Fahami Skop Kerja Pembantu Jualan untuk Kerjaya yang Sukses

Pembantu jualan memainkan peranan penting dalam industri peruncitan dan perkhidmatan pelanggan. Sesebuah syarikat bergantung kepada pembantu jualan untuk memastikan produk mereka terjual dan mendapat keuntungan. Dengan gaji yang baik dan prospek kerja yang luas, kerjaya ini dapat memberikan peluang untuk membina kemahiran komunikasi, pengurusan masa, dan penyelesaian masalah. Ia juga boleh menjadi batu loncatan kepada jawatan yang lebih tinggi dalam bidang jualan, pengurusan peruncitan, atau perkhidmatan pelanggan.

Fahami Skop Kerja Pembantu Jualan untuk Kerjaya yang Sukses

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Sekiranya anda berminat menceburi kerjaya ini, baca artikel ini sampai habis untuk memahami tanggungjawab bekerja sebagai kerja pembantu jualan. Antara yang dikupas ialah:

  • Peranan untuk memastikan pelanggan terus berpuas hati dan setia terhadapproduk dan perkhidmatan syarikat.
  • Peranan untuk memastikan urusan jual beli berjalan lancar serta membantu syarikat mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.
  • Mengapa jawatan ini dianggap sebagai tulang belakang yang membantu syarikat mengekalkan kedudukan dalam pasaran yang kompetitif.

Tanggungjawab terhadap pelanggan


Melayan pelanggan adalah tanggungjawab yang perlu diberikan keutamaan. Pelanggan boleh datang ke kedai atas pelbagai sebab dan pembantu jualan perlu bersedia untuk menghadapinya. Antara peranan yang perlu dimainkan untuk melayan pelanggan adalah:

Wanita perniagaan yang menarik bekerja pada komputer di pejabat

Menyapa pelanggan yang masuk ke kedai

Menyapa atau memberi salam kepada pelanggan yang melangkah masuk ke kedai mungkin nampak seperti perkara kecil. Namun, sebenarnya ia mampu mencipta kesan pertama yang positif kepada pelanggan. Salam yang diberikan oleh pembantu jualan akan membuat pelanggan rasa dialu-alukan dan dihargai seterusnya mendorong mereka untuk bertanya lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Apabila berlakunya komunikasi selesa antara pelanggan dan pembantu kedai, pelanggan akan lebih cenderung untuk melakukan pembelian.

- Contoh salam yang baik
“Selamat datang ke kedai kami. Jika encik ada soalan atau memerlukan bantuan, beritahu saya".

Membantu pelanggan mencari di mana produk yang mereka inginkan

Apabila pelanggan datang ke kedai, sudah semestinya mereka akan mencari produk yang mereka inginkan. Kadang kala mereka keliru di mana untuk mencari produk tersebut disebabkan saiz kedai yang besar. Di sinilah anda memainkan peranan yang penting. Dengan pengetahuan yang baik tentang lokasi produk dalam kedai, pembantu jualan boleh memberikan arahan yang tepat atau terus membawa pelanggan ke bahagian yang diinginkan. Ini bukan sahaja menjimatkan masa pelanggan tetapi juga meningkatkan kepuasan mereka dalam pengalaman membeli-belah.

Membantu pelanggan membuat keputusan membeli dan menjawab pertanyaan

Pelanggan mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan pembelian disebabkan pilihan yang banyak atau kurang maklumat tentang produk atau perkhidmatan. Kebiasaannya, mereka akan mempunyai pelbagai pertanyaan sebelum membeli. Pembantu jualan dapat membantu dengan memberi penerangan tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan termasuk fungsi, kelebihan, dan maklumat lanjut. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui maklumat produk atau perkhidmatan secara mendalam supaya dapat memberikan pendapat yang jujur dalam membantu pelanggan membuat keputusan pembelian. Ini dapat memastikan pelanggan berpuas hati tentang produk yang dibeli.

Contohnya, pembantu jualan di kedai pakaian mungkin perlu memberi cadangan dan menjawab pertanyaan tentang warna dan potongan baju yang sepadan dengan gaya dan bentuk badan pelanggan. Oleh itu, pengetahuan bukan sahaja tentang produk, tetapi tentang gaya fesyen, jenis fabrik, dan keperluan pelanggan juga amat penting bagi membantu mereka membuat pilihan yang sesuai dan yakin.

Wanita perniagaan muda bekerja di komputer di pejabat

Mengendalikan aduan pelanggan

Aduan pelanggan adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan dan ia perlu dikendalikan dengan profesional untuk memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dan tidak memberi kesan negatif kepada perniagaan. Anda harus mendengar aduan tersebut dengan fikiran terbuka, memahami punca masalah, dan berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik.

Dalam proses ini, sangat penting untuk menunjukkan rasa empati dan sabar semasa menangani aduan supaya pelanggan merasai yang mereka didengar dan dihargai. Pelanggan perlu dijelaskan tentang polisi syarikat berkenaan dengan aduan seperti dasar pemulangan wang atau penggantian produk. Pengendalian aduan yang baik bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah, tetapi juga membina kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan.

Mengendali pemulangan dan pertukaran barang

Kadangkala, pelanggan bertukar fikiran tentang produk yang telah dibeli dan mahu memulang atau menukar barangan. Seorang pembantu kedai perlu menguruskan proses ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat. Antara langkah biasa yang terlibat ialah mengesahkan resit pembelian, memeriksa keadaan barang yang ingin dipulangkan, serta memastikan permintaan pelanggan mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh kedai.

Terdapat kemungkinan di mana pelanggan tidak berpuas hati dengan tawaran alternatif yang diberikan. Contoh yang biasa terjadi ialah pelanggan tidak mahu menerima kredit kedai yang ditawarkan tetapi mahu pemulangan wang tunai. Untuk mengendalikan situasi ini, sangat penting untuk mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan bersabar semasa menerangkan polisi syarikat. Tanggungjawab ini memerlukan keseimbangan antara memastikan kepuasan pelanggan dan mematuhi dasar perniagaan.

Adakah anda mempertimbangkan untuk beralih kerjaya sebagai pembantu jualan? Klik di sini untuk mendapatkan nasihat tentang memohon pekerjaan baru.

Tanggungjawab terhadap syarikat


Selain tanggungjawab terhadap pelanggan, pembantu jualan juga memainkan peranan yang besar dalam menyokong operasi harian kedai. Ini merangkumi kecekapan untuk memastikan kedai beroperasi dengan produktif. Antara tanggungjawab yang perlu dijalankan ialah:

Mengendalikan transaksi jualan

Pembantu kedai perlu mengendalikan transaksi kewangan dengan tepat dan cekap. Ini termasuk pengendalian mesin daftar tunai, memproses pembayaran melalui pelbagai kaedah seperti kad kredit, wang tunai, dan aplikasi pembayaran mudah alih, serta memastikan semua transaksi direkod dengan betul. Di akhir syif, pembantu jualan perlu mengimbangi kesemua rekod transaksi kewangan harian.

Di sesetengah perniagaan, mereka juga bertanggungjawab mengeluarkan invois, resit, atau pengesahan pesanan untuk memastikan dokumentasi yang jelas bagi syarikat dan pelanggan. Ketepatan adalah sangat penting dalam pengendalian kewangan, kerana sebarang kesilapan dalam pengebilan atau pengurusan wang boleh menyebabkan ketidakseimbangan akaun. Oleh itu, mereka perlu bekerja dengan teliti dan berhati-hati.

Gadis cantik tersenyum dalam pakaian wanita perniagaan menggunakan komputer riba dan telefon pintar

Sudah bersedia untuk memohon kerja sebagai pembantu jualan? Gunakan pembina resume kami untuk menghasilkan resume yang menonjol hanya dalam beberapa minit!

Menyokong promosi jualan dan inisiatif pemasaran

Semasa kempen promosi dan pemasaran, pembantu jualan berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan. Antara aktiviti yang terlibat ialah mengedarkan bahan promosi seperti risalah dan katalog, memberi penerangan tentang potingan harga, dan menggalakkan pelanggan mendaftar dalam program kesetiaan syarikat.

Kadang kala, mereka juga perlu mengendalikan promosi di sosial media syarikat seperti memuat naik gambar produk dan maklumat promosi, serta membalas pertanyaan pelanggan dalam talian. Keupayaan pembantu jualan untuk menyampaikan mesej promosi dengan cara yang meyakinkan dan menarik boleh memberi kesan langsung terhadap kejayaan kempen pemasaran dan prestasi jualan keseluruhan.

Pengurusan susun atur produk dan stok

Pengurusan susun atur produk dan stok adalah aspek penting dalam memastikan kelancaran operasi kedai serta pengalaman membeli-belah yang menyenangkan. Pembantu kedai perlu mengisi semula rak dan memastikan produk dipamerkan dengan teratur dan menarik. Ini dapat membantu dalam pembelian impulsif dan meningkatkan jualan. Dalam pada masa yang sama, tanggungjawab memantau stok secara berkala adalah penting untuk mengelakkan kekurangan barangan. Sekiranya tahap stok telah berkurangan, pembantu kedai perlu memaklumkannya kepada penyelia untuk menambah pesanan.

Memastikan kedai bersih dan teratur

Menjaga kebersihan dan susn atur kedai adalah tugasan harian seorang pembantu kedai. Anda perlu memastikan kedai sentiasa dalam keadaan kemas, lorong tidak terhalang, rak sentiasa penuh, dan bilik persalinan atau kawasan percubaan produk sentiasa rapi. Peranan ini dapat memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli-belah yang menyenangkan. Kebersihan dan kekemasan bukan sahaja menjadikan kedai lebih menarik tetapi juga meningkatkan kecenderungan pelanggan meluangkan lebih masa di kedai seterusnya meningkatkan peluang untuk mereka membuat pembelian.

Meletakkan dan mengemaskini tanda harga produk

Pembantu jualan bertanggungjawab memastikan setiap produk mempunyai tanda harga yang betul, terkini, dan mudah dilihat oleh pelanggan. Ini mengelakkan kekeliruan semasa pelanggan mahu membuat keputusan pembelian. Jika berlaku ketidaksepadanan antara harga di rak dan harga di kaunter pembayaran, pelanggan mungkin akan rasa tertipu dan tidak berpuas hati, sekaligus menjejaskan kepercayaan mereka terhadap kedai. Oleh itu, anda perlu sentiasa menyemak dan memantau tanda harga  terutamanya semasa perubahan harga berkala atau semasa jualan promosi.

Menjaga keselamatan dan integriti kedai

Pembantu jualan memainkan peranan dalam memastikan premis perniagaan sentiasa dalam keadaan selamat. Bukan sahaja terhadap keselamatan fizikal produk dan kedai, tetapi juga keselamatan transaksi kewangan. Antara jenayah yang boleh berlaku di premis perniagaan ialah kecurian barangan dan penipuan pembayaran. Oleh itu, pembantu kedai perlu sentiasa peka terhadap tingkah laku pelanggan dan memastikan semua transaksi pembelian dilakukan mengikut prosedur yang sah.

Tutup potret wanita muda menawan duduk bekerja dengan komputer riba di atas meja kayu

Untuk memastikan permohonan kerja sebagai pembantu jualan berjaya, pastikan resume anda mempunyai kata kunci yang sesuai. Baca artikel kami ini untuk memahami cara menulis resume yang berkesan.

Kesimpulan


Pada masa dahulu, pembantu jualan dianggap hanya memainkan peranan yang kecil dalam proses runcit. Oleh itu, ramai yang beranggapan bahawa pekerjaan ini tidak memerlukan kemahiran atau kebolehan yang khusus. Namun, tanggapan ini telah berubah.

Hari ini, pasukan pembantu jualan yang berkebolehan boleh menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah kedai runcit. Jika anda yakin mampu menguruskan pelanggan dalam jumlah yang ramai serta mencapai sasaran jualan setiap hari, dunia runcit sedia menerima kehadiran anda.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan-soalan lazim

Adakah tugas pembantu jualan sama seperti tugas pembantu pemasaran?

Tidak. Walaupun tugas kedua jawatan ini ada kaitan, tetapi skop kerjanya berbeza. Pembantu jualan berkomunikasi dengan pelanggan secara langsung, membantu mereka dalam pemilihan produk, mengendalikan transaksi, dan memastikan susun atur kedai kemas dan teratur. Sebaliknya, pembantu pemasaran lebih menumpukan kepada aktiviti di belakang tabir untuk menarik pelanggan datang ke kedai atau membeli produk seperti merancang kempen promosi, menghasilkan bahan iklan, menganalisis pasaran, dan menarik pelanggan melalui pelbagai saluran pemasaran.

Adakah pembantu jualan perlu bekerja pada hujung minggu atau cuti umum?

Ya, kebiasaannya pembantu jualan bekerja mengikut jadual syif yang merangkumi hujung minggu, cuti umum, dan musim jualan seperti perayaan. Ini kerana waktu-waktu tersebut merupakan tempoh paling sibuk dengan jumlah pelanggan yang tinggi, dan kehadiran pembantu jualan amat penting untuk memastikan operasi kedai berjalan lancar.

Bolehkah kerjaya sebagai pembantu jualan berkembang ke jawatan lebih tinggi?

Boleh. Dengan pengalaman dan prestasi yang baik, pembantu jualan boleh dinaikkan pangkat ke jawatan seperti penyelia jualan, pengurus kedai, atau eksekutif peruncitan, serta terlibat dalam bidang pemasaran atau pengurusan operasi.

Adakah peranan pembantu jualan sama di semua industri?

Tidak semestinya. Skop kerja berbeza mengikut jenis industri. Sebagai contoh, pembantu jualan di pasaraya mungkin fokus pada khidmat pelanggan dan susun atur barang, manakala di kedai elektronik mereka perlu mahir memberi penerangan teknikal tentang produk.

Bagaimana pembantu jualan dapat memainkan peranan penting dalam memastikan pelanggan berpuas hati?

Layanan pembantu jualan kepada pelanggan memainkan peranan besar dalam membentuk pengalaman membeli-belah yang positif. Dengan memberi salam yang mesra, membantu pelanggan mencari produk, memberi maklumat yang jelas, serta menangani pertanyaan dan aduan dengan profesional, pembantu jualan dapat membuat pelanggan berasa dihargai dan selesa. Kepuasan pelanggan bukan sahaja mendorong pembelian berulang, malah membantu membina imej positif terhadap kedai dan jenama.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda