersebut halal dan tidak mengandungi kandungan yang menyebabkan alahan, terutamanya untuk tetamu VIP.
  • Membuat senarai kerja hari ini bagi memudahkan pengurus melakukan tugasan harian beliau.

Pencapaian Akademik

Diploma Pengurusan Pejabat
Universiti Teknologi Mara Pahang
Disember 2014

Pencapaian lain

    Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Pahang

Sijil-sijil

  • Pensijilan Asas Microsoft 365 dari Coursera
  • Pensijilan Pengenalan Kepada Komputer dan Perisian Produktiviti Office

Pasti mengecewakan, bukan? Usah risau, kami di sini sedia membantu anda menghasilkan resume setiausaha yang terbaik. Kami akan menunjukkan setiap langkah yang anda boleh ikuti satu per satu.

Jika anda memerlukan panduan menghasilkan resume di dalam bidang lain, anda juga digalakkan untuk merujuk contoh resume setiausaha sebenar yang telah disediakan oleh pakar kami. Tetapi sebelum itu, mari lihat contoh resume setiausaha yang kami telah sediakan di bawah.

Kadar pekerjaan dan gaji setiausaha di Malaysia

Di bahagian ini, kami akan berkongsi dengan anda permintaan serta gaji yang ditawarkan kepada golongan yang bekerja sebagai setiausaha di Malaysia. Memandangkan budaya bekerja dari rumah juga semakin mendapat perhatian ramai, kami juga akan berkongsi berapakah pendapatan yang anda boleh jana dalam mata wang lain walaupun anda berada di Malaysia.

Laman hebah kerja kosong yang terkenal di Malaysia, iaitu Jobstreet menunjukkan terdapat tiga ribu lebih iklan jawatan kosong untuk jawatan setiausaha. Gaji yang ditawarkan sudah semestinya berdasarkan pengalaman dan juga industri yang akan diceburi. Namun, apa yang pasti, gaji minimum di Malaysia untuk semua sektor adalah RM1500.

Jika anda berminat untuk bekerja dengan badan ataupun perusahaan antarabangsa tanpa perlu bermastautin ke negara lain, anda juga boleh. Banyak syarikat antarabangsa yang menawarkan jawatan setiausaha korporat untuk pekerja global. Namun, jawatan ini dikenali dengan terma lain, iaitu Pembantu Maya.

Menurut sebuah statistik yang dikeluarkan oleh TRUELIST, pada tahun 2020 sahaja, permintaan terhadap kepakaran bidang pembantu maya meningkat sebanyak 41%. Untuk makluman anda, perminataan ini merujuk kepada permintaan melalui agensi-agensi pekerja luar negara. Gaji purata untuk jawatan ini adalah sebanyak $16.46 per jam.

Ini jumlah yang lumayan, bukan? Tetapi anda harus ingat bahawa saingan adalah sengit. Oleh itu, kami sangat menggalakkan anda untuk menggunakan templat resume setiausaha kami. Ini supaya anda akan tampil lebih menyerlah jika dibanding dengan pemohon yang lain.

Jom lihat perenggan seterusnya.

Cara menulis resume setiausaha (walaupun tanpa pengalaman)


Untuk makluman anda, resume setiausaha pdf merupakan pandangan serta tanggapn pertama mengenai diri anda yang anda berikan kepada komuniti pengambilan pekerja. Ini bermaksud, anda harus memberikan impresi yang positif supaya dapat pergi ke peringkat pemilihan yang seterusnya.

Dengan berbekalkan maklumat ini di minda, anda boleh berusaha untuk membina resume setiausaha yang hebat. Walaupun anda mungkin tidak yakin untuk menulis resume yang hebat, kami di sini akan membantu anda. Anda juga digalakkan untuk merujuk cara membuat CV yang telah disediakan oleh pakar kami.

Tetapi sebelum itu, mari lihat rangka resume yang sesuai digunakan untuk permohonan kerja sebagai setiausaha di bawah.

  • Pengepala atau tajuk resume
  • Kesimpulan atau objektif utama resume
  • Bahagian pengalaman bekerja
  • Latar belakang akademik
  • Senarai kemahiran
  • Bahagian tambahan yang mungkin merangkumi:
    • Bahasa yang anda fasih
    • Sijil serta pengiktirafan
    • Kerja amal
    • atau hobi

Anda juga boleh menyusun maklumat penting di dalam resume anda dengan berpandukan tips mudah di bawah:

  • Ubah suai resume yang anda pernah hantar supaya disesuaikan dengan permintaan terkini dari prospek majikan anda
  • Semak huraian jawatan kosong yang diiklankan dan masukkan kata kunci yang betul ke dalam resume anda. Ini juga termasuk kata kerja yang ada dinyatakan bagi membolehkan resume anda untuk tidak ditolak oleh Sistem Penjejakan Pekerja.
  • Pastikan anda menggunakan tajuk resume yang berkaitan dengan jawatan setiausaha.
  • Pastikan pengalaman bekerja serta kemahiran yang anda senaraikan berkaitan dengan jawatan setiausaha yang dipohon.

Susun atur resume yang betul

Secara amnya, anda mahukan susun atur resume yang ringkas tetapi padat. Untuk itu, pastikan resume anda tidak melebihi satu muka surat. Ini mungkin agak sukar dilakukan jika anda rasa banyak maklumat penting yang perlu dimasukkan.

Untuk itu, kami mencadangkan agar anda menggunakan saiz huruf 10-12pt sahaja. Elakkan juga menggunakan stail huruf yang terlalu unik seperti Algerian atau Bauhaus 93 kerana stail sebegini kurang profesional. Sebaliknya, gunakan huruf Calibri, Times New Roman, Cambria, Tahoma ataupun Arial.

Secara kesimpulannya, ikuti tips di bawah untuk susun atur resume yang betul:

  • Tidak melebihi satu muka surat
  • Guna saiz huruf 10-12pt
  • Jangan gunakan tema atau stail huruf yang sukar dibaca
  • Guna stail huruf yang biasa digunakan seperti Tahoma atau Times New Roman

Struktur serta format yang sesuai

Terdapat tiga format resume utama yang anda boleh gunakan untuk memohon jawatan setiausaha. Kami akan menerangkan apakah ketiga-tiga format tersebut di bawah ini.

Format resume kronologi:

Format resume ini memberikan penekanan terhadap susun atur pengalaman bekerja anda. Ini bermaksud, anda akan menyusun pengalaman bekerja anda dari yang terkini dan diikuti dengan pengalaman pada tahun sebelumnya.

Namun begitu, jika anda mempunyai jarak masa tidak bekerja yang panjang, format ini tidak sesuai untuk anda.

Format praktikal atau functional:

Format resume ini berbeza dengan format kronologi. Ini kerana, format ini tidak berapa menekankan susun atur pengalaman bekerja yang bermula dari yang terkini. Sebaliknya, format ini lebih menonjolkan lagi kemahiran yang anda miliki.

Kami yakin format ini lebih sesuai digunakan oleh graduan baru.

Format resume kronologi + praktikal:

Jika anda memiliki pengalaman bekerja yang banyak, anda juga pastinya memiliki kemahiran yang pelbagai. Oleh itu, format gabungan resume kronologi dan praktikal akan membantu resume setiausa anda untuk lebih menyerlah.

Tajuk dan Maklumat Hubungan


Tajuk adalah perkara pertama yang akan dibaca oleh komuniti pengambilan pekerja ataupun prospek majikan anda. Ini menunjukkan bahawa anda perlu memastikan tiada kesalahan remeh dikesan pada tajuk resume setiausaha anda. Elakkan juga memasukkan informasi yang tidak penting seperti tarikh lahir anda.

Oleh itu, kami akan menerangkan bagaimana untuk menulis tajuk dengan betul. Di bahagian ini juga, anda akan mendapat bayangan yang lebih jelas lagi mengenai apakah contoh tajuk yang baik dan yang sebaliknya.

Tajuk yang betul
Siti Saleha binti Kamal
Setiausaha Korporat
010-987 6543
saleha121@gmail.com
Pulau Pinang, MY
linkedin.com/in/sitisaleha

Tajuk yang salah
Siti Saleha binti Kamal
Setiausaha Korporat
010-987 6543
saleha121@gmail.com
No.1 Taman Cassia Barat,
Lebuhraya Utama Butterworth,
12000 Pulau Pinang, MY
Tarikh lahir: 29 Mei 1985
linkedin.com/in/sitisaleha

📌 Tips ringkas: Jangan masukkan alamat penuh anda dan gunakan alamat emel yang kedengaran lebih profesional. Pastikan tajuk resume ringkas tetapi padat.


Untuk lebih formal lagi, jangan masukkan gambar anda ke dalam resume setiausaha. Kebanyakkan prospek majikan tidak menggalakan pemohon untuk menampilkan gambar mereka. Ini bagi memastikan proses pemilihan yang adil serta telus.

Terangkan pengalaman anda sebagai setiausaha


Di bahagian resumes setiausaha anda yang seterusnya, anda perlu memasukkan pengalaman bekerja anda sebagai seorang setiausaha. Anda mungkin rasa…”Alaa, tak susah mana pun. Senaraikan saja nama tempat yang saya pernah bekerja.” Kami juga berharap ia semudah itu.

Malangnya tidak. Anda perlu bijak bermain dengan penyusunan ayat supaya maklumat penting mengenai pengalaman anda lebih terserlah. Sebagai contoh, seorang setiausaha perlu menampilkan pengalaman yang luas di dalam pengurusan pejabat. Oleh itu, di bahagian pengalaman bekerja, anda perlu menekankan kebolehan di dalam pengurusan pejabat bagi memudahkan prospek majikan melihat kelebihan anda.

Pengalaman bekerja yang berkaitan dengan bidang setiausaha yang lain adalah kebolehan melakukan labih daripada satu tugas dalam satu masa. Pastikan anda menekankan kebolehan ini dengan menggunakan susun atur ayat yang tepat dan menarik.

Untuk susunan yang lebih teratur, gunakan bullet point dan pastikan anda menyusun pengalaman bekerja mengikut garis masa yang sesuai.

Contoh resume seorang setiausaha yang berpengalaman

Megah Holdings
Setiausaha Korporat
Februari 2017- sekarang
  • Mengimbas, memfotokopi dan juga memuat naik dokumen penting ke dalam penyimpanan cloud. Ini telah membantu syarikat mencapai sasaran cap kaki karbon sebanyak 90%.
  • Menjadualkan janji temu penting pengurus serta menempah tiket kapal terbang dan penginapan dengan menggunakan mata kredit bagi mengurangkan kos perbelanjaan.
  • Membuat senarai kerja hari ini dan menetapkan peringatan penting melalui aplikasi Microsoft To Do.
  • Berhubung serta membina hubungan kerja yang erat dengan badan kerajaan yang berkenaan untuk tujuan penjadualan serta acara tahunan bersama di antara syarikat dan badan kerajaan.
Kementerian Pertanian Putrajaya
Setiausaha Gred N29
2015-2017
  • Menyusun fail mengikut jabatan, tahun dan memusnahkan fail menggunakan mesin pencincang kertas.
  • Menempah serta mengatur bilik mesyuarat untuk tujuan mesyuarat bulanan dalam jabatan.
  • Memastikan tempahan makanan untuk acara penting dilakukan dengan memastikan makanan tersebut halal dan tidak mengandungi kandungan yang menyebabkan alahan, terutamanya untuk tetamu VIP.
  • Membuat senarai kerja hari ini bagi memudahkan pengurus melakukan tugasan harian beliau.


Contoh resume individu yang kurang pengalaman sebagai setiausaha

Kira Jaya Sdn Bhd.
Pembantu Admin
Mei 2018-2019
  • Membantu Ketua Admin menyusun atur fail jabatan
  • Menyemak senarai nama pekerja baru dan lama untuk tujuan audit.
  • Membantu peralihan tugasan di antara pekerja yang akan berpindah dan pekerja baru


Tetapi jika anda tidak mempunyai pengalaman ...

Jika anda baru sahaja menamatkan pengajian dan tidak mempunyai pengalaman yang relevan dengan bidang kerja sebagai setiausaha, anda boleh menyenaraikan kemahiran yang berkaitan. Sebagai contoh, apakah jawatan yang anda pegang di dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan apakah tanggungjawab yang anda laksanankan.

Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda?


Bahagian pendidikan adalah antara bahagian resume yang penting. Untuk pendidikan, terdapat dua kategori yang anda boleh masukkan ke dalam senarai latar belakang pendidikan anda. Pertama adalah pendidikan formal, dan kedua adalah pendidikan menerusi pusat latihan.

Sama seperti pengalaman bekerja, anda perlu menyusun tahap pendidikan anda mengikut tahap. Jika anda mempunyai Sarjana Muda di dalam Pengurusan Pejabat, pastikan anda menyenaraikan ini terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan Diploma di dalam Pengurusan Pejabat.

Untuk gambaran yang lebih jelas, mari lihat contoh di bawah:

Contoh latar belakang akademik di dalam resume

Sarjana Muda Pengurusan Pejabat
Universiti Teknologi Pahang
Disember 2022

Diploma di dalam Pengurusan Pejabat
Pusat Latihan Kemahiran Giatmara
April 2018


Contoh latar belakang akademik di dalam resume

Sarjana Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Kuala Lumpur
Mei 2020

Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Kuala Lumpur
September 2018


Kemahiran terbaik untuk CV setiausaha


Walaupun permintaan terhadap jawatan setiausaha tinggi, anda perlu sedar bahawa saingan untuk jawatan ini juga sangat sengit. Ini juga bermakna latar belakang pendidikan anda mungkin tidak memadai untuk boleh bersaing dengan pemohon-pemohon yang lain. Untuk memastikan resume setiausaha anda tampil lebih menarik dan profesional, anda perlu terlebih dahulu mempunyai kelayakan serta kemahiran yang tinggi di dalam bidang kerja setiausaha.

Perkara penting seterusnya adalah dengan menyenaraikan kemahiran yang dimiliki di dalam resume anda. Terdapat dua jenis kemahiran utama yang akan dilihat dan ditapis oleh Sistem Penjejakan Pekerja. Jika anda tidak tahu, sistem ini akan menapis sama ada seorang pemohon itu layak untuk ke peringkat pemilihan yang seterusnya. Ini bermakna, anda akan “berlawan” dengan mesin.

Untuk menyaingi mesin ini, anda harus bijak dalam menyenaraikan kemahiran yang diperlukan untuk jawatan setiausaha. Sistem ini menggunakan algoritma yang membantu majikan membuat pemilihan calon pekerja tanpa perlu meneliti resume mereka dengan teliti.

Tips: Dengan kata lain, jika sistem ini tidak dapat mengesan kemahiran yang diperlukan di dalam resume anda, permohonan anda akan ditolak serta merta.


Seperti yang telah kami nyatakan, terdapat dua kemahiran utama yang harus dimiliki oleh seorang setiausaha. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah:

Kemahiran keras:

Kemahiran keras juga turut dikenali sebagai hard skill. Senarai kemahiran keras yang relevan dengan kerjaya seorang setiausaha adalah seperti berikut:

  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft Powerpoint
  • Microsoft To Do
  • Sokongan pelanggan
  • Membuat panggilan telefon
  • Menjadualkan temu janji
  • Menjadualkan mesyuarat penting
  • Menyusun atur dokumen

Kemahiran insaniah

  • Komunikasi
  • Pengurusan masa
  • Multitugas
  • Membuat keputusan
  • Kepimpinan
  • Kerjasama berpasukan
  • Pemikiran kritis
  • Pembelajaran berterusan

Ringkasan Profesional: Pembentangan kad CV anda


Bahagian ringkasan profesional membenarkan anda untuk merumuskan kelebihan anda sebagai seorang setiausaha. Cuba fikirkan megenai slogan sebuah jenama. Anda pasti hanya akan tertarik dengan jenama yang memiliki slogan yang unik, bukan?

Sama juga dengan ringkasan professional. Untuk mengambil hati para prospek majikan, anda harus menggunakan ayat yang ringkas tetapi tepat dalam menampilkan kemahiran anda. Pastikan anda menekankan pengalaman serta kemahiran utama yang anda miliki di dalam bahagian ringkasan profesional ini.

Mari lihat contoh yang lebih jelas di bawah:

Contoh yang Betul
Setiausaha Korporat yang dilengkapi dengan kemahiran pengurusan pelbagai tugasan dan masa yang tinggi. Tujuh tahun pengalaman dalam menyusun atur jadual secara langsung dan maya demi menjamin kecekapan pihak pengurusan, dan sekaligus membantu syarikat mencapai sasaran cap kaki karbon sebanyak 80%.

💡 Contoh di atas bagus kerana pemohon menekankan tahun beliau bekerja dan kemahiran yang beliau ada dalam pengurusan harian. Beliau juga menggunakan nombor untuk menunujukkan impak yang beliau berikan dalam membantu syarikat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Contoh yang Kurang Tepat
Berpengalaman di dalam bidang pengurusan syarikat dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.

💡 Contoh di atas kurang tepat kerana pemohon tidak menyenaraikan berapa tahun pengalaman bekerja yang beliau ada. Tambahan pula, huraian mengenai kemahiran beliau terlalu ringkas dan tidak padat.


Tips untuk memastikan rumusan profesional anda betul adalah seperti berikut:

  • Semak contoh resume setiausaha pemohon yang lain
  • Semak iklan kekosongan jawatan setiausaha dan baca huraian kerja tersebut
  • Guna keperluan jawatan yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada rumusan profesional anda

Kemahiran komputer dan pensijilan


Bahagian kemahiran komputer dan pensijilan di dalam resume setiausaha boleh membantu anda untuk melangkah satu langkah lebih jauh lagi dari pemohon-pemohon yang lain. Sebagai seorang setiausaha, anda harus melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan teknologi perisian yang tinggi. Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office adalah salah satu daripadanya.

Antara kemahiran yang bakal membuatkan anda lebih menonjol lagi sebagai setiausaha adalah seperti berikut:

  • Pensijilan Asas Microsoft 365 dari Coursera
  • Pensijilan Pengenalan Kepada Komputer dan Perisian Produktiviti Office

Bahasa

Bahagian ini wajib disertakan terutama sekali jika anda memohon untuk bekerja dengan syarikat antarabangsa. Anda boleh menyenaraikan bahasa yang anda gunakan mengikut tahap kefasihan. Lagi bagus jika anda turut menyenaraikan sijil pengiktirafan kefasihan seperti berikut:

  • TESL atau TOEFL untuk bahasa Inggeris
  • CKLC untuk bahasa Korea
  • Ujian HASK untuk bahasa Cina

Rujukan

Anda juga boleh menyertakan senarai nama individu yang boleh dihubungi sebagai rujukan. Pastikan anda tidak meletakkan nama serta nombor telefon rakan baik atau ahli keluarga anda sebagai rujukan. Sebaliknya, masukkan nama serta nombor telefon bekas majikan anda.

Ringkasan: Tulis CV yang Sempurna


Baiklah, banyak yang sudah kami senaraikan di artikel ini untuk membantu anda mendapatkan resume setiausaha yang terbaik. Tetapi, untuk lebih jelas lagi, mari semak semula tips ringkas untuk mendapatkan resumes setiausaha pdf yang hebat.

Tips-tips tersebut adalah seperti berikut:

  • Masukkan kata kunci atau kemahiran yang dinyatakan di dalam deskripsi iklan jawatan kosong ke dalam resume anda
  • Guna format resume kronologi, atau praktikal atau gabungan kedua-duanya
  • Guna saiz huruf 10-12 pt dan huruf Tahoma atau Times New Roman
  • Masukkan kemahiran yang relevan
  • Masukkan Tajuk Resume bersesuaian dengan jawatan yang dipohon
  • Guna bullet point untuk menyenaraikan maklumat penting
  • Baca semula resume anda untuk mengelakkan kesalahan ejaan

Lengkapkan CV anda dengan surat lamaran


Cover letter
, surat lamaran atau turut dikenali juga sebagai surat pengiring. Anda mungkin rasa tidak wajib untuk menyertakan surat pengiring. Namun begitu, ini akan membezakan anda dengan pemohon-pemohon yang lain.

Surat pengiring membenarkan anda untuk menceritakan dengan lebih mendalam lagi mengenai pencapaian anda di dalam bidang kerja setiausaha. Tetapi usah risau, anda juga boleh mendapatkan panduan untuk menulis surat lamaran dengan berpandukan templat resume setiausaha kami.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim

Apakah yang membezakan resume setiausaha korporat dengan resume setiausaha peribadi?

Dari segi format, tidak ada beza di antara resume setiausaha korporat dengan resume setiausaha peribadi. Tetapi, apa yang pasti isi kandungan resume seperti kemahiran serta pengalaman bekerja mungkin berbeza.

Apakah kemahiran yang sama boleh dimiliki oleh seorang setiausaha dengan seorang admin pejabat?

Kemahiran tersebut adalah seperti berikut:

  • Kemahiran menggunakan komputer
  • Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office
  • Kemahiran menguruskan masa

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche